Lama dah tak makan steamboat
Kalau korang masih ingat, aku pernah review tentang restoran steamboat halal dan best di KL sedikit masa dulu. Dan memang entri tu menjadi antara entri yang banyak mendapat carian daripada pembaca blog eXplorasa ni.
Setelah sekian lama, aku sekali lagi berkesempatan merasa steamboat best di sekitar KL iaitu di Ampang Waterfront. Haaa restoran yang menyajikan menu steamboat ni bukan sahaja best dan halal malah harganya pula boleh dikatakan murah.
Yang paling best lagi, restoran ini menyediakan bukan sahaja steamboat yang sedap, malah ia turut menyajikan pelbagai lagi menu untuk menepati selera pelanggannya yang mempunyai pelbagai citarasa.
Antara menu yang menarik hati aku ialah menu Steamboatnya, Seafood Lambak (Shellout) dan lunchnya yang ditawarkan dengan harga serendah RM3.50. Selain itu ada juga menu-menu yang lain seperti Western Food dan sebagainya.
Haaa 3 menu utama ni saja dah cukup teruja kan? So teruskan membaca entri ni sampai habis..!
Restoran Nelayan Ampang (RNA)
Haaa ni lah nama restoran yang aku nak cerita ni. Ini adalah cawangan kedua restoran ini sebenarnya. Yang pertama adalah Restoran Nelayan Gombak yang ditubuhkan pada tahun 2016.
Menurut tuan punya restoran ini, En Mohd Fairiz Bin Omar, beliau memberi masa selama 3 tahun selepas pembukaan Restoran Nelayan Gombak untuk melebarkan sayap denagn membuka cawangan kedua. Tetapi dengan izin Allah setahun setengah jer mereka dah berjaya merealisasikan sasaran mereka. Tahniah kepada pihak pengurusan.
Q’Sha Trading
Rangkaian Restoran Nelayan ini diusahakan dibawah Syarikat
Q’Sha Trading (M) Sdn Bhd yang mula beroperasi sejak tahun 2005. Q ‘Sha berpengalaman didalam bidang catering terutama pengendalian Majlis Perkahwinan. Selain itu, Q’Sha juga berpengalaman didalam pengurusan event untuk majlis-majlis korporat dan karnival .
Resepi khas utama masakan Q’Sha adalah Nasi Briani yang diwarisi turun-temurun daripada ayah dan ibu En Fairiz.
RNA mampu menampung sehingga 200 orang pada satu masa. Ini amat sesuai untuk syarikat-syarikat korporat , swasta dan NGO disekitar Ampang untuk mengadakan majlis makan malam, dan sebagainya.
Majlis Pembukaan Restoran Nelayan Ampang
Jadi inilah alkisahnya.. Aku dan beberapa orang lagi rakan daripada KBBA9 dijemput ke majlis ini.
Beberapa acara diaturkan untuk memperkenalkan restoran ini kepada para jemputan. Acara yang paling pada malam itu pastinya acara review menu restoran. Majlis diserikan lagi dengan alunan suara artis jemputan Salma Mentor.
Pada malam tu kami sempat merasa 2 menu istimewa restoran ini iaitu Steamboat yang best dan sedap serta Seafood Lambak yang sungguh lazat.
Steamboat dan Grilled RNA
Steamboat dan Grilled RNA best sebab ia didatangkan dengan pelbagai pilihan menu secara buffet. Pilihan yang dimaksudkan adalah dari menu utama , pilihan sayuran , pilihan mee kering, pilihan barangan steamboat dan yang paling utama menu grill yang terdiri dari pilihan seafood , daging kambing , ayam dan daging dengan beberapa perapan pilihan iaitu perasa satay, honey, masala dan brown nelayan.
