Rehatkan Diri Di Shell deli2go Boleh Elakkan Kemalangan

kiosk shell select
konsep deli2go ni memang menarik

Shipping Container

Dibina dengan menggunakan shipping container yang diubah suai menjadi satu kiosk yang menarik, deli2go menjadi satu tarikan baru di stesen minyak Shell di seluruh Malaysia.

Setakat ini ada 16 buah kiosk deli2go di seluruh negara dan ia akan ditambah dari masa ke semasa.

Apa yang menarik

Apa yang menariknya dengan kiosk ini ialah pengguna jalanraya tidak perlu masuk ke dalam kedai select untuk mendapatkan makanan dan minuman. Kiosk ini berada di luar kedai select untuk memudahkan pengguna jalanraya yang singgah di Shell.

dirasmikan oleh Dato Sri Hasan Malek
dirasmikan oleh Dato Sri Hasan Malek

Kewujudan kiosk ini sedikit sebanyak boleh menyumbang kepada pengurangan kemalangan jalan raya yang berpunca daripada keletihan dan mengantuk pemandu. Ia adalah kerana pemandu yang keletihan boleh berhenti seketika di mana-mana stesen minyak Shell yang banyak terdapat di seluruh Malaysia untuk meredakan keletihan dan rasa mengantuk.

Pelbagai jenis makanan dan minuman

Sambil berehat, mereka boleh menikmati makanan pelbagai pilihan di kiosk ini. Ada makanan dan minuman panas yang boleh menyegarkan badan yang keletihan seperti pelbagai jenis roti dan sandwich dan kopi panas yang menyegarkan.

Pelbagai jenis roti
Pelbagai jenis roti (foto oleh: placeandfood.com)

Ada juga disediakan pelbagai jenis coklat dan kek beserta minuman sejuk. Anda boleh pilih mengikut citarasa anda. Janji ianya dapat menyegarkan badan untuk menyambung semula perjalanan.

Di majlis pelancaran peraduan terbaru Shell iaitu Shell Win Free Fuel baru-baru ini eXplorasa sempat mencuba kopi o panas kiosk ini. Memang menyegarkan! Boleh mencerahkan kembali mata yang mengantuk.

kopi panas deli2go Shell
kopi panas deli2go Shell

Oleh kerana hari tersebut adalah seperti hari terbuka, eXplorasa mengambil peluang untuk mencuba juga pelbagai coklat termasuk coklat KitKat yang semua arif tentang rasa enaknya.

Premium English Fruitcake

Tetapi yang paling menarik minat eXplorasa adalah kek buahnya iaitu Premium English Fruitcake. Memang best dan mengenyangkan.

kek buah paling best
Premium English Fruitcake, kek buah mesti cuba di deli2go

Sesuai dengan namanya kek buah ini kaya dengan buah. Teksturnya yang tidak hancur apabila digigit sebahagian, menjadikan ia semakin menarik selain daripada rasanya yang enak.

Panduan Perniagaan Cupcake

Kek buah ini adalah makanan yang anda mesti cuba jika singgah di kisok ini. Percayalah anda akan berpuas hati dengan rasanya dan akan mencarinya lagi di masa mendatang.

Jadi kepada pemandu-pemandu baik kereta, kenderaan berat malah penunggang motosikal, jika anda mencari tempat untuk berehat seketika di dalam perjalanan anda, kisok ini boleh anda pertimbangkan.

Peraduan Shell Win Free Fuel

Alang-alang berhenti di kiosk ini, anda bolehlah membuat isian minyak kenderaan anda sementara peraduan Shell Win Free Fuel masih berlangsung sehingga 15 Mac 2015 ini. Manalah tau anda terpilih menjadi salah seorang daripada 3 pemenang yang akan membawa pulang hadiah berupa isian minyak selama setahun yang bernilai RM10,000.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Pameran Istimewa: Picasso dan Lin Xiang Xiong – Dialog...

Dipamerkan di Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Pulau Pinang, Malaysia, sehingga 31 Mac 2026. Perbualan...

HUAWEI TEASES A PC-LIKE PRODUCTIVITY WITH THE ARRIVAL OF...

A powerful blend of PC-level productivity, upgraded display technology, and intelligent stylus features. KUALA LUMPUR,...

Level Up with Lazada’s 12.12 Gaming Haul

The season of giving is also the perfect season for upgrading. Whether you're hunting...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