Kronologi travel Abam Hoq
Alhamdulillah, sejak Abam Hoq mula-mula buat passport 8 tahun yang lepas, sudah 24 negara sudah Abam jejakkan kaki. Semua ini daripada trip sendiri, tajaan syarikat Unit Trust tempat Abam bernaung dan tajaan daripada kementerian pelancongan serta agensi travel.
Masih teringat masa mula-mula buat passport pada tahun 2011 dulu. Masa tu ada rezeki lebih sedikit dan kami (Abam Hoq, isteri dan mak mertua) dijemput Allah untuk lakukan ibadah umrah.
Itulah kali pertama Abam keluar daripada Malaysia. Sebelum ini tak pernah lagi keluar Malaysia. Tak pernah lagi naik flight ke destinasi yang jauh. Paling jauh naik flight ke Langkawi la kot sebelum tu.
2011 – Ke Phuket, Thailand – tajaan Public Mutual Bhd
Beberapa bulan selepas balik daripada Mekah dan Madinah mengerjakan ibadah umrah, Abam dijemput selaku ‘qualifier’ untuk sasaran jualan Public Mutual melebihi 1 juta ke Phuket Thailand.
Ditaja oleh syarikat besar, sudah tentu layanan dan tripnya sangat hebat. Ya, dengan hotel 5 bintang dan tempat lawatan yang sungguh hebat, trip ini memang sangat enjoy. Lagi-lagi ianya trip yang ditaja penuh. Tak perlu keluarkan duit walau sesen pun.
2013 – Ke Guangzhou, China – tajaan Public Mutual Bhd
Ini pun percutiaan tajaan penuh. Percutian 5 bintang. Tapi entah kenapa, kenangan di Guangzhou tak banyak yang terakam. Entah kat mana foto-foto kenangan di Guangzhou. Sebab dulu media sosial tak aktif sangat. Google Photos pun belum ada.
Sekarang senang, ambil gambar terus masuk dan disimpan dalam Google Photos.
2014 – Jawa Tengah, Indonesia – Kolaborasi dengan Air Asia
Rezeki blogging mula datang pada tahun 2014. Blog Travel & Food Abam Hoq, eXplorasa.my ini mula mendapat perhatian. Abam dijemput oleh Air Asia untuk program FAM Tripnya melawat Jawa Tengah. Ini adalah susulan jemputan mempromosikan AirAsia untuk penerbangan KL ke Senai dengan kerjasama Legoland sebelum itu.
Alhamdulillah. Macam tak percaya yang blog explorasa.my yang baru setahun jagung pada masa itu telah berjaya berkolaborasi dengan Air Asia. Bermula detik ini Abam mula mengorak langkah seterusnya dalam dunia travel.
2014 – Phuket Thailand – Kolaborasi bersama Santai Travel dan Harmony Travel and Tours
Selepas itu, Abam dijemput mempromosikan trip pelayaran Star Cruise yang menampilkan selebriti Pak Nil dengan program yang dianjurkan di atas Cruise.
Trip pelayaran Star Cruise ini selama 5 hari. Persinggahan pertama adalah di Langkawi sebelum meneruskan pelayaran ke Phuket Thailand.
2016 – Kyushu Muslim Trip – Kolaborasi dengan Japan Tourism Board
Selama 6 hari Abam bersama 4 lagi bloggers dijemput oleh pihak Pelancongan Jepun untuk mempromosikan trip kembara Muslim ke Kyushu. Pertama kali menjejakkan kaki di tanah Nipon, sememangnya sangat teruja.
Di trip kembara ini kami dibawa dan didedahkan tentang tempat-tempat menarik di Kyushu dan juga hotel serta tempat makan yang mesra Muslim.
2016 – Phuket Thailand – Kolaborasi dengan The LifeCo
Selang seminggu selepas balik daripada Kyushu Jepun, Abam terus ke Phuket Thailand. Kali ini Abam bersama 3 lagi blogger daripada Kelab Bloggers Ben Ashaari dijemput ke The LifeCo, sebuah pusat detox antarabangsa untuk mempromosikan program detox di situ.
Di sini kami didedahkan dengan program detox secara menyeluruh. Dengan segala fasiliti dan pendedahan info, kami Berjaya lalui 4 hari tanpa menyentuh makanan lain selain daripada sayuran terpilih dan jus buahan terpilih.
Dalam masa 4 hari badan boleh surut 4 kilogram. Terasa sungguh ringan badan masa tu.
2017 – Kembara Eropah – Kolaborasi dengan Agensi Travel Malaysia
Ini permulaan dijemput oleh salah sebuah agensi travel di Malaysia untuk mempromosikan pakej travelnya. Kami mengembara ke 6 negara, iaitu England, France, Belgium, Netherland, Germany, dan Switzerland.
2017 – Kembara Balkan – Kolaborasi dengan Agensi Travel Malaysia
Dijemput sekali lagi oleh syarikat yang sama. Kali ini Abam kena ‘cover’ trip kembara Balkan. 6 negara yang kami jelajahi ialah Albania, Macedonia, Croatia, Bosnia, Kosovo, dan Montenegro.
