Home Blog

Kempen Nikmati Pulau Pinang Yang Sangat Berbaloi!

1
Clan Jetty

Sebelum ni setiap tahun kami akan ke negeri-negeri sebelah utara Malaysia pada hujung tahun untuk menghabiskan cuti tahunan. Kadang-kadang sampai Hatyai kami masuk dengan kereta sendiri. Tapi apa-apa pun, sudah menjadi satu kemestian, Pulau Pinang akan wajib kami singgah.

Pulau pinang ni adalah satu tempat yang sangat unik untuk dilawati sebenarnya. Sebabnya ia merangkumi segenap aspek yang ada untuk dilawati. Tidak seperti tempat lain, jika kalian ke Pulau Pinang, kalian akan dapat menikmati percutian bukan sahaja dengan melihat keindahan alam, malah bermacam-macam lagi perkara menarik yang boleh didapati di sana daripada sejarah, tapak warisan UNESCO, makanan banyak lagi.

Nasi Kandar – Menu wajib cuba di Pulau Pinang
Char Kuew Teow – Tengok gambar pun dah terliur, apatah lagi menikmatinya
Clan Jetty
Fort Cornwallis

Tu antara foto-foto apa yang menarik di Pulau Pinang. Banyak sangat kalau nak senaraikan dan letak foto kat sini.

Pendek kata, memang tak sempat habis ronda-ronda la kalau pergi sekejap ke Pulau Pinang ni.

Kempen Nikmati Pulau Pinang

Pandemik Covid-19 telah melumpuhkan pelbagai industri yang memberi pendapatan kepada negara. Antara industri yang teruk terjejas adalah industri pelancongan.

Setelah aktiviti pelancongan dibuka semula, kerajaan negeri Pulau Pinang pantas mengambil langkah bijak dengan mempromosikan industri pelancongannya semula. Untuk tujuan ini, pada 14 Disember baru-baru ini, satu kempen yang dinamakan “Nikmati Pulau Pinang” telah dilancarkan di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pilihan dan seterusnya memacu industri pelancongannya. EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) Negeri Pulau Pinang YB Yeoh Soon Hin, yang juga mengetuai Pelancongan Negeri Pulau Pinang, telah mempengerusikan majlis pelancaran bersama Encik Ooi Chok Yan, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Global Tourism (PGT).

EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) Negeri Pulau Pinang YB Yeoh Soon Hin, yang juga mengetuai Pelancongan Negeri Pulau Pinang sedang memberi ucapan di majlis pelancaran Kempen “Nikmati Pulau Pinang”

Sasaran kempen “Nikmati Pulau Pinang” bukan hanya terhad kepada pelancong domestik, malah di disasarkan juga kepada pelancong antarabangsa. Kempen ini akan membuka mata pelancong dengan mengetengahkan lokasi-lokasi utama di seluruh pulau dan juga Seberang Perai.

Kempen ini akan mengingatkan pengunjung tentang tarikan luar biasa di negeri ini, daripada dua tapak warisan yang ditetapkan oleh UNESCO (Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dan Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera), seni jalanan yang unik, beraneka makanan tempatan yang lazat, hutan hujan yang berusia 130 juta tahun, dan kepelbagaian landskap semula jadi seperti bukit dan pantai yang menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi paling ikonik di dunia.

Kempen ini akan turut menggalakkan pelawat menerokai keindahan percutian di negeri ini sama ada di pulau mahupun di Seberang Perai. Untuk memudahkan para pelancong membuat rujukan dan mencari info ringkas, risalah bertajuk ‘Other Side of the Island, Teluk Bahang and Balik Pulau’ dan ‘Opposite Side of the Island, Seberang Perai’ turut dilancarkan bersama-sama kempen ini.

