Kita dah masuk bulan Ramadhan. Dah habis sebulan berpuasa nanti, tibalah hari yang ditunggu-tunggu, iaitu Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya lah hari yang mendekatkan silaturrahim antara keluarga dan rakan taulan. Yang jauh akan pulang ke kampung untuk meraikan hari kemenangan bersama-sama. Biasanya mereka ni akan mengambil cuti yang lebih panjang untuk menghabiskan masa di kampung.
Yang bukan beragama Islam juga akan turut mengambil kesempatan cuti panjang hari raya ini untuk ke tempat-tempat percutian pilihan mereka.
Kempen RayaBersama Traveloka
Biasanya di musim Raya ni tempahan tiket penerbangan dan hotel menjadi sangat laris. Menyedari hakikat ini, Traveloka telah melancarkan satu kempen iaitu Kempen RayaBersama untuk membolehkan pelanggannya menikmati 10% diskaun untuk tempahan hotel dan penerbangan. Promosi ini adalah untuk semua laluan, ke semua destinasi dan untuk semua tarikh perjalanan korang. Menarik bukan?
Keistimewaan ini hanya dapat diperolehi dengan membuat tempahan menggunakan Kod Kupon Traveloka yang disediakan khas sempena kempen ini. Tujuannya adalah untuk menggalakkan orang ramai membuat penempahan lebih awal kerana Kod Kupon ini adalah terhad. Dengan ertikata lain, promosi ini akan dihentikan apabila quota untuk Kod Kupon Traveloka telah habis digunakan.
Cara untuk dapatkan Kod Kupon Traveloka
Senang jer caranya. Ada 2 cara mudah:
1.Daftar sebagai member di laman web Traveloka
Korang hanya perlu mendaftar untuk menjadi member (ahli) Traveloka menerusi laman web mereka, www.traveloka.com/en-my/promotion/rayabersama. Tak perlu risau. Pendaftaran ni tidak dikenakan apa-apa caj pun. Dengan itu korang secara otomatik akan melanggan ‘newsletter’ Traveloka.
Apa yang penting sangat dengan newsletter ni? Haaa.. korang kena teruskan pembacaan sampai habis.. hehehe
2.Install aplikasi Traveloka di smartphone android tau iOS
Cara yang lebih senang lagi untuk dapatkan Kod Kupon Traveloka ini ialah korang install jer aplikasi Traveloka kat smartphone korang secara percuma. Nanti newsletter tu akan sampai terus ke smartphone korang.
Sebenarnya banyak keistimewaan kalau korang berurusan melalui app Traveloka ni. Contohnya kalau korang nak buat tempahan hotel. Dengan menempah hotel melalui app Traveloka, korang akan menikmati kadar yang lebih rendah berbanding dengan tempahan melalui laman web. Ini menolong korang jimatkan kos penginapan korang sewaktu travel.
Satu lagi, dengan app ni, korang boleh uruskan tempahan korang dengan lebih senang dan teratur. Kalau tanya aku, memang aku prefer sangat gunakan app ni berbanding dengan menempah hotel dengan menggunakan laman web. Sangat senang.. Tempahan hanya di hujung jari korang jer.
So kalau korang belum install app Traveloka ni, cepat install..! Senang hidup korang nanti.
Tapi apa kena mengena daftar member dan install app kat smartphone dengan Kod Kupon Traveloka tadi? Haaa ni la yang aku nak cerita ni. Sila fokus pada pembacaan korang..
Dengan mendaftar sebagai member, tak kesah la melalui laman web ke atau dengan install app di smartphone korang, korang bakal menerima newsletter daripada Traveloka. Pelanggan newsletter ini akan dapat mengakses promosi Kempen RayaBersama Traveloka lebih awal iaitu 48 jam lebih awal berbanding dengan orang yang tidak mendaftar sebagai member.
Korang akan menerima newsletter antara 21-22 Mei 2018 , jika korang mendaftar untuk newsletter tu sebelum 3 petang, 21 Mei 2018. Pengguna yang mendaftar untuk newsletter Traveloka sebelum 21 Mei akan menerima kod kupon pada pagi 21 Mei untuk menikmati akses awal kepada promosi ini.
Bagi yang terlepas pendaftaran early birds ni, jangan risau. Korang masih boleh mengakses promosi ni melalui akses awam pada 23 – 29 Mei 2018. Cuma Kod Kupon ni terhad. Takut kalau korang daftar lambat-lambat nanti, kupon dah habis. Dah melepas pulak…!
Balik raya naik flight
So dengan promosi ni, dapat la korang balik raya dengan kapal terbang tahun ni. Lagi selamat, selesa dan cepat sampai ke destinasi korang berbanding kalau korang drive sendiri. Tak der la komplen penat lagi sebab terpaksa harungi ‘jem’ yang teruk.
Tak perlu dah risau pasal tiket untuk balik kampung bila korang dah book tiket flight awal-awal guna Kod Kupon ni. Aman jiwa.. hehehehe.
Ok lah dah panning pulak aku explain ni. App kata korang cuba daftar sendiri pulak.
So tunggu apa lagi. Daftar lah sekarang.. Nanti korang terlepas pulak diskaun 10% tu.. Rugi wooo..!