pasar tani shah alam memang meriah. bukan sahaja barangan berasaskan tani ada dijual di situ, semua benda ada. daripada pakaian, alat permainan kanak-kanak, dan lain-lain. semuanya dengan harga yang murah.
bermacam-macam hasil pertanian dan ternakan ada dijual di sini. memang segar. terbaik dari ladang. itu di tempat d sebelah tepi sekali arah tesco.
berganjak lagi ke dalam tapak pasar tani, ada di sediakan 3 barisan kedai makan. memang best bersarapan di situ. ada bermacam-macam menu sarapan. nasi lemak, soto, lontong dan macam-macam lagi. yang paling mendapat sambutan ialah sup gear box. ada 3 gerai menjual sup gear box di istu. semuanya penuh dengan pengunjung. aku sempat membeli dan tapau bawa pulang. sup gear box tu kami makan dengan roti seisi keluarga. memang best rasa dia. patut lah ramai orang tertumpu kat situ.
berhampiran gerai makan tu ada satu gerai menjual kambing golek ataupun kambing bakar. memang terbaik. dibakar secara langsung dengan bara api kecil. daging kambing golek tadi dihiris di situ juga. memang menggiurkan sesiapa yang lalu lalang di situ.
masuk ke dalam lagi ada bermacam-macam gerai. ada yang menjual pakaian, tudung, jersey, kasut, selipar, permainan kanak-kanak dan lain-lain. malah gerai takaful juga ada di situ.
balik dari pasar tani yang terbesar di shah alam tu, aku tersu teringat akan kambing golek tadi. minggu depan aku akan pergi lagi dan akan membeli kambing golek tersebut.
kepada sesiapa yang belum pernah ke pasar tani seksyen 13 shah alam, jom bertandang ke sana.