Restoran Rahsia Selera Timur Nasi Hungga (Restoran Nasi Hungga)
Banyak juga perkara yang menjentik saraf tanya aku tentang restoran ni. Tapi aku tepis dulu pertanyaan yang aku ingin luahkan. Hanya kerana aku nak bagitau, aku sebenarnya suka lepak kat restoran ni. Sebabnya restoran ni pada aku best. Ia Jauh daripada hiruk pikuk kesibukan lalu lintas.
Kedudukannya yang agak ke dalam memberikan kelebihan ini. Nak makan pun aman. Lot parkir pun banyak. Tak perlu aku nak berebut-rebut parkir untuk menikmati juadah lazat di sini.
Inilah Restoran Rahsia Selera Timur Nasi Hungga. Pergh panjang giller nama restoran ni. Sekali sebut memang tak dapat ingat nama penuh. Tapi perkataan “hungga” di belakang nama tu agak menarik perhatian aku.
Setahu aku perkataan hungga ni adalah dialek negeri-negeri sebelah pantai timur terutama Kelantan dan Terengganu. Maksudnya kejar.
Ternyata telahan aku betul apabila aku sempat bertanya sendiri kepada tuan punya restoran ni, Puan Fida. Ya maksudnya ialah pengunjung akan sentiasa berkejar ke restoran ni dek kerana keunikan dan kelazatan menu-menunya.
Aku ke sini bersama-sama beberapa orang lagi blogger untuk lepak-lepak sambil membuat food review, antara aktiviti biasa eXplorasa jika tidak travel. Sekurang-kurangnya blog ini akan dapat terus memberi manfaat kepada pembaca yang sedang mencari restoran ataupun menu sedap untuk mereka cuba. Dengar kata kat sini ada menu Sh3ll 0ut sedap dan murah.
Oleh kerana lokasinya di area Subang 2 dan tak jauh daripada rumah aku di Shah Alam, maka aku dengan bersemangat wajanya datang ke sini.
Menu-menu Restoran Nasi Hungga
Ok.. Restoran ni ada menyediakan pelbagai menu daripada Pantai Timur. Ada Nasi Hungga, Nasi Dagang, Nasi Minyak Terengganu, Nasi Campur, Gulai Kawah, Kerutub Itik, Laksam dan Kuih Lompat Tikam. Tak lupa juga aneka pilihan masakan panas dan Roti Canai.
Tapi itu menu biasa. Walaupun sedap masakannya tapi aku lebih berminat untuk menulis tentang signature menu di sini, Sh3ll 0ut Kapal Pecah.
Korang taukan apa itu menu Sh3ll 0ut ni kan? Sorry aku terpaksa buat ejaan macam tu sebabnya ada isu copyright berkenaan nama tersebut. Tapi aku yakin korang tahu menu ni. Alaaa menu makanan laut yang dihidang berselerak di atas meja yang dilapik dengan kertas khas tanpa pinggan tu…. Haaa betul.. yang tu la..!
Aku pernah membuat review tentang menu ni sebelum ni untuk sebuah restoran makanan laut di Cyberjaya. Aku jangkakan rasa menu mesti sama sebab menu pun lebih kurang sama. Tapi sebenarnya tidak. Menu Sh3ll 0ut Kapal Pecah lebih punya variasi dalam hidangan menunya.
Dibahagikan kepada 5 set mengikut bilangan berapa orang nak makan, menu-menu Sh3ll 0ut Kapal Pecah ni terdiri daripada beberapa menu masakan makanan laut. Menu-menu tersebut adalah:
- Lala/Kepah masak buttermilk,
- ketam masak cili,
- sotong masak merah,
- udang sweet sour,
- brokoli, karot dan jagung
Untuk pilihan Set 4 dan 5, menu Ikan Siakap Masak Stim ditambah untuk memberikan lebih variasi kepada pegunjung.
Keterujaan makin bertambah di saat staf di sini datang membawakan menu yang diorder dan melonggokkannya di atas meja.
Fuuuuh.. Kalau tak kerana aku ni food blogger, mesti pantas tangan aku mengambil lauk-lauk yang keihatan sedap tu dan menyuap ke mulut. Tapi apakan daya. Prinsip food blogger mesti diutamakan – biar kita tak makan lagi, janji kamera makan dahulu.. Hahaha.
Haaa disebabkan patuh kepada prinsip tersebut, aku layan ambik gambar menu dahulu.
Siap ambik gambar. Afiq pun dah siap setup camera untuk rakam video kami makan. Doa makan pun dibaca.. Serentak dengan lafaz “aameen” menandakan selesai doa, tangan aku dah mula mangambil lauk berselerak tu.
Aku cuba Sotong Masak Merah dahulu disebabkan sotong adalah makanan laut feveret aku. Aku suapkan ke mulut… Hurmmm sedap!
Begitulah Seterusnya dengan menu-menu yang lain. Satu persatu aku suap ke mulut. Sesekali berselangseli dengan nasi yang siap digaul dengan lauk. Semuanya sedap, terutama Lala/Kepah masak Buttermilk tu.
Sebenarnya aku bukanlah penggemar sejati Lala ataupun kepah ni sebelum ni. Tapi kali ni Lala/Kepah Buttermilk tu paling sedap pada aku. Mungkin sebab gaya masakan Buttermilk tu kot yang membuat aku jatuh hati pada menu ni.
Haaa Nasi kat sini boleh ditambah. Mintak jer daripada staf situ. Tambahan nasi tidak dicaj. Bagus jugak gini. Boleh makan nasi banyak. Hahaha… (Awas.. Ini membahayakan diet anda).
