Mee Udang… Jarang aku jumpa yang betul-betul mencengkam rasa. Hari tu masa aku pergi kenduri kahwin adik ipar aku kat Perak, ada tuan rumah bawak aku ke satu tempat kat Perak tu.
Tempat tu memang terkenal dengan mee udangnya. Ok la rasa mee udang kat situ. Cuma yang tak bestnya, pelanggan ramai sangat. Sampai tak ada tempat nak parking kereta. Kat mana tempat tu jangan ditanya sebab aku pun dah lupa.
Tapi Mee Udang D’Laila Corner yang terletak di Bandar Baru Nilai ni memang aku tak dapat lupakan. Seperti juga Asam Laksa Old Malaya Kopitiam di Bangi Gateway, kesedapannya adalah daripada suapan ataupun hirupan kuahnya yang pertama lagi. Jika Old Malaya aku labelkan sebagai salah satu tempat makan paling best di Bangi, tempat makan ini pula adalah salah satu tempat makan yang paling best di Nilai, Negeri Sembilan.
Lokasinya adalah di Bandar Baru Nilai. Jika anda masuk ke sini melalui Bandar Seri Putra, anda akan jumpa satu simpang berlampu isyarat. Jika ke kiri anda boleh ke Nilai 3 tempat pelbagai pilihan langsir. Untuk ke sini anda pilih ke simpang kanan. Teruskan perjalanan, selepas McDonald anda akan jumpa satu lagi simpang berlampu isyarat. Ke kanan untuk pergi masjid. Jadi, ambil simpang kiri, ke arah Pasaraya Giants. Simpang sebelum Giants tu ambil kiri lagi. Terus je. Dalam lebih kurang 2 atau 3 Kilometer macam tu anda akan jumpa foodcourt MMA Santai Corner yang terletak berhampiran dengan bulatan (roundabout).

Atau jika anda ada menggunakan Waze atau Google Maps, taip je “MMA Santai Corner”, anda pasti akan sampai ke situ. Di dalam foodcourt inilah terletaknya D’Laila Corner, restoran yang menyediakan mee udang yang best ini.

Pilih tempat duduk yang anda suka di foodcourt ini. Oleh kerana MMA Santai Corner ini berkonsepkan foodcourt, maka meja makan di letakkan di tengah dan restoran-restoran yang beroperasi di bawah bumbung foodcourt ini ada di sekeliling.
Carilah Restoran D’Laila Corner dan pergi buat tempahan di situ. Pilihlah jenis udang samada udang biasa ataupun Udang Galah untuk dimasak bersama mee. Udang biasa harganya lebih murah sedikit daripada udang Galah. Malah anda juga boleh memilih kuantiti udang. Ia ditentukan dengan saiz. Hidangan saiz M mengandungi 5 ekor udang dan berharga RM7. Manakala saiz L, diletakkan 10 ekor udang dengan harga RM12.


Ada juga disediakan Mee Ketam malah anda juga boleh mencampurkan udang dan ketam untuk dimasak bersama mee dalam satu mangkuk. Mee Udang campur Kupang juga ada. Pilih saja mengikut citarasa anda.



Pembikinan mee udang ini tidak lama. Tapi ini bergantung juga kepada jumpah pelanggan kot. Masa aku pergi bersama keluarga hari tu, masa menunggu mee udang siap dimasak hanya lebih kurang 10 minit. Sementara menunggu tu aku boleh tempah air minuman.

Rasa mee udang ini memang best. Sedap! Antara mee udang yang paling best yang pernah aku makan. Pendapat aku dipersetujui oleh isteri aku yang memang makan dengan penuh perasaan hari tu.

Kami mencuba mee udang dan mee ketam. Iqbal dan Iffah (anak-anak aku) siap tambah lagi. Diorang ni memang suka menu yang berasaskan mee ni. Cuma Iffah kurang sikit mee kuning ni. Dia suka meehoon. So, untuk dia aku tempah mee udang dengan kuah saja.

