
Biasanya char koay teow di jual di gerai ataupun restoren biasa je. Rasanya ada juga yang best. Cuma suasana je la yang kurang seronok. Sekadar nak melepak dengan kawan-kawan tanpa bawa anak ok la. Tapi kalau bawa anak-anak dan isteri, suasana begitu agak kurang sesuai. Almaklumlah dengan gerai yang terbuka begitu macam-macam benda boleh berlaku kepada anak-anak kecil. Salah satunya ialah nyamuk sedang menanti hidangan percumanya.
Menghadiri jemputan review menu masakan di Restoren Char Koay Teow Simply Delicious milik artis terkenal tanahair yang juga anak kepada pakar masakan Chef Wan, Serina Redzuawan baru-baru telah membuatkan hati ku terdetik sejenak; “ada juga ya Restoren Char Koay Teow yang proper macam ni..?”

Ya… Restoren ini amat kemas susun aturnya. Bermula dengan warna tema iaitu warna pink, susunan kerusi meja dan perabot yang lain, dan hiasan dinding, segalanya nampak begitu teratur. Kebersihannya retoren ini memang aku puashati. Memang bersih untuk sebuah restoren char koay teow. Amat berlainan daripada restoren char koay teow yang pernah aku singgah sebelum ini.


Aku yang sampai awal daripada Shah Alam bersama blogger shakiddo dan Anarm tidak menghadapi masalah untuk mencari lokasi kedai. Lokasi ini sebenarnya tidak asing bagi aku kerana ianya berdekatan dengan OCBC bank. Aku sering ke bank ini untuk melangsaikan bayaran pinjaman perumahan aku dengan OCBC Al-Amin pada setiap bulan. Restoren ini hanya satu atau dua blok sahaja daripada situ.
Ok beralih kepada makanannya. Dah namanya Restoren Char Koay Teow. Tentulah menu utama di restoren ini adalah Char Koay Teow. Bukan Char Koay Teow biasa tau. Tapi Char Koay Teow Penang mai. Memang best! Ada dua versi Char Koay Teow iaitu yang basah dan yang kering. Yang mana paling best, yang basah ke yang kering? Jawapan aku: Dua-dua best bergantung kepada kesukaan anda.

Pada mulanya aku menyangka yang resipi Char Koay Teow ni adalah resipi ayahanda Serina iaitu Chef Wan. Tapi ternyata telahan aku meleset apabila diberitahu oleh Serina yang resipi Char Koay Teow ini adalah resipi original daripada rakan kongsinya yang dikenai sebagai Awa. Memang beliau adalah orang Penang dan resipi ini adalah resipi asli Char Koay Teow Penang mai.
Sepinggan Char Koay Teow basah aku habiskan. Lepas tu aku order lagi sepinggan char koay teow kering. Kali ini aku kogsi dengan Anarm. Bukan tak best tapi perut dah hampir kenyang sebab dah pulun Char Koay Teow basah sebelum itu. Lagipun banyak lagi menu dessert yang aku nak rasa selepas itu. Jadi perut harus kena ada reserve.
Oh ya. Air pun sangat best. Aku order Epal Asam Boi. Memang terbaik rasanya. Dan dengan sebab itu aku order lagi untuk gelas kedua. Hehehehe.

Walaupun nama restoren ini restoren char koay teow, banyak lagi menu lain yang disediakan di sini. Antara yang memukau mata adalah nasi goreng Udangnya. Memang amat menyelerakan. Nasi goreng ini dipesan oleh food blogger melayu popular Hazman Fadzil. Nasi Goreng Cina dan Nasi Goreng Kampung juga boleh dipesan.

Manakala menu sampingan yang lain seperti Satay, Otak-otak, Karipap, Murtabak dan pau turut terdpat di sini. Menu dessert seperti Choc Moist Cake, Durian Crepe, Tiramisu, Red Valvet, dan Pavlova Brownies memang menyelerakan.




Sewaktu menunggu menu yang dipesan tiba, ada sesi soal jawab dengan Serina, tuan punya restoren ini. Beliau yang sekarang sudah mempunyai beberapa rangkaian perniagaan termasuklah productioin house, farmasi dan retoren, memang bersemangat sewaktu menceritakan tentang restoren ini dan perniagaannya yang lain.