Air Minuman
Untuk minuman pula aku order Air Hungga, signature drink restoran ni. Air hasil campuran Asam Boi, Lemon, Laici, Serai, Epal Hijau dan Soda. Sedap…! Menyegarkan..! Tak sangka pulak campuran ni memberikan rasa sensasi macam tu.
Harga Sh3ll 0ut Kapal Pecah
Macam yang aku terangkan tadi, menu ini didatangkan dengan 5 set bergantung kepada berapa orang yang akan menikmati hidangan tu nanti. Pengunjung boleh pilih di antara 5 set ini.
Harga menu ini sangat “mampu makan”. Bayangkan Set 1 yang terdiri daripada Ketam Masak Cili, Sotong Masak Merah, Udang Sweet Sour, Brokoli, Karot dan Jagung untuk 2 orang makan hanya berharga RM29.90..! Murah giller..!
Korang takkan jumpa kat tempat lain dah dengan harga ni aku rasa.. Kat tempat lain kalau makan makanan laut yang pelbagai macam ni mau cecah dekat RM100 kalau untuk 2 orang makan aku rasa.
Lokasi Restoran Nasi Hungga
Macam yang aku cakap tadi. Restoran ni agak ke dalam. Ini yang menjadikan restoran ni agak istimewa kerana ia bebas daripada kesibukan dan bunyi bising kenderaan lalu lalang. Aku suka keadaan macam ni. Rasa lebih tenang untuk makan. Sangat sesuai untuk bawa keluarga makan-makan.
Kalau korang datang daripada Shah Alam, korang boleh tuju terus ke Star Avenue Mall (sebelah kiri). Di lampu isyarat depan Star Avenue Mall tu korang kena buat U-Turn. Korang terus lagi lebih kurang 800 meter selepas U-Turn tu. Korang akan nampak stesen minyak Petronas. Sebelum tu ada satu lorong untuk ke pasaraya Superseven. Korang ikut lorong tu. Daripada Pasaraya Superseven tu korang dah boleh nampak signboard Restoran Nasi Hungga dengan warna ungunya.
Kalau korang daripada Sungai Buluh, korang terus jer hingga jumpa Star Avenue Mall (sebelah Kanan). Lepas lampu isyarat depan Star Avenue Mall tu korang terus lagi hingga jumpa Petronas dan pasaraya Superseven.
Kalau korang daripada Lapangan Terbang Subang, pada lampu isyarat depan Satr Aveue Mall tu korang ambil simpang ke kiri. Terus sikit, nampak stesen minyak Petrnas, terus belok ke kiri untuk ke Pasaraya Superseven.
Haaa kalau korang nak senang, set jer Google Maps atau Waze untuk ke “Brothers Car Accesories Subang). InsyaAllah korang akan dibawa terus ke depan restoran ni.
Komen eXplorasa
Sedap dan murah…! Memang puashati giller makan kat sini.
Menu Sh3ll 0ut Kapal Pecah ni memang aku syorkan jika korang datang ke sini. Payah dah nak cari menu Sh3ll 0ut yang sedap dan murah macam ni baik di Subang sendiri maupun di tempat lain di sekitar Shah Alam. Memang tak ragu-ragu aku rekomen ni. Sebabnya.. serius, ia memang sedap…!
Aku tengah cari masa nak berbuka puasa kat sana pulak ni. Dengar cerita menu ni bermula bulan puasa baru ni laku keras..! Sampai kena buat reservation untuk elakkan tak dapat tempat. Tu pun aku follow Instagram dan Page restoran ni.
Korang boleh follow media social diorang:
Facebook Page: Restoran Rahsia Selera Timur Nasi Hungga
Instagram: RestoranNasiHungga
Bagusnya korang follow ni sebab kadang-kadang diorang ada buat promosi. Macam promosi yang sedang berlangsung sekarang:
- korang pergi ke sana, order menu pilihan korang.
- Korang like page dan follow instagram diorang.
- Kemudian korang ambik gambar dengan menu yang korang order tu (selfie pun boleh),
- korang muat naik ke akauan media sosial korang dengan hashtag #restorannasihungga,
- korang boleh dapatkan air signature retsoran ni dengan percuma.
Haaa kalau korang pergi satu family, buatla sorang-sorang. Nanti air tak perlu order dah… haaa bijak tak cara aku fikir?.. hehehe..
Ok la.. Selamat menjamu selera di Restoran Rahsia Selera Timur Nasi Hungga. Restoran yang bukan sahaja menyediakan pelbagai menu masakan bercirikan Pantai Timur malah menyediakan menu Sh3ll 0ut Kapal Pecah yang paling murah bukan sahaja di sekitar Subang dan Shah Alam, malah di Kuala Lumpur dan Selangor juga aku rasa.
Menarik ni, harga ok tu
harga sgt ok.. rasa sgt sedap
Perghhh bestnya.. kena try ni…!
haaa sila try.. berbaloi
Alamak murahnya harga dia… menarik ni…!
best bro.. rekomended
Bestnya dapat makan Shellout… 😉
Lama x pekene shellout…. bestnyeeee
Best wooo. Murah lak tu
air tu nama pun macam nak buat kita minum..hehee..hungga22
Hahaha.. tapi best air dia
Gupl ! kena dengan selera fiza nih
Resipi yang boleh membuat nafsu meningkat, terima kasih. Saya gembira untuk mencari resipi yang lazat dan lazat di sini, saya berharap anda boleh berkongsi lebih.
Harga murah..boleh lah makan dengan kawan2 kat sini
jom pi sekali.. tak jauh daripada umah kita kaaan…
Boleh sangat… sedap lak tu