Untuk pencuci mulut restoran ini menyediakan rojak buah, buah-buahan, air panas dan kordial serta ais krim pelbagai rasa
Harga Buffet Steamboat dan Grill RNA
RM 28 untuk orang dewasa
RM16 sahaja untuk kanak-kanak ( 5thn sehingga
11thn / serta warga emas 61 thn ke atas)
Seafood Lambak RNA
SEAFOOD LAMBAK ni nama komersil RNA untuk Shellout. Oleh kerana isu pattern pada nama Shellout maka RNA memperkenalkan nama unik ni.
Untuk hidangan Seafood Lambak, pelanggan akan disajikan dengan pilihan seafood yang segar iaitu KETAM, UDANG GALAH, SHELL MUSHELL, SHELL BAMBOO , SHELL SCALLOP, KUPANG, LALA , SOTONG DAN SAYURAN SERTA JAGUNG REBUS.
Seafood ini dihidang dengan 4 (empat) jenis sos yang hanya ada di Restoran Nelayan iaitu :-
- Sos Hongkong spicy with curry leaf
- Pearl Kristal Sweet Sour
- Seafood Chili
- Green Curry klasik
Semua sos ini adalah signature dari chef Restoran Nelayan sendiri iaitu Cheff DD.
Harga Seafood Lambak
RM20 sahaja seorang termasuk air cordial , air panas dan nasi yang diberi secara FREE FLOW.
Perghhh..!!! Murah kan?
Set lunch murah RNA
Set lunch dengan harga tak masuk akal ni terdiri daripada Nasi Putih dengan pilihan ayam goreng atau ikan goreng dan sayur.
Harga set lunch
RM3.50 sahaja
* murah giller kan? Tak sangka ada lagi lunch semurah ni di zaman GST ni. Hehehe..
Menu-menu lain
Selain dari 3 menu utama tadi, RNA juga menyajikan beberapa menu lain seperti masakan western , noodles selection, pasta selection, bowl selection , Rice selection dan snacks selection untuk pilihan pelanggan. So korang yang datang sini tak perlu bimbang. Banyak menu yang boleh korang pilih sesuai dengan citarasa korang.
Yang pasti harganya sangat berpatutan…!
Jadi.. Tunggu apa lagi.. Jom kita serbu restoran steamboat best ni. Dahlah halal, murah pulak tu. Dan lokasinya dekat jer, di Ampang Selangor.
Eh kejap. Ada promosi sempena pembukaan RNA. Sampai akhir bulan ni jer tau..!
Info Lanjut RNA
Lokasi
Nak senang korang waze jer pakai keyword “Sri Changgong Bikers”. Waze akan bawak korang betul-betul depan restoran ini nanti. Jangan bimbang. Mesti tak sesat punya. Sebab restoran ini terletak di tepi jalan utama jer. Nanti korang akan nampak Crew Planet Cafe. Haa kat atas tu la restoran RNA.
Alamat
Restoran Nelayan Ampang
33A-1 Jalan AWF 1
Ampang Waterfront
58000 Ampang Selangor
Landmark: Crew Planet Cafe
Facebook :Â https://www.facebook.com/restorannelayanampang/
Nombor untuk dihubungi
Untuk tempahan, boleh hubungi: 011-3960 6966 / 03-61858400 / 019-2279017
Atau email ke: nelayangombak@gmail.com
Waktu Operasi
Selasa – Ahad (Isnin Tutup)
11am – 12 am
Parkir
Jangan risau. Sebelah restoran ini ada kawasan parkir disediakan.
Komen eXplorasa
Recommended..! Menu-menunya sedap..! Paling aku suka ialah Seafood Lambak tu. Steamboat sedap jugak tapi aku bukanlah peminat tegar steamboat. Sebab aku tak letakkan steamboat di depan.
Set lunch murah tu memang tak sempat rasa lagi. Tapi dengan harga murah macam tu mana lagi nak cari zaman sekarang ni.. Boleh berjimat cermat wooo kalau duduk dekat dengan restoran ini. Hehehe..
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
sedapnya tgk korang makan.. lama tak makan steamboat..
hehehe… baik yanie pi makan skrg.. nnti dah kena pantang.. lama wooo