Korang tahu kan pasal isu ni. Yang viral bebaru ni pasal pelancong dari Malaysia yang dihantar balik ke Malaysia hanya kerana tak isi pekerjaan jer di ruangan pada borang ketibaan.
Dek kerana benda sesimple ini Encik Fahmi Sudirman, seorang pegawai kerajaan hanya menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan selama 8 jam sahaja. Itu pun ditahan dan disoal siasat dalam bilik oleh pihak immigresen kat sana.
Impian Encik Fahmi untuk bercuti selama 4 hari ke tempat-tempat menarik di Korea Selatan seperti Seoul, Myondong, Pulau Nami dan Everland bersama 7 lagi rakan-rakannya musnah apabila beliau dihantar pulang semula ke Malaysia. Ya.. Hanya kerana perkara yang sangat remeh iaitu tidak mengisi pekerjaan di dalam borang ketibaan.
Ramai netizen yang bersimpati. Aku pun turut bersimpati. Tak dapat bayang kalau benda ni terjadi kat aku. Tapi itulah perkara yang kita perlu elakkan jika melancong ke luar negara. Budaya mereka tidak sama dengan budaya dan sikap orang kita yang lebih bertimbang rasa.
Perkara yang lebih kurang sama pernah terjadi pada aku dan rakan-rakan sewaktu mengikuti lawatan Kyushu Muslim Trip bersama 4 lagi rakan blogger 2 tahun yang lalu. Trip ini ditaja oleh Jabatan Pelancongan Jepun (JNTO). Maka segala perbelanjaan dan ittenararry disediakan oleh pihak mereka.
Kami ke sana berlima tanpa ditemani oleh pihak mereka. Pemandu pelancong hanya menunggu kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka untuk program yang seterusnya.
Ada beberapa kekeliruan yang kami pun tidak perasan untuk bertanya terlebih dahulu. Maka apabila sampai di Lapangan Terbang Fukuoka, timbul sedikit kekeliruan semasa nak mengisi borang ketibaan tu. Ruangan tempat tinggal semasa di sana kami ragu-ragu untuk isi. Ini adalah kerana kami tidak tinggal setempat. Kami sentiasa berpindah dari hotel ke hotel untuk pergi ke destinasi yang berlainan.

Maka kami telah ambil keputusan untuk bertanya pegawai immigresen yang bertugas dahulu sebelum mengisi ruangan tersebut. Namun bila tiba giliran kami sampai di kaunter immigresen untuk pemeriksaan dokumen, perkara ni tidak menjadi seperti yang dirancang. Pegawai immigresen tak fasih bercakap bahasa Inggeris. Penjelasan kami mereka tak faham.
Jadi kami diasingkan ke satu sudut untuk meyelesaikan perkara ini. Dan kami masih tak tahu apa yang nak diisi. Lama jugak kami ‘ditahan’ di sudut tersebut. Nak telefon line telefon dah tak ada. Signal Wifi banyak, tapi tak tahu password. Hampir satu jam juga kami cuba selesaikan masalah tersebut. Nasib baik mereka tak bertindak yang bukan-bukan.
Sehinggalah aku mendapat idea untuk ‘roaming’kan line telefon aku. Dan aku berjaya whatsapp pemandu pelancong yang dah lama menunggu kami di luar Lapangan Terbang. Maka kami mendapat arahan yang jelas daripada Mr Ryo pemandu pelancong kami.
Aku ada rakamkan peristiwa bersejarah ni kat entri Hari Pertama Kyushu Muslim Trip.
Rupanya kalau berpindah hotel macam tu, kita tulis jer nama dan alamat hotel yang pertama kita akan bermalam. Sebab info tu penting untuk mereka. Jika mereka nak buat random checking pun kita masih selamat sebab jika mereka menelefon pihak hotel bertanyakan kesahihan aklumat kita, memang pihak hotel akan ada rekod.
Lega rasanya bila terlepas dari masalah itu. Benda ni memang menjadi pengajaran buat aku. Travel selepas itu memang aku particular pasal isi borang ketibaan ni. Masa pergi New Zealand itu hari, bukan borang ketibaan jer lengkap diisi, segala jenis barangan makanan dan ubatan yang aku bawak pun aku isytiharkan di dalam satu senarai di kertas yang lain. So senang diorang nak cek. Sebab kat New Zealand, mereka agak strict tentang barangan makanan yang dibawa masuk ke negara mereka.
So guys. Kalau korang melancong ke luar negara, makesure korang isikan selengkapnya borang ketibaan tu. Jangan kasi sangkut kat immigresen diorang. kalau sangkut memcam yang diorang akan tanya dan siasat. Jadi hal lain pulak nanti. Dan kalau dihantar pulang macam Encik Fahmi ni memang sesuatu yang menyedihkan.
So sila ambik pengajaran…!
Satu yang nak baca cerita pasal En Fahmi tu, boleh basa: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/10/389072/lapan-jam-terpahit-di-incheon?123
mintak simpang.. fuhhh