Berbuka Puasa Di Ketinggian 276 M… Ada Brani Ka?

Selain daripada faktor utama yang mendorong mood berbuka puasa seperti menu yang lazat, harga yang murah, suasana yang tenang dan layanan yang cepat, faktor lain seperti tempat berbuka puasa yang “rare” juga membuatkan kita biasanya sedikit tak kesah dengan harga. Maksudnya walaupun harga tinggi sedikit tapi tempat tu memang tempat yang korang tak boleh pergi selalu untuk berbuka puasa, korang mungkin akan pertimbangkan ataupun tak kesah sangat.

gambar hiasan (google)

Betul ke ni..? Aku main teka jer. Tapi Kalau aku memang macam tu. Kalau tempat “rare” yang bukan sahaja aku boleh pergi makan bersama keluarga tapi aku juga dapat sesuatu yang lain iaitu dapat menyaksikan matahari terbenam di Kuala Lumpur daripada ketinggian 276 Meter… Moment ini pasti akan menjadi santapan kamera aku untuk koleksi gambar menarik aku.

Berbuka puasa di Menara KL (KL Tower)

Tempat yang aku maksudkan ialah Menara KL.

Ya.. Saban tahun di bulan Ramadhan, KL Tower akan menganjurkan Buffet Ramadhan untuk pengunjungnya menikmati sajian berbuka puasa di tempat yang istimewa yang tidak semua dapat mengunjunginya. Tidak ketinggalan pada tahun ini.

Tahun ini KL Tower menganjurkan Buffet Ramadhan 2018 dengan tema ‘Iftar disyukuri, Ramadhan diberkati’. Seperti tahun-tahun yang sudah, banyak menu yang bakal disajikan kepada pengunjung. Sebanyak 80 menu-menu lazat bakal dipersembahkan kepada tetamu KL Tower. Ia termasuklah menu-menu tempatan dan juga antarabangsa yang pasti memikat selera korang.

Menu Istimewa di buffet Ramadhan 2018 KL Tower

Korang biasa mencuba menu Asam Pedas kan..? Biasanya menu Asam Pedas yang biasa kita nikmati adalah Asam Pedas Ikan dan Daging Tetel. Berlainan dengan Buffet Ramadhan 2018 kali ini. KL Tower membawakan korang Asam Pedas Oxtail (ekor lembu). Haaa ‘rare’ kan? Menu ni memang jarang korang jumpa di mana-mana restoran.

Menu istimewa yang lain sudah pasti Kambing Golek yang mendapat sambutan ramai pada setiap tahun.

Kambing Golek dan Salmon Grilled. Kombinasi terbaik..! Dedua ni feveret aku
Ikan Salmon grill.. Best giller..!

Pencuci mulut pula adalah Serawa Durian berserta Nasi Pulut yang sangat best. Durian yang dibuat Serawa tu adalah dari durian yang bergred tinggi. So rasanya juga lebih sedap.

nasi pulut untuk dimakan bersama Serawa Durian

Untuk makluman korang, menu istimewa ini disediakan khas oleh Restoran Berputar Atmosphere 360, iaitu rakan kerjasama KL Tower.

Menu lain pun banyak lagi yang best-best. Aku sempat rakam beberapa menu untuk tatapan korang. Kalau nak tengok semua korang kena pergi sendiri..

Nasi Ulam

Ini pula antara puluhan pencuci mulut yang menarik dan sedap:

Live Band

Haa yang ni pun best. Sambil korang menikmati menu ohsem buffet Ramadhan 2018 KL Tower ni, korang akan dihiburkan oleh Live Band yang tidak kurang hebatnya, iaitu The Sky. Mereka akan membuat persembahan di sini pada setiap hari untuk menghiburkan para pengunjung. Syiookkk.. sambil makan sambil layan lagu…

Harga Buffet Ramadhan 2018 KL Tower

Early Bird (mulai 26 April – 20 Mei 2018) – RM102.00 (dewasa), RM62.00 (kayak-kanak)
Harga biasa (selepas promosi, bermula 20 Mei 2018 keatas) – RM128.00 (dewasa), RM78.00 (kanak-kanak)

*untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah, kemasukan adalah PERCUMA.

Setiap pembelian akan disertakan Sampul Raya dan ticket PERCUMA ke Observation Deck. Memang sangat berbaloi kan..?!

Bukan itu sahaja.. Ada lagi tawaran untuk korang ni haa.. Sesiapa yang membeli 10 tiket Buffet Ramadhan 2018 KL Tower, korang akan dapat satu tiket untuk dewasa secara PERCUMA. Korang juga berpeluang untuk berkunjung ke Sky Deck dengan harga yang istimewa, RM20 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak)

Tempah segera..!

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan Buffet Ramadhan ini, korang boleh hubungi talian: 03-20205444. Korang boleh juga cari info di dalam laman sesawang: www.menarakl.com.my

Komen explorasa

Secara keseluruhan, Buffet Ramadhan ni memang terbaik.. Menu-menunya rata-rata sedap dan kena dengan tekak aku. Selain daripada itu, korang boleh menikmati pemandangan seluruh Bandaraya Kuala Lumpur daripada atas KL Tower. Jangan lupa bersedia dengan kamera tatkala tiba waktu matahari terbenam (sunset). Pemandangannya daripada atas KL Tower ni sangat cantik.

Kalau korang ada kelapangan, korang boleh cuba berbuka puasa kat sini. Sangat berbaloi…!

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