Risalah tentang Balik Pulau dan Teluk Bahang untuk panduan pengunjung

Lebih menarik, kempen ini turut disokong oleh promosi dan tawaran berpatutan di laman web kempen; penangtraveldeals.com. Pelbagai tawaran menarik seperti Tawaran Hotel Terbaik, Tawaran Tarikan Terbaik, Pakej Pelancongan Terbaik, Tawaran Keperluan Pelancongan Terbaik, Produk Terbaik Pulau Pinang, Tawaran Bawa Pulang/Penghantaran Terbaik, serta Tawaran Perkahwinan Terbaik yang ditawarkan kepada pelancong.

Promosi ini menawarkan pengunjung pengalaman yang berbeza dan penjimatan yang besar bagi penginapan, tarikan, dan lawatan. Kempen ini juga turut menggunapakai platform e-dagang seperti Klook dan Shopee dengan promosi berterusan sehingga akhir tahun, menawarkan pakej pelancongan yang menarik.

Tempat-tempat Menarik di Pulau Pinang

Untuk yang masih tidak biasa dengan tempat-tempat menarik di Pulau Pinang, ni saya sediakan sedikit sorotan untuk tempat-tempat yang wajib kalian lawati jika bertandang ke Pulau Pinang.

1. Balik Pulau

Kawasan desa Balik Pulau ni sebenarnya amat cantik. Ia menyediakan pelbagai khazanah untuk pencinta alam, dari pantai terpencil ke rumah kampung tradisional. Dari ladang, perkampungan nelayan, ladang haiwan, sehinggalah sawah padi.

Sawah padi yang menghijau di Balik Pulau. Sungguh mendamaikan..!

Untuk lebih merasa dekat dan menikmati perjalanan yang indah melalui landskap luar bandar yang tenang di Balik Pulau, pengunjung boleh menggunakan basikal untuk meneroka industri rakyat kampung, ladang, dan pantai mengikut masa mereka sendiri.

Pekan Balik Pulau
Antara lukisan mural yang terdapat di pekan Balik Pulau

2.Teluk Bahang

Banyak perkara menarik yang kalian boleh dapati di Teluk Bahang. Ia adalah destinasi yang terkenal khasnya bagi pencinta alam dan pengembara.

Hutan Teluk Bahang terkenal dengan banyak tarikan ekopelancongan moden seperti Boulder Valley Glamping, Tropical Spice Garden, Taman Tema ESCAPE dan Entopia by Penang Butterfly Farm.

Boulder Valley Glamping

Kalian yang suka menikmati kehidupan di hutan tetapi inginkan keselesaan kehidupan moden boleh berbuat demikian di Boulder Valley Glamping, sebuah tempat pelancongan yang mewah terletak di dalam hutan hujan Teluk Bahang.

Tempat “glamping” ini menawarkan penginapan mewah dengan bilik mandi “en-suite” dan pengalaman “money can’t buy” iaitu suasa bangun pagi dengan bunyi kicauan burung atau berehat di bawah sinaran bintang di tepi unggun api pada waktu malam. Fuuuh..! Pasti ia akan mencipta satu memori yang bakal kekal di minda selamanya.

Tropical Spice Garden

Tempat ini juga tidak kurang menariknya. Di sini kalian boleh bersiar-siar di bawah pokok pala yang menjulang tinggi melangit dan berehat di tepi kolam yang indah dengan teratai air terapung dan ikan koi yang berenang riang. Indahnya..!

Taman Tema ESCAPE

Ini adalah salah satu daripada dua keajaiban buatan manusia yang tersenarai dalam bucket list “7 Keajaiban Dunia Pulau Pinang”. Gelongsor air terpanjang di dunia berdasarkan Rekod Dunia Guinness di Taman Teman ESCAPE menjanjikan keseronokan gelongsoran selama empat minit yang mendebarkan sepanjang 1,111 meter melalui hutan semula jadi dan kanopi pokok. Yang tak gayat dengan ketinggian wajib cuba ni..!

