mee kolok yang paling sedap di KL boleh anda dapati di restoran dapur sarawak yang terletak di jalan pahang, bersebelahan dengan hospital tawakkal. mee yang juga dikenali sebagai mee rangkai ini memang popular di negeri sarawak. jika anda ke Kucing anda akan dapati hampir semua restoran akan menyediakan menu ini.
menu ini sesuai dimakan pada bila-bila masa samada waktu sarapan, makan tengahari ataupun makan malam. Rasa menu ini memang cukup unik. ia bertambah sedap jika dimakan bersama cili hancur yang turut disediakan sekali dengan hidangan menu ini.
untuk mencuba mee kolok yang paling sedap di KL saya cadangkan anda mencuba menu ini di restoran dapur sarawak. anda pasti akan bertandang lagi selepas merasai mee rangkai di restoran ini.