Lagi satu yang aku suka tentang tempat ni ialah ada surau disediakan. Jadi tidak risau untuk makan dan lepak lama-lama. Tiba waktu solat pergi je solat kat surau yang disediakan.
Oh ya.. foodcourt ni ada bermacam-macam restoran. Aku tengok semuanya best-best. Restoran sebelah D’Laila Corner ni pon best juga. Ada Sup Gear Box. Teruja jugak aku tengok Gear Box tu. Cukup besar untuk aku sedut dengan straw. Tapi disebabkan aku ke tempat ini memang bertujuan untuk merasa mee udang yang dicadangkan oleh Abam Apis ni, aku lupakan dulu hasrat untuk merasa sup gear box tu. Lain masa insyaAllah aku cuba…

So, kepada sesiapa yang nak merasa mee udang terbaik Nilai yang aku anggap sebagai mee udang paling best dan sedap di Nilai setakat ini, anda bolehlah berkunjung ke sini. Memang tak menyesal. Harga memang berbaloi dengan kualiti rasa. Aku tengah terfikir nak datang lagi ke sini dalam masa terdekat.


Oh ya. Anda juga boleh kongsikan artikel memberi manfaat kepada rakan pembaca lain yang ingin mencari mee udang yang best. Terima kasih.
tq kpd abam ka-chuck Hafiz Rahim sbb cadangkan tempat ni…! peerrrgghhh.. memang best!!!
Udang tu nampak mengancam selera makan.
Balik melaka nanti boleh singgah. Wow
Mazni Azmi recently posted…Tudung Labuh Online Lycra Chiffon Butterfly Inspirasihana
singgah la.. memang sy rekomen restoran ni
selalu g seksyen 7 nak makan mee udang.udang n ketam dia fresh tak.
Norhayati Suaib recently posted…11 Cara Cepat Hamil Untuk Pasangan Yang Baru Berkahwin
udang dan ketam semua fresh.. dr segi rasa lg best drp seksyen 7..
Alahai…. bila masa pegi ni bro…. port gua jugak nie…Datang makan malam best sebab boleh layan orang nyanyi karaoke….
hazman aka species1980 recently posted…Promosi Buffet Dinner ARABIAN DELIGHTS – Vogue Cafe Renaissance Kuala Lumpur Hotel
hari tu.. pi tempah langsir kat nilai 3. alang2 sampai singgah makan mee udang terus la..
puas hati tengok udang tu..
Mus recently posted…Bayar RM20 Makan Durian Sejam Di Pesta Durian Tuaran
tu la.. besar2 udangnya
gedabak-gedabak udang ni, memang berbaloi sangatlah, jenuh juga nak habiskan udang ni.
Denaihati recently posted…Barclays Premier League 2014/15 bermula
tu la.. memang berbaloi sgt.. dah la udang besar2.. sedap lak tu…
Bila nak open table ni.. gua tunggu je lu roger gua. kesian baby dalam perut gua mengidam.
Hafiz Rahim recently posted…Menang RM20,000 Dengan Shell FuelSave Challenge 2014
eh dlm perut wife apis dah ada baby? tahniah!!!
wahh,.nampak mcm sodapp jer.. hihihi..
Aisyah recently posted…Cara Buat Sup Ketam Nipah
memang sedap Aisyah… kalau pergi ke nilai sy rekomen tempat ni
jadi lapar balik dah petang-petang giniih…
ohcikgu recently posted…Cikgu PANDAI main saham?
memang trbaik mee udang nih. serius
Wow udang galah…Ok tak tahan…minggu depan kena gi Nilai…
iamNurul recently posted…Lasik Mata dan Dinner-in-bed di Prescott Hotel Kajang
heheheh.. sila pergi. anda tak akan menyesal..
memang nampak sedap. udang tu besarnyaa…
ainun recently posted…Ebook Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
betul.. memang sedap..!
sedapnya…dah terliiur..lepas ni nak cari lah
Rokiah Abdul Hamid recently posted…Hari Raya Korban Menjelma Lagi 1435H
memang betul sedap. recommended!
waaahhhh… bestnya… bila nak ke sana ni?
KiD recently posted…November Itu
Mai singgah Mai tengok Apa rasa
-MMA-
tak sabar nak pi rasa asam pedas pulak ni
Macam best.! Bley cuba lepas ni
m\emang best bro. recommended for you to try..