Masih terngiang-ngiang kata-katanya. Berniaga ini adalah risiko. Kalau tak berani ambik risiko jangan berniaga. Aku setuju seratus peratus dengan prinsip beliau sebab aku pun orang bisnes. Cuma aku di bidang perancangan kewangan, dan beliau di bidang yang lain. Tapi prinsipnya sama sahaja. Berani ambil risiko. Berani explore atau teroka bidang baru.
Beliau turut bercerita bagaimana keputusan membuka restoren ini sebenar Chef Wan pun tidak tahu. Sehingga apabila diberitahu Chef Wan memberi komen berbeza pada peringkat awalnya. Chef Wan agak tidak yakin pada mulanya dengan restoren yang menyediakan menu yang sangat ringkas iaitu char koay teow. Namun setelah dijelaskan dari sudut mudahnya menyediakan menu ini terutama dari sudut penyediaan bahan mentah, Chef Wan akhirnya bersetuju. Tambahan pula beliau melihat restoren ini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai dan juga para artis tempatan.

Langkah bijak Serina menggunakan pengiklanan online seperti penggunaan media sosial dan blog banyak membantu menaikkan nama restoren ini dengan cepat. Dengan ribuan followers di Facebooknya cerita tentang restoren ini memang cepat tersebar menjadi viral dan trending. Penulisan di blog oleh blogger jemputan akan terus kekal di dalam blog mereka. Dan ini akan menjadi iklan sepanjang zaman kepada restoren ini. Dengan kata kunci yang senang di cari pelawat, berita tentang restoren ini akan pantas keluar di muka surat pertama enjin carian Google.
Oh ya. Kepada pembaca yang nak jumpa artis kesayangan mereka boleh lah selalu bertandang ke sini. Ramai artis-artis yang singgah di sini untuk makan. Syabas Serina. Saya akan datang lagi ke restoren ini bersama family. InsyaAllah.

5 bintang saya berikan untuk sebuah restoren char koay teow.

Untuk sesiapa yang berniat untuk merasa char koay teow penang mai Serina Redzuawan ini bolehlah datang ke alamat di bawah:
CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS PENANG MAI
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
No.Tel: 03-6151 4112 / 012-420 4112
Waktu Operasi: 10.00 AM – 1.00 AM (Setiap Hari)
Atau boleh ikuti perkembangan Serina Redzuawan di laman sosial beliau:
Fanpage : Serina Redzuawan
Twitter : @serinaredzuawan
Instagram : serinaredzuawan.
Note: Restoran ni dah ditutup ya..
Amboihhh…. korang…. kalau ada JUE AZIZ pun okey gak…. tapi char koay teow dia memang sedap woooo
hazman aka species1980 recently posted…HAZMAN vs FOOD – Restoran TOKIO KAFE Cyberjaya
memang sedap!!! aku nak pergi lg dm masa terdekat ni
Nak kena cuba gak ni restoran ni… Selaku penggemar char koay teow…
Eizil recently posted…Kenny’s Teriyaki Chicken – sehingga menjilat jari
kena ajak gua bro. leh dapat diskaun.. hehehehe
Jom gi makan char koay teow lagi.. Kita gi makan dengan geng2 #TeamWork pulak..
Anarm recently posted…Pengurusan Kata Laluan Akaun Internet
jom… ada diskaun kaaan… heheheheh. tp kena set masa ngan serina supaya datang sama hari dgn Lana Nordin ka.. baru best makan CKT. hahhahha
Geng #TeamWork + Lana Nordin..wow..kalau jadi, balik tu terus aku up entri makan2 dengan lana nordin..sila set date bro..hehehe
Hafiz Rahim recently posted…Kopi Tok Dalang
hahahahah… cepat jer bila dgr nama Lana Nordin
pening woo..banyak betul kaler pink nih..
titan recently posted…MSMW 2014 datang lagi.
Tu la. Tuan dia ckp pink sbb melambangkan hati dia yg lembut
Dah test beberapa menu kat restoran char koey teow Kota Damansara tadi…sorry to say…char koey teow besa je…nasi goreng udang hancur…nasi goreng cina takde rasa pun…sedih3…huhuhu
owh… masa kami buat review hari tu semua menu adalah best!
Wahh jujur punya review ni … adakah sbb hari tu orang lain yang masak?
Hasrul Hassan recently posted…Foto Proton Baru P2-30A – Global Small Car Didedahkan
ntah ler… maybe lain org lainn rasa tekak dia kot. biasa la tu.. aku review pon based on aku punya tekak.. hehehehe
Perghhh char kue teow … buat masa ni selera aku masih lagi kat ALONG Char Kue Teow Parit Buntar ni, dulu fav aku kat Bayan Lepas, Char Kue Teow Ganja … hahahaa…
Yang ni nampak lain skit sbb ada telur goreng … hmmm …
Hasrul Hassan recently posted…Foto Proton Baru P2-30A – Global Small Car Didedahkan
pergghhh.. char koay teow ganja tuuu.. sah2 ketagih..