Ramadhan bakal menjelang tiba tidak berapa lama lagi. Selain daripada bulan “pesta ibadah”, bulan Ramadhan juga dikenali sebagai bulan “pesta makanan”. Ini adalah kerana pelbagai menu makanan korang akan dapat lihat di bulan ini. Yang susah korang nak jumpa di bulan lain pun ada..!
Hotel-hotel dan restoran-restoran akan berlumba-lumba menyediakan pakej berbuka secara buffet maupun pakej biasa.
Restoran Grandmama’s Pavilion / Intermark Mall KL (Grandmama’s)
Restoran Grandmama’s juga seperti biasa tidak ketinggalan dalam hal ini. Kalau korang ikuti review Ramadhan eXplorasa tahun lepas, eXplorasa ada membuat review Set Berbuka Puasa Restoran Grandmama’s ini.
Tahun ini eXplorasa sekali lagi dijemput untuk mencuba dahulu menu-menu “rare” serta istimewa Grandmama’s sebelum berkongsi rasa dengan korang semua.
Perrghh Sedap… Jom Lobster!
Grandmama’s pada tahun ini sekali lagi memeriahkan Ramadhan korang yang berbuka puasa di Pavilion KL. Kali ini korang didatangkan dengan menu yang sedikit berbeza daripada tahun lepas. Menu tahun ini berasaskan Lobster sebagai menu utamanya.
Fuuuh.. Lobster..! Saper tak mahu ye tak? Orang sakit Gout pun buat-buat lupa kalau dihidangkan dengan Lobster ni. Dan ini memang feveret aku. Aku ni memang “pantang” dengan Lobster ni.. Yaaa.. Pantang dioffer mesti tak tolak punya.
Set menu Grandmama’s
Set berbuka puasa yang menumpukan masakan Lobster sebagai menu utama ini di bahagikan kepada 2 set hidangan dengan harga yang berbeza. Ini adalah kerana kuantiti menu yang bakal korang nikmati.
Sebelum aku terangkan set-set yang bakal korang santap nanti, korang boleh tengok poster kat bawah ni. Ini akan membantu korang supaya lebih memahami seiring dengan pembacaan korang nanti.
Ada 2 perkara korang kena alert:
1. Menu Utama yang terdiri daripada Lobster Curry Hot Pot atau Lobster Masak Merah.
2. Menu Tambahan yang korang kena pilih kombinasi daripada kategori A dan kategori B
Ok paham tak?
Haaa senang jer kan.. Ni aku bagi contoh:
Set A
Set A ni agak kecil kuantiti menunya. Ia dikhaskan untuk 2-3 orang Sahaja.
So jika korang order Set A ni, korang kena pilih menu utamanya dahulu. Nak Lobster Curry Hot Pot ke nak Lobster Masak Merah. Pilih satu antara keduanya.
Kemudian korang kena pilih item daripada Menu Tambahan pulak. Untuk Set A korang boleh pilih 3 items sahaja. 2 daripada Kategori A dan 1 daripada Kategori B.
Set B
Manakala untuk set B pulak kuantiti menunya lebih banyak. Sebabnya Set B ini diperuntukkan untuk 4-5 orang makan.
Caranya sama. Korang pilih menu daripada 2 Menu Utama tu (Lobster Curry Hot Pot ke nak Lobster Masak Merah)
Cuma Menu tambahan ni korang kena pilih lebih banyak menu. Untuk Set B korang kena pilih 5 menu tambahan. 3menu daripada Kategori A dan 2 menu daripada Kategori B.
Harga Set Perghhh… Sedap. Jom Lobster!
Set A – RM238+
Set B- RM388+
Jika korang tengok harga, ianya sangat berbaloi. Sebabnya bukan hanya Lobster yang korang makan. Tapi ianya didatangkan dengan menu tambahan yang lain.
Add-On Menu
Apa..??!! Tak cukup..?!!
Takper.. kalau masih tak cukup lagi dengan set menu yang disediakan, korang boleh tambah dengan dengan harga tambahan (sila rujuk poster diatas)
Minuman dan Dessert
Dah makan sedap-sedap takkan korang tak nak minum ya tak..? Hehehe.. Korang boleh jer order air apa yang korang nak.. Tapi aku cadangkan korang order air istimewa yang memang didatangkan khas untuk pengunjung yang datang sepanjang bulan Ramadhan ini.
Minuman yang aku maksudkan ialah Air Kelapa Blended dan Bandung Sagu.
Untuk dessert pula korang boleh cuba Len Chee Kang yang menyegarkan.
Komen eXplorasa
Secara umumnya aku suka dengan restoran ni. Ruangnya yang besar serta aturan kerusi mejanya yang teratur dan kemas sangat memudahkan untuk korang bergerak. Memang tak merimaskan.
Pakej Set (bukan buffet) yang disediakan juga membuatkan suasana berbuka puasa lebih tenang. Ini adalah kerana pengunjung tidak perlu bangun untuk kesana dan kemari untuk mengambil juadah. Semuanya telah disediakan untuk korang.
Pendingin hawa di dalam Pavilion juga membantu menceriakan mood berbuka puasa korang. Sebabnya korang tak rasa panas pun. Nyamannya jer lepak-lepak kat restoran ni sementara menunggu waktu berbuka puasa.
So, Kalau korang berada di sekitar Pavilion dan Intermark Mall dan sedang mencari kat mana nak berbuka puasa, korang boleh singgah sini. Memang aku rekomen..! Lobster sedap wooo..! Masih teringat lagi aku ni haaa..
Info lanjut Restoran Grandamama’s
Alamat nombor untuk pertanyaan dan tempahan:
GRANDMAMA’S (Pavilion KL)
Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion KL
168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2143 9333 / Fax: 03-2143 9222
Email: grandmamapkl@gmail.com
GRANDMAMA’S (Intermark Mall)
Lot G-12, Intermark Mall
348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-2181 2839 / Fax: 03-2181 2839
Email: gmm.intermark@grandmamas.com.my
Untuk updates tentang restrain ni, korang boleh follow laman web dan media sosial diorang:
Web : http://www.grandmamas.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/grandmamas.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/grandmamasmsia/
4,293 total views, 1 views today
Perghh lobster.. saya punya feveret ni
best bro..!
Kat sana ada surau tak untuk solat maghrib
ada.. tak ingaat tingkat berapa.. dalam pavilion