2017 – New Zealand – Kolaborasi dengan Agensi Travel yang berpengkalan di Christchurch, New Zealand
Kali ini Abam dijemput melalui Kelab Blogger Ben Ashaari. Kami berempat ke New Zealand bahagian utara.
Trip ini separa tajaan di mana tiket penerbangan, tiket lawatan ke tempat menarik dan makan ditanggung sendiri. Manakala Agensi Travel di sana menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan iaitu sebuah MPV Estima.
2018 – Hatyai & Krabi – Trip sendiri
Trip ini ditaja oleh poket sendiri. Hahaha.
Ini trip keluarga. Itinerari semua dibuat sendiri. Yang bestnya kami ke Hatyai dan Krabi dengan menaiki kereta sendiri. Ya…! Abam memandu daripada Kuala Lumpur ke Hatyai. SInggah di Hatyai semalaman sebelum meneruskan perjalanan ke Krabi.
Kami habiskan 2 hari di Krabi dengan mengikuti aktiviti Island Hopping dan menikmati suasana malam yang cukup meriah di Krabi.
Balik daripada Krabi, kami sekali lagi singgah di Hatyai untuk menyambung aktiviti yang tak sempat kami habiskan masa memula sampai tu.
2018 – Turkey & Istanbul – Kolaborasi dengan Agensi Travel Malaysia
Trip ini ditaja oleh travel agensi. Penerbangan ni kami gunakan Astana, syarikat penerbangan Kazakhtan. Jadi, pergi dan balik kami transit kat Almaty, sebuah bandar utama di Kazakhstan.
Pengalaman di Turki sememangnya tak dapat dilupakan. Sejarahnya, pemandangannya, masjidnya, pasarnya.. Semuanya best..!
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah (transit) di Almaty. Tiba di bandar Almaty pukul 5 pagi. Penerbangan ke Kuala Lumpur pula pukul 10 malam.
Jadi masa sehari tu kami habiskan dengan melawat bandar Almaty. Kebetulan pada masa tu salji sudah mula turun. Dapatlah bermain salji kat sana.
Yang paling best dapat makan tengahari menu orang Kazakh di rumah tour guide. Beliau adalah graduan UIA dan sangat fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.
2019 – Eastern Europe – Kolaborasi dengan Agensi Travel Malaysia
Ni yang terbaru. Masih panas lagi ni. Hehehe.. Selama 12 hari, Abam dijemput untuk promo pakej pelancongan ke Eropah Timur. 6 negara dijelajahi iaitu Germany, Austria, Republic Czech, Poland, Slovakia, dan Hungary.
Sejarah dan pemandangan serta tempat shopping menjadi tarikan utama untuk kembara ini. Sangat best..!
Itulah trip-trip yang Abam pernah pergi. Kalau dihitung dah 24 buah negara dah berjaya jejakkan kaki. Rezeki..!
InsyaAllah akhir tahun ini Abam akan ke Dubai. Belum confirm sepenuhnya lagi. Namun perancangannya ke situ. Jika ada rezeki tak ke mana.
Travel sendiri atau pergi dengan agensi travel?
Itulah antara negara-negara yang pernah Abam Hoq lawati. Ada pergi dengan tajaan penuh, ada yang pergi dengan tajaan separuh, ada yang pergi dengan duit sendiri.
Ada yang tanya Abam, kalau nak travel lebih baik pergi sendiri ke atau pergi dengan agensi travel?
Abam akan jawab bergantung kepada kegigihan korang buat itinerary dan research tempat korang nak pergi tu. Juga bergantung kepada kegigihan korang mencari tiket penerbangan dan tempat penginapan yang best tapi murah.
Untuk Abam yang malas ni Abam lebih suka ikut agensi travel. Sebabnya semuanya tersedia. Kita ikut je. Tak payah nak fikir. Nak melancong nak suka-suka dan release tension. Kalau pergi travel, tapi kena hadap masalah kat negara orang akibat kelemahan pengurusan kita, itu dah jadi tak best!
Kalau pergi dengan agensi travel segalanya diuruskan untuk kita. Contohnya bebaru ni masa trip Eropah Timur, seorang peserta kecurian beg sandang. Duit, passport dan smartphone ada dalam tu. Semuanya agensi travel yang uruskan. Bermula daripada laporan polis dan seterusnya mengikut prosedur yang betul. Senang kan? Kalau travel sendiri jenuh jugak kalau kena macam tu..
Ada banyak jer agensi travel yang boleh dipercayai kat Malaysia ni. Antaranya yang disebut-sebut adalah ARBA Travel. Syarikat travel yang telah dinobatkan sebagai ‘Top 30 SME in Malaysia’ pada 2017 oleh SME Corp Malaysia ini adalah salah satu syarikat ataupun agensi travel yang terbaik dalam industri travel di Malaysia.
Sesiapa yang mencari pakej percutian luar dan dalam negara, bolehlah menghubungi ARBA Travel. Korang pasti takkan kecewa dengan servis yang akan diberi.
Abam Hoq pun sedang mengintai peluang untuk berkolaborasi dengan ARBA TRAVEL. Mana la tau kot-kot ada peluang.. Kih kih kih..!