Explorasa Lahir Dari Perancangan Dan Ilmu

Blog Travel dan Food Malaysia - sate
Food Review adalah aktiviti wajib untuk Food Blogger

Blog Travel dan Food Malaysia – eXplorasa

8 Januari adalah salah satu tarikh keramat dalam hidup aku. Pada tarikh itulah aku dilahirkan ke dunia. Pada tarikh tersebutlah aku mula-mula menghirup udara dunia yang penuh pancaroba. Lahir ke dunia dengan satu tugas yang amat berat untuk dipikul sehinggakan bukit dan makhluk lain pun tidak sanggupp memikulnya. Tanggungjawab sebagai khalifah yang harus dijalani samada suka ataupun tidak. Ganjaran untuk tugas khalifah di muka bumi ini adalah syurga yang menanti.

Sohoque dot com adalah blog pertama aku yang dilahirkan. Dengan hanya berbekalkan minat untuk berkongsi ilmu, aku telah berjaya menghasilkan blog tersebut dengan jerih dan perih. Almaklum la aku tiada langsung ilmu tentang blog ini.

Masalah demi masalah berlaku bilamana aku hanya belajar dengan Pakcik Google. Pembacaan saban malam aku di Google terkadang faham terkadang tidak. Apa yang aku boleh buat hanyalah mencuba apa yang dibaca. Jika berjaya alhamdulillah. Jika tidak satu malam usaha aku itu kurasakan seolah-olah sia-sia. Pernah aku tak tidur malam dek kerana begitu asyik mencari ilmu blog ini. Tersedar setelah kedengaran azan Subuh menyeru insan menunaikan tanggungjawab kepada Yang Maha Esa.

Sebab itulah blog sohoque dot com itu amat aku hargai. Terlalu banyak kenangan dengannya. Setelah itu aku buka pula sebuah lagi blog yang aku khaskan untuk agensi Perancangan Kewangan aku. Sebagai ketua agensi aku merasakan amat perlu untuk ada satu platform untuk berkongsi ilmu bukan sahaja di kalangan consultant di bawah seliaan aku, malah untuk consultant lain tak kira apa syarikat yang mereka wakili. Pada aku ilmu yang ada harus dikongsikan bersama. Atas dasar itu lahirlah pula blog Cakna wang.

Pada hari ini 8 Januari 2014 lahirlah blog ketiga daripada aku iaitu Explorasa dot my. Blog ini lahir dengan perancangan yang rapi. Dengan ilmu dan sokongan yang aku dapat daripada Akademi Denaihati, blog Explorasa ini lebih terarah. Lebih jelas halatujunya. Lebih sempit nichenya.

Struktur tema blog juga lebih baik. Kali ini aku gunakan tema (theme) yang berbayar. Aku pilih tema daripada studiopress sebagai rangka blog ini.

Niche untuk Explorasa adalah berkenaan makanan (food) dan jalan-jalan (travel). Dengan diselitkan satu ruangan pandangan peribadi (thought) yang juga tentang perkara-perkara berkenaan food dan travel.

Blog Travel dan Food Malaysia - traveller
niche travel turut diselitkan dalam blog ini

Blog ini dilahirkan tepat pada masanya. Tahun 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia. Jadi bolehlah blog ini menumpang sedikit populariti dan trending yang akan wujud dengan promosi besar-besaran daripada kerajaan Malaysia.

Sasaran aku ialah untuk menempatkan diri sebagai salah seorang Food Blogger dan Travel Blogger popular yang dikenali ramai di Malaysia. Sekurang-kurangnya dapat menjadi seperti blog budak kecil yang besar Rayyan Haries untuk kategori travel. Untuk kategori Food pula dapat jadi macam food blogger melayu popular Hazman Fadhil pun dah cukup baik. Lebih hebat jika ia mendapat anugerah daripada mana-mana badan tertentu.

Moga segala perancangan akan dapat menghasilkan sesuatu yang diharapkan daripada blog Explorasa ini. Ameen.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

    • Owh ada sahabat baru rupanya. Thanks sbb sudi singgah. Sy byk lg kena belajar dlm blogging niched food ni. Byk lg kelemahan yg perlu diperbaiki

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