Entopia by Penang Butterfly Farm

Ini satu lagi keajaiban buatan manusia yang tersenarai dalam bucket list “7 Keajaiban Dunia Pulau Pinang”. Ia adalah tempat perlindungan rama-rama dan serangga tropika yang pertama di dunia. Entopia by Penang Butterfly Farm ialah tempat di mana kira-kira 15,000 rama-rama terbang bebas!

Entopia by Penang Butterfly Farm juga mempunyai pusat penemuan yang menampilkan dua tingkat pameran dan aktiviti pembelajaran, membolehkan pengunjung meneroka sendiri dunia invertebrata melalui pelbagai stesen pendidikan interaktif.

Yang ada anak yang masih bersekolah wajib datang ke sini ya. Banyak perkara yang anak kalian dapat belajar nanti.

Escape dan Entopia by Penang Butterfly Farm – jaraknya tak jauh

3. Seberang Perai

Selain daripada tempat yang telah saya senaraikan, terdapat banyak lagi tempat-tempat tarikan tersembunyi di Seberang Perai seperti Butterworth Art Walk, Pulau Aman, Taman Rimba Bukit Mertajam, Frog Hill, dan Kampong Agong.

Butterworth Art Walk

Pengunjung boleh menyusuri lorong kecil di Jalan Bagan Luar yang dikenali sebagai Butterworth Art Walk. Lukisan dan pemasangan yang menarik perhatian berfungsi sebagai latar belakang berwarna-warni untuk ops foto sambil mendidik pengunjung tentang ekonomi dan sejarah pertanian di Seberang Perai.

Pulau Aman

Banyak aktiviti Bersama keluarga boleh dilakukan di tepi pantai yang indah ini

Selain itu, terdapat juga aktiviti menarik untuk kalian yang sukakan cabaran seperti berkayak, memancing, meredah hutan, berkhemah, dan banyak lagi di Pulau Aman.

Aktiviti berkayak di Pulau Aman

Taman Rimba Bukit Mertajam

Pengunjung juga boleh ke Taman Rimba Bukit Mertajam yang terkenal dengan pokok Mengkundur gergasi yang dianggarkan berusia lebih 80 tahun. Pokok ni sangat besar tau..! Kalau nak ukur di bahagian akar umbinya, ia memerlukan kira-kira 20 orang berganding tangan mengelilinginya.

Kampong Agong

Untuk kalian yang gemar merakam gambar Instagram, tempat ni wajib kalian singgah tau..! Kampong Agong terletak di Bakar Kapur di Penaga. Pokok kelapa, sawah padi, rumah kayu tradisional serta “piano-sedia-Instagram”, buaian, dan sarang gergasi di kawasan itu telah tular di media sosial sejak 2018, menjadikannya lokasi yang berbaloi untuk panduan selama sejam dari Pulau Pinang.

Frog Hill

Juga dikenali sebagai Bukit Katak, Frog Hill ialah tempat kegemaran para naturalis serta para jurugambar. Ia juga dikatakan menyerupai Jiuzhaigou yang terkenal di China.

Lokasinya tidak berapa jauh dari Kampung Agong. Frog Hill menjanjikan pengunjung pemandangan dramatik kolam berwarna biru kehijauan dan sesekali penampakan kerbau liar yang berkubang di dalam air.

Pemandangan “rare” ini akan menjadi sesuatu yang sangat berharga apabila kalian mengabadikannya di dalam foto-foto kalian.

Tapak Warisan UNESCO

Lawatan kalian ke Pulau Pinang seperti tidak lengkap tanpa melawat dua tapak warisan yang ditetapkan oleh UNESCO. Pulau Pinang adalah satu-satunya di semenanjung yang mempunyai dua tapak warisan UNESCO; iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dan Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera yang baru sahaja diiktiraf. Yang menariknya, disebabkan jarak pusat bandar yang berdekatan dengan bukit-bukau, seseorang boleh menikmati pendakian pagi melalui hutan hujan purba Bukit Bendera dan meluangkan sepanjang hari menikmati pesona dunia lama Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

Pemandangan daripada puncak Bukit Bendera

Masa Yang Paling Sesuai Untuk Melawat Pulau Pinang

Saya pasti ramai antara kalian yang pernah berkunjung ke Pulau Pinang sebelum ini. Namun saya rasa tidak ramai yang dah melawat tempat-tempat yang saya sebutkan di atas. Jadi, sebenarnya inilah peluang untuk kalian bertandang lagi ke Pulau Pinang.

Sekarang pun dah mula cuti sekolah. Inilah masa yang amat sesuai untuk kalian habiskan masa cuti kalian sekeluarga. Dengan banyaknya promosi menarik yang terhidang, ia pasti akan menjanjikan percutian yang amat berbaloi buat kalian sekeluarga…!

Jumpa kalian di sanaaaa…!!!

 188 total views,  1 views today

Restoran Patin Masak Tempoyak Sedap Di Kuala Terengganu – Restoran Umikoi Losong

0
gambar mee udang

Abam Hoq memang penggemar Ikan Patin Masak Tempoyak.  Sekarang Abam kat Kuala Terengganu atas urusan jumpa klien Unit Trust Mutual Gold Abam. Pagi tadi dah selesaikan semuanya jadi tengahari ni tak ada apa-apa appointment, jadi masa diisi dengan mencari tempat makan.

Restoran Patin Masak Tempoyak Claypot Umikoi, Losong, Kuala Terengganu

Teringat restoran Patin Masak Tempoyak yang dikongsi sahabat Facebook @Daten Gwen tempohari. Jadi sampailah Abam ke situ tadi. Restoran Umikoi nama diberi.. Nama pun dah ala-ala orang Temerloh.

Komen Abam

Terus jer pada komen Abam yer. Tak payah nak membebel lebih-lebih. Hehehe

Pertamanya, jangan banding dengan restoran Patin masak Tempoyak kat Temerloh nun. Pada Abam Restoran Patin Bangau dan Restoran Patin Pak Usop memang tiada tolok bandingnya. Ini lejen.

Restoran ini, secara keseluruhan, sedap la. Daripada 5 markah, Abam bagi 3.8 markah.

Selain Patin Masak Tempoyak, ada pelbagai menu lain lagi. Semuanya nampak sedap. Cuma Abam tak ambik lauk yang pelbagai tu. Sebabnya Abam memang nak rasa menu Patin dia. Kalau campur dengan menu lain, takut rasa patin akan lari dan Abam tak dapat nak bagi review dengan jujur. Hehehe

So, tadi Abam ambil Patin Masak Tempoyak bahagian kepala. Memang bahagian inilah feveret Abam kalau makan Patin. Lemaknya tu.. Fuuuh… memberikan satu rasa yang tak ada pada menu ikan yang lain.

Harganya RM12. Sama jer bahagian mana pun. Ekor, badan dan ekor, semuanya harga RM12. Ok lah harganya untuk menu Patin Masak Tempoyak ni.

Rasanya, ok lah kalau tak banding dengan restoran kat Temerloh nun. Untuk restoran Patin Masak Tempoyak di Terengganu, rasa ni ok la pada Abam. Pekat kuahnya cukup. Rasa pedas, tempoyak dan sebagainya elok-elok jer rasa. Kecuali sedikit cilinya yang tidak dikisar lumat tu jer yang sedikit kurang pada Abam. Yang lain ok..

Sekadar untuk penambahan, jika boleh sediakan tempoyak di sudut sambal belacan dan ulaman tu, lagi lengkap. Sebab ianya akan menjadi pilihan pengunjung yang sukakan rasa tempoyak yang  lebih “kaw”.

Yang mana belum pernah cuba, boleh ke Losong Haji Mat Shafie untuk mencari restoran Umikoi. Nak senang boleh waze atau Google Map.

Ok selamat menjamu selera ya..!

 1,776 total views,  1 views today

Kenapa Kita Yang Suka Travel Amat Perlu Jaga Kesihatan Badan

3

Jika kalian seorang yang suka travel, kalian jagalah kesihatan kalian. Jagalah makan dan minum kalian. Sentiasalah bersenam untuk kecergasan badan, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Caknalah kesihatan kalian dari umur muda. Jangan nanti dah berumur baru ingat nak jaga makan dan nak ‘exercise’. Masa tu mungkin sudah terlambat. Masa muda ni memang semuanya nampak sihat belaka. Tunggulah umur dah menginjak 40 tahun nanti.

Angka 40 ni sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Selain daripada ukuran kematangan diri dinilai pada umur ini, kesihatan juga mungkin akan mengalami perubahan bilamana garis umur ini dilepasi.

Apa itu penyakit 3 serangakai

Mengikut kajian, ramai rakyat Malaysia mula terkena penyakit 3 serangkai iaitu Kencing Manis, Darah Tinggi dan Penyakit Jantung bila umur mereka dah mencapai 40 dan ke atas. Haaa.. Sangat menakutkan..!

penyakit jantung.. salah satu penyakit berbahaya 1 di Malaysib

Umur 40 tu muda lagi tau. Masa tu kalian baru stabil dari segi kewangan, keluarga, kerja dan banyak aspek kehidupan yang lain. Masa tu kalian baru ada masa untuk travel bersama keluarga kalian.

Duit dah ada, kerja pun tak sesibuk masa baru memulakan karier dahulu. Tenaga pun masih kuat. So ia adalah ‘perfect time’ untuk kalian meneroka dunia bersama keluarga kalian. Barulah seronok.!

Tapi cuba bayangkan sedang kalian berimpian untuk travel ke serata dunia, tiba-tiba kalian di’diagnosed’ dengan salah satu penyakit 3 serangkai tersebut. Mesti sedih kan?

Bila dah terkena penyakit-penyakit tersebut macam-macam perkara dan aktiviti akan menjadi terhad dalam hidup kalian. Lebih-pebih lagi jika ianya dapat dikesan setelah ia berada di tahap yang sudah kronik. Allahu.. Tuhan sahaja yang tahu perasaan pada masa tu.

Kesan penyakit 3 serangkai

Penyakit 3 serangkai ni memang memberi kesan yang ketara kepada badan kita. Untuk yang suka travel pasti kesannya lebih terasa:.

1. Badan akan menjadi lemah.

Ia memang akan memberi kesan kepada stamina kalian. Jika dulu kalian kuat dan boleh melakukan aktiviti apa sahaja, kini kalian sudah tidak sekuat dahulu.

Ini satu kehilangan nikmat yang besar daripada kehidupan kalian jika kalian sejenis yang suka travel.

Ya lah. Macamana kalian nak travel jauh-jauh yang pastinya memerlukan stamina yang tinggi, sedangkan badan kalian sudah tidak mampu menggunakan tenaga yang banyak.

2. Sakit di luar negara

Ini satu kegusaran yang bukan sedikit. Jika kalian ada penyakit-penyakit di atas, dibimbangi ia akan menyerang kalian semasa berada di luar negara. Dan kalian terpaksa dirujuk ke hospital. Ini akan membawa satu masalah yang amat besar buat kalian.

Ia adalah berkenaan kos rawatan dan hospitalisation. Kos rawatan hospital di luar negara teramat mahal jika kita bukan pemegang kerakyatan negara tersebut. Malah kalau kalian tidak mempunyai insurans perubatan, peluang untuk kalian diterima untuk rawatan hospital amat tipis.

Kos hospital di luar negera sangat mahal..!

Perkara pertama yang mereka akan tanya jika kalian dirujuk ke hospital di luar negara adalah apa insurans yang kalian ada. Itu pun bukan semua insurans yang mereka terima. Hanya Insurans yang komprehensif dan yang cover kos perubatan di luar negara sahaja yang akan diterima. Jika tidak kalian memang akan mengalami masalah.

Sudah banyak cerita orang travel ke luar negara dan jatuh sakit di sana, tetapi ada masalah dengan kos rawatan hospital yang melambung tinggi sehingga terpaksa menjual asset-asset yang ada di Malaysia. Dan prosesnya bukanlah mudah.

3. Lemah tenaga batin

Lemah tenaga badan ni bukan sahaja untuk tenaga luaran. Ia juga akan memberi kesan kepada kesihatan lelaki.

Dengan ertikata yang lain jika terkena penyakit di atas, terutama penyakit kencing manis (diabetes), ia memang akan memberi kesan yang buruk kepada tenaga batin.

Pengidap kencing manis kebanyakannya memang akan mengalami masalah s3ks. Lemah tenaga batin, kurang libido dan ejaku-lasi pra-matang memang biasa terjadi kepada yang ada penyakit ini. Ini pastinya akan menyebabkan stress yang bukan sedikit kepada pengidapnya.

Selain daripada Diabetes, Kanser Prostat juga boleh membawa kepada masalah tenaga batin.

Bagi seorang lelaki, umur 40-an adalah umur yang keinginan kepada aktiviti s3k5ual masih tinggi. Jika ini terjadi memang stress. Ya lah.. siapa yang tidak stress jika tanggungjawab utama memberikan nafkah batin tidak berjaya dilakukan suami.

Ia boleh melibatkan pelbagai pihak. Isteri sendiri pasti terkesan kerana sudah tidak dapat menikmati kehidupan berumahtangga seperti dulu lagi.

jika suami ada masalah ‘lelaki’, bukan dia sahaja yang stress, malah isteri pun turut stress kerana dinginnya suami sendiri

Takut bukan? Jadi kepada isteri, kalian jagalah kesihatan suami kalian. Serius..! Ini sangat penting..

Penjagaan kesihatan lelaki terutama kesihatan s3k5ual bukan lagi sesuatu yang taboo di zaman sekarang. Ia sudah banyak dibincangkan secara terbuka. Topik kesihatan lelaki yang dimaksudkan bukanlah cerita mengarut ubat kuat yang pelik-pelik yang mendakwa boleh tahan lama, boleh jadi besar dan panjang tu.

Ia lebih daripada itu. Ianya adalah perihal penjagaan kesihatan.

Ilmu tentang kesihatan lelaki

Selain kalian boleh follow page dan laman web tentang kesihatan yang banyak terdapat di ienternet sekarang, kalian perlu juga tahu tentang ilmu kesihatan lelaki.

Suami Sihat, penyedia comtent tentang lelaki yang sedang meningkat naik sekarang..!

Untuk itu kalian boleh dapatkan info di Suami Sihat, satu jenama penjagaan kesihatan lelaki yang sedang meningkat naik sekarang.  

Kalian follow mereka di blog dan media sosia mereka untuk info dan ilmu tentang kesihatan lelaki:

FB: https://www.facebook.com/suamisihat.com.my/
IG: https://www.instagram.com/suamisihat.com.my/
Twitter: https://twitter.com/SuamiSihat
Youtube: https://youtube.com/c/suamisihat
Website: https://suamisihat.com.my/

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah jagalah kesihatan. Jaga makan minum. Kena bersenam. Yang paling penting, mulainya daripada sekarang. Jangan bertangguh lagi.

Jangan ada yang beralasan umur masih muda. Boleh rileks dulu. Jangan…! Mulakan sekarang. Sebab kita tak tau bila penyakit-penyakit tu akan bertandang. Tambah lagi kalau usia dah meningkat 40 tahun ke atas.

Jom amalkan hidup yang sihat. Barulah kita dapat menikmati hidup kita sebaik mungkin. Barulah kitab oleh tunaikan impian kita untuk travel meneroka dunