Touristguide.com.my (Touristguide)
Touristguide.com.my… Untuk yang biasa travel mungkin ramai yang dah tau pasal travel network terbesar di dunia ni. Tapi yang jarang-jarang travel mungkin ada yang tertanya-tanya siapa Touristguide.com.my ni? Ya tak?..
Touristguide adalah travel network yang memudahkan traveller untuk merancang perjalanan mereka. Login sahaja ke laman web Touristguide, pengunjung akan dihidangkan dengan beribu tawaran menarik daripada pilihan tempat menarik, tempahan hotel, sehinggalah tempahan penerbangan.
Touristguide ditubuhkan sejak 5 tahun lepas. Semenjak itu ia telah memberi perkhidmatan kepada beribu traveller di seluruh dunia. Travel Agent online ini mempunyai misi besar untuk membina Travel Network terbesar di dunia.
Yang paling menariknya dengan Touristguide ni adalah pengunjung boleh mendaftar secara PERCUMA, tidak seperti Travel Agent Online yang lain yang kebanyakkannya mengenakan caj pendaftaran. Untuk setiap tempahan online ini, pengunjung akan diberikan mata ganjaran.
Pengunjung boleh menggunakan mata ganjaran yang terkumpul ini untuk menebus tempahan travel akan datang secara percuma.
Majlis pelancaran Touristguide
Aku mula tahu kewujudan travel network ni pada awal tahun ni apabila aku dijemput menghadiri satu taklimat yang dibuat oleh syarikat ini. Tapi oleh kerana masa tu taklimatnya “agak biasa”, aku pun kurang memberi perhatian.
Tapi kali ni aku memang kagum…! Pelancaran gilang gemilang telah dibuat di Hotel Westin Kuala Lumpur pada 24 November 2016. Dan dhif-dhif jemputan bukanlah orang sembarangan.
Selain daripada pihak media dan bloggers, antara yang hadir memberi sokongan padu pada hari pelancaran tersebut adalah:
1) Mr. Devan Kumar (Managing Director, TOURISTGUIDE.COM.MY)
2) Mr. Mohd Akbal Setia (Director, Tourism Malaysia)
3) Mr. Azlan Hussain (President of Kuala Lumpur Tourism Association – KLTA)
4) Akim Ahmad (Selebriti Artis Penyanyi Popular Malaysia)
Di majlis ini aku tau dengan lebih mendalam apa Touristguide ni sebenarnya, apa misi dan visi mereka. Dan aku kini lebih yakin untuk mencadangkan Touristguide kepada keluarga, rakan-rakan dan pembaca blog aku.
7 Sebab Kenapa aku cadangkan korang untuk gunakan Touristguide
1. 100% tawaran sebenar
Aku berani cadangkan Touristguide kat korang sebabnya tawaran yang dibuat di laman webnya memang tawaran sebenar. Korang tak perlu ragu-ragu dengan tawaran murah dan menarik di laman webnya. Sebabnya ia bukan tawaran yang diada-adakan. Lagipun tawaran yang dibuat tidak dikenakan sebarang yuran untuk tempahan (booking fee) yang dibuat.
2. 100% review boleh dipercayai
Review yang dibuat di dalam laman web memang boleh dipercayai. Ini adalah kerana pengunjung yang berdaftar dengan Touristguide memang disahkan orang yang betul oleh pihak Touristguide sendiri.
3. 24/7 sokongan seluruh dunia
Korang boleh menghubungi pusat bantuan pelanggan di nombor yang tertera di laman web bila-bila masa untuk bantuan jika korang menghadapi apa-apa masalah dengan tempahan dan sebagainya.
4. Uruskan tempahan sendiri
Korang boleh pilih dan uruskan tempahan korang sendiri secara di talian. Jadi korang bebas memilih tarikh, masa dan pakej mengikut kesesuaian dan keutamaan korang. Perancangan melancong korang akan menjadi lebih licin dan teratur.
Dengan Touristguide korang bukan sahaja boleh membuat tempahan hotel, malah tempahan penerbangan juga boleh dibuat menerusi laman web Touristguide. Ia lengkap untuk urusan melancong korang.
5. Lebih murah daripada ejen travel online yang lain
Menempah percutian dengan Touristguide dapat menjimatkan kos percutian korang. Ini diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Touristguide sendiri sewaktu diajukan dengan soalan ini semaa sesi bersama media pada hari pelancaran baru-baru ini.
6. Promosi dan diskaun sehingga 75%
Ini adalah antara bukti mengapa menempah percutian menerusi Touristguide menjadi murah. Potongan sehingga 75% boleh dinikmati di sini.
Berikut adalah promosi-promosi terkini yang korang perlu tengok. Sangat menarik!
7. Pendaftaran percuma secara online
Untuk menikmati keistimewaan sebagai pelanggan Touristguide, korang perlulah membuat pendaftaran di laman web Touristguide. Senang jer.. Klik pendaftaran kat laman web Touristguide dan isikan butiran anda.
Dah jadi ahli berdaftar, barulah layak dapat points untuk setiap transaksi tempahan melalui Touristguide. Mata (point) ni nanti apabila banyak terkumpul, bolehlah korang tukarkan dengan percutian korang. Jadinya percutian tu nanti percuma.
Haaa menarik tak…?!
Komen eXplorasa
Tiada yang lebih indah daripada percutian yang menyeronokkan tanpa apa-apa gangguan dan masalah. Lebih-lebih lagi kita sendiri yang uruskan percutian tersebut dengan memilih pakej, memilih jadual penerbangan dan tempahan hotel.
Di Touristguide korang dapat alami itu semua hanya di hujung jari. Yang paling penting kos percutian korang dapat dijimatkan sambil korang dapat kumpul mata ganjaran untuk ditebus untuk percutian percuma di masa akan datang.
So tunggu apa lagi…?! Daftar segera di Touristguide.com.my
Fuyoo. Ok satg nak daftar lah. Mana tau tberkenan nak travel memana..
YB Shehan recently posted…TEMA KEK POKEBALL UNTUK BIRTHDAY KE 4 ARIQ EMIR
Lepas ni nak travel elok tru website ni. Nnti nilai travel tu diconvert mnjadi point. Point tu nnti dah terkumpul banyak boleh tukarkan kepada pakej travel
dah jenguk aritu.. takde dalam malaysia eh? untuk international je…ke saya tak perasan
rozita recently posted…Papan Seterika Ajaib DIY
Setakat ni international jer. Nnti ada domestic
Point ko bagi kat aku la hoq. Kesian aku tak de point lagi. haha
Hafiz Rahim recently posted…Yeay! Masuk Farm In The City Lagi
hahahha.. buleh.. x der hal..
memang terbaik…
murah dan boleh dipercayai…
nanti boleh cuba perkhidmatan dari touristguide ini
aRzMoHa recently posted…6 Laman Web Ini Pasti Berguna Untuk Anda