
Passport adalah perkara paling penting untuk diambil tahu sebelum kita melancong ke luar negara. Tidak kira berapa umur kita, passport adalah perkara wajib untuk memasuki sesebuah negara lain.
Hari ini aku dan isteri mengambil cuti separuh hari untuk menyelesaikan urusan passport iffah. Kenapa kami bersusah payah untuk buat passport iffah yang masih kanak-kanak pada hari ini? Ia adalah kerana iffah bakal berumur tujuh tahun pada 01/02/2014 ini. Kenapa pula dengan umur 7 tahunnya itu?
Ok. Buat pengetahuan anda passport boleh diperbaharui untuk jangkamasa 2 tahun dan 5 tahun sahaja. Untuk kanak-jika memperbaharui untuk 2 tahun kosnya adalah rm80. Sebaliknya jika memperbaharui selama 5 tahun, kosnya rm150. Jadi sebenarnya ada penjimatan jika memperbaharui passport dalam jangkamasa yang panjang.
Perancangan aku dan isteri ialah aku mahukan passport Iffah ni tamat tempoh sebelum dia berumur 12 tahun. Sebabnya nanti mahu perbaharui lagi dengan kos kanak-kanak iaitu rm150 untuk 5 tahun. Jika aku tidak mengambil langkah untuk perbaharui sebelum tarikh lahir Iffah ni bermakna tarikh luput passportnya nanti selepas dia berumur 12 tahun (untuk pembaharuan tempoh 5 tahun). Jika ini berlaku bermakna kos untuk menyambung tempoh passport nanti sudah meningkat kepada kos orang dewasa iaitu rm300 untuk tempoh 5 tahun dan rm200 untuk tempoh 2 tahun.
Cara untuk perbaharui ataupun membuat passport untuk kanak-kanak
Pergi ke pejabat imigresen yang berdekatan dengan tempat anda. Untuk kes aku tadi, aku ke pejabat imigresen yang terletak di bangunan PKNS Shah Alam. Sila bawa dokumen berikut:
- sijil kelahiran kanak-kanak yang ingin dibuat passport tersebut.
- Bawa juga 2 keping gambar berukuran passport.
Pastikan anak anda memakai pakaian yang kontras dengan latar belakang gambar passport yang berwarna putih. Baju berwarna gelap amat digalakkan. Jika anda belum ada gambar berukuran passport anak anda, jangan risau. Ini kerana biasanya ada kedai gambar berdekatan dengan pejabat imigresen yang anda pilih untuk pendaftaran passport itu.

Bila perkara-perkara keperluan untuk membuat passport tersebut sudah tersedia, terus tuju ke kaunter pertanyaan di pejabat imigresen. Bagitau pegawai bertugas tentang hasrat anda. Biasanya mereka akan meminta untuk melihat gambar kanak-kanak dan kad ibu atau bapa atau penjaga. Nombor giliran akan diberi di kaunter tersebut. Minta borang ringkas daripada mereka dan isikan butiran diminta.


Tunggu nombor giliran kita dipanggil. Lama masa yang diambil untuk nombor giliran kita dipanggil bergantung kepada ramainya orang yang datang ke pejabat imigresen tersebut pada waktu itu. Hari itu kami terpaksa menunggu lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke giliran nombor kami. Jadi untuk tidak mmbuang masa kami bersarapan dahulu di Kompleks PKNS.


Usai sahaja sarapan, iaitu selepas satu jam kami naik semula ke tingkat dua bangunan PKNS tempat terletaknya Bahagian Passport Jabatan Imigresen Shah alam. Lebih kurang 10 minit, nombor giliran kami dipanggil oleh kaunter memproses permohonan. dari situ kita akan disuruh ke kaunter pembayaran.
Selepas membuat bayaran kita akan diberi satu salinan resit yang tertera butiran terperinci tentang anak kita. Pastikan kita periksa dengan teliti butiran tersebut sebelum meninggalkan kaunter bayaran. Pastikan juga kita mengambil dan menyimpan dengan baik resit bayaran tersebut. Ia akan diperlukan semasa hendak mengambil passport apabila siap nanti.Passport akan siap selepas 2 jam (untuk kes membuat passport kanak-kanak di Pejabat Imigresen PKNS Shah Alam).
Selepas 2 jam datang semula ke kaunter 1 atau 2 (untuk kes Pejabat Imigresen PKNS Shah Alam) untuk mengambil passport yang sudah siap. Jangan lupa bawa resit pembayaran yang telah dibuat tadi. Buku merah passport akan diberi setelah resit ditunjukkan. Periksa sekali lagi butiran yang tercetak di dalam buku passport tersebut. Pastikan ia adalah butiran yang betul untuk kanak-kanak yang dibuat passport tersebut.
Untuk menjaga buku passport, ada sampul buku passport yang dijual di kaunter tempat mengambil passport. Harganya rm3. Anda boleh beli untuk menjaga ketahanan buku passport yang akan dipakai selama 5 tahun lagi itu.
Itu saja proses ataupun cara-cara untuk membuat passport untuk kanak-kanak. Senang saja kan? Kepada pembaca yang mempunyai tujuan dan niat yang sama dengan aku boleh ikut cara aku.
Pada kebiasaannya pejabat imigresen dibuka daripada pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang pada setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad. Namun untuk kemudahan orang ramai untuk membuat passport, beberapa cawangan terpilih pejabat ini turut dibuka pada hari sabtu dan Ahad, daripada pukul 8 pagi hingga 1 petang (kecuali jika Sabtu dan Ahad tersebut adalah kelepasan awam).
Antara pejabat-pejabat imigresen yang dibuka pada hari sabtu dan Ahad ialah:
- pulau Pinang – Seberang jaya
- Johor – Johor Baru, Pekan Rabu
- Kedah – UTC Kedah
- Perak – RTC Gopeng, UTC Perak
- Selangor – Kelana Jaya, pelabuhan kelang, Shah Alam, Kajang
- Negeri Sembilan – Seremban
- Melaka – UTC Melaka
- Sabah – Kota Kinabalu
- Sarawak – Kuching, Miri
- Kuala Lumpur – UTC Pudu Sentral, UTC Sentul
- Pahang – UTC Pahang
- Putrajaya – Precint 15
Jom buat passport untuk anak-anak. Apabila passport anak-anak sudah ada, senang lah kita untuk melancong keluar negara bersama keluarga. Nak tempah tiket kapal terbang pun senang dengan adanya passport mereka.
Baca juga: Nama Anak LelakiÂ
panjangnya artikel. kata pendek aje.
apa2 pun, memang bermanafaat
Blogger Babyface recently posted…Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014 Memang Mengarut
eh pakcik baby face.. baby pakcik tu baik pakcik wat passport segera.. hahahaha
fuhh..senang faham nih.
titan recently posted…Program Latihan Terapi Spa Beaubelle Academy
senang ek… huhuhu
Masa buat passport antarabangsa hendak ke mana bro?
akubiomed recently posted…Pekena Bihun Sup Daging dan Teh Tarik
plan nak bawak family bercuti ke negara jiran
persedian bercuti jauh ni bro. mudahan sangat membantu bagi yang ingin buat pasport anak nanti.
Denaihati recently posted…Pengesahan Halal Jakim diragui
mudah-mudahan dapat membantu memberi info kepada yang datang mencari maklumat ini
Terima kasih untuk info ini. Saya orang Kedah pun baru tau boleh buat passport di UTC Kedah. TQ!
Afiq Aimannaaim recently posted…Plugin Wajib Untuk WordPress
hehehe.. pergi buat cpt bro..
Khair aku tak ada lagi passport..tunggu ada orang sponsor. Mau sponsor ke bro? hehehe
Hafiz Rahim recently posted…Tempat Parking Selamat Dan Unik
hahahah,… tiket sbb 2014 pon gua tunggu lu sponsor
bagus gak nih… boleh plan nak buat passport untuk anak..
KiD recently posted…11 Sebab Kena Datang Sepetang Bersama Blogger 2014
hehehehe.. leh ajak ilham gi kemboja sekali nnti…
selalu buat possport mesti lame… akak aku buat utk anak die dulu… dah jd tak tentu arah anak die…
#sekarang tak tahu mcm mane, harap lebih baik dari dulu…
Manan Qayyim recently posted…Jawapan Jakim : Isu Halal Starbucks & Coffee Bean
yup.. skrg dah cepat dah.. lagilah kalu pergi immigresen yg tak rama orang.. mesti lagi cpt
wah kene ingt ni..nti dah ada anak blh terus bt..
Farid Laham recently posted…Kerja Tu Biarlah Bersungguh-sungguh
hehehehe… lambat lg ker nak ada anak?
tq Nur Special… 😉
berguna ni info ni.Nanti da bekeluarga ,boleh la plan siap2 🙂
Farisya Anastasyia recently posted…Tudung Satin Yang Paling Senang Dibentuk
aik.. komen mcm farid laham jer.. hehehhe
kena bersabar nak buat passport ni..sebab orangnya sentiasa ramai… ramai rakyat Malaysia pergu bercuti di luar negara kan…tp selalunya untuk kanak-kanak dan orang tua ada tempat khas…dan tak perlu tunggu lama
ema recently posted…Akibat jatuh terhentak kepala dan muntah
pergi la hari sabtu.. kurang sikit orang kot…
Utc johor@geleria bukak x ari sabtu?
tak pasti. saya rasa bukak
Terima kasih atas infonya. Sangat membantu.
sama-sama. moga sama-sama dpt menfaat
Hai bamhoq..mekasih info ni.. Tengah cari pasal passport budak ni ha..
Haaa moga bermanfaat