5 Kelebihan Memiliki Motor Cruiser Sebagai Hobi

Kelebihan motor cruiser.

Kalau sebut tentang hobi permotoran, ramai orang terus bayangkan superbike laju macam dalam filem, motor touring besar dengan box kiri kanan, atau scrambler yang selamba masuk hutan. Tapi dalam banyak-banyak kategori motor, ada satu jenis yang selalu jadi pilihan hati ramai rider berjiwa tenang: motor cruiser.

Untuk yang masih tak tahu apa beza kategori motor seperti Cruiser, Touring, Skuter, Scrambler dan lain tu, Abam Hoq sediakan satu artikel khas untuk kalian tentang Motorsikal, jenis dan kategori di Malaysia.

Motor cruiser ni bukan sekadar kenderaan, tapi boleh jadi hobi dan lifestyle. Gaya bawa dia santai, rekabentuk dia unik, dan pengalaman tunggang dia memang lain daripada lain. Ini antara kelebihan motor cruiser yang tak ada pada motor kategori lain.

Kali ni Abam Hoq (AH) nak kongsi 5 kelebihan kenapa motor cruiser ni sangat best dijadikan hobi – termasuk satu point yang memang dekat dengan AH sendiri, iaitu motor cruiser ni tak tinggi sangat, jadi sesuai untuk orang macam AH yang tak berapa nak tinggi ni. Hehe. (Untuk pengetahuan tinggi AH hanya 160 CM)

5 Kelebihan Motor Cruiser Sebagai Hobi

1. Rekabentuk & Gaya Klasik yang Tak Lapuk Dek Zaman

Cruiser ni lahir dari inspirasi motor-motor Amerika klasik. Kalau tengok Harley-Davidson, Indian Motorcycle, ataupun Honda Shadow — sekali pandang dah rasa wow..!

  • Badan lebar, banyak krom, posisi bawa santai.
  • Bunyi ekzos dia… fuh, ada karakter tersendiri!
  • Cruiser ni boleh jadi “eye candy” — parking tepi jalan, ataupun kat traffic light sementara tunggu lampu hijau pun orang akan jeling dua kali.

Berbanding dengan motor touring yang nampak lebih “functional” (sebab fokus pada long-distance ride), cruiser lebih kepada gaya & personaliti. Boleh jadi simbol kebebasan, macam tagline orang selalu guna: “It’s not just a bike, it’s a lifestyle.”

2. Posisi Tunggang Santai – Tak Penat

Salah satu beza paling ketara antara cruiser dengan kategori lain adalah posisi tunggang.

  • Motor cruiser: kaki ke depan, badan tegak, tangan rileks pegang handlebar.
  • Motor touring: lebih tegak juga, tapi kadang kena adjust dengan windscreen tinggi & seat besar.
  • Superbike / sportbike: badan membongkok, tangan ke depan, memang cepat lenguh kalau ride jauh.

Dengan cruiser, tunggang jarak jauh pun tak rasa penat sangat. Postur lebih natural, jadi sesuai untuk hobi santai hujung minggu.

Kalau ride ramai-ramai konvoi, cruiser memang jenis “steady je”. Bukan nak kejar top speed, tapi nak enjoy jalan raya, view kiri kanan, dan rasa angin.

3. Ketinggian Seat Rendah – Mesra Rider yang Tak Tinggi (kelebihan Motor cruiser yang AH paling suka)

Okay, ini part yang paling AH suka dan memang personal.

Kelebihan motor cruiser - tempat duduk rendah

Kebanyakan motor cruiser seat height dia rendah — antara 650mm sampai 750mm sahaja. Maksudnya kalau berdiri atas seat pun kaki boleh jejak tanah dengan selesa.

Ini sangat berbeza dengan:

Motor touring/adventure → biasanya tinggi (800mm ke atas), sesuai untuk orang berbadan besar atau tinggi. Kalau orang rendah naik, terjengket-jengket lah jawabnya.

Superbike → ada yang rendah, tapi posisi membongkok tu kurang mesra badan kalau untuk ride santai.

Dengan cruiser, AH boleh naik dengan yakin. Tak perlu risau masa berhenti kat traffic light, tak perlu takut motor rebah sebab kaki tak sampai. Untuk orang macam AH yang tak tinggi mana, memang sesuai sangat.

4. Sesuai untuk Custom & Modifikasi (Kelebihan motor cruiser yang ni memang win)

Point ni pun best bagi AH. Kalau dah jadi hobi, mesti kita suka sentuh-sentuh, modifikasi sikit, bagi ikut citarasa sendiri kan? Cruiser ni memang kategori motor yang paling best untuk custom.

• Tukar handlebar (ape hanger, drag bar, dll).

• Tukar seat jadi lebih klasik.

• Pasang saddle bag kulit kiri kanan.

• Tukar lampu, ekzos, atau cat warna matte black.

Cruiser ni ibarat kanvas kosong untuk rider berkarya. Sebab tu ada komuniti besar “custom cruiser” seluruh dunia. Bila dah mod sikit, motor terus nampak lain daripada orang lain.

Jadi, miliki motor cruiser ni susah nak boring. Sebab bila boring jer, kita boleh custom. Lepas tu automatik motor jadi lain, dan semangat baru akan muncul.

Banding dengan touring bike — modifikasi dia terhad, biasanya untuk tambah box, windshield atau GPS. Cruiser bagi lebih banyak ruang kreativiti.

5. Komuniti Cruiser yang Mesra & Solid

Rider cruiser biasanya ada gaya tersendiri: santai, tak rushing, enjoy ride. Komuniti dia pun lebih mesra berbanding geng superbike yang kadang nampak eksklusif.

Ini pun point kelebihan motor cruiser yang AH suka terutama bila usia dah cecah 50 tahun ni. AH tak nak serabut rushing-rushing dah. Nak rileks-rileks jer. Sebab tu kalau tengok geng motor cruiser ni mana ada yang bawak motor gila-gila rempit sana sini. Kebanyakannya matang.

Kalau join ride dengan geng cruiser:

• Pace ride santai (80–100 km/j je).

• Banyak berhenti — bukan sebab penat, tapi sebab nak enjoy view, ambil gambar, borak-borak.

• Ada “brotherhood vibe” — tolong-menolong kalau ada masalah motor.

Hobi motor cruiser ni bukan sekadar tunggang, tapi lebih kepada gaya hidup & persahabatan. Kat whatsapp tu, berlambak group geng motor cruiser ni. Kalau ada masalah tentang motor atau apa sahaja nak tanya, lontar jer pertanyaan kat dalam tu, mesti ada yang jawab nanti.

Kesimpulan

Memiliki motor cruiser sebagai hobi memang ada banyak kelebihan. Secara umumnya, kelebihan motor crusier sebagai hobi AH boleh simpulkan seperti berikut:

• Gaya klasik yang evergreen,

• posisi tunggang santai,

• seat rendah mesra rider tak tinggi,

• senang nak custom ikut cita rasa,

• komuniti yang mesra.

Kelebihan-motor-cruiser-motor-bergaya

Bagi AH, hobi ni lebih daripada sekadar naik motor. Ia jadi terapi jiwa — bila tunggang cruiser, kita boleh lupakan stress kerja, nikmati angin, dan rasa bebas atas jalan raya. Best.. Serius… Best..!

Loading

Related Stories

Discover

LAST CHANCE TO SECURE YOUR HUAWEI MATE 80 PRO...

Secure Huawei’s latest flagship with advanced imaging, ultra-durable design and limited-time launch rewards before...

HUAWEI MATE 80 PRO OFFICIALLY LAUNCHES ALONGSIDE ‘SEE, TRULY...

Huawei’s latest Mate flagship returns with powerful imaging capabilities, intelligent performance and a refined...

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Pameran Istimewa: Picasso dan Lin Xiang Xiong – Dialog...

Dipamerkan di Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Pulau Pinang, Malaysia, sehingga 31 Mac 2026. Perbualan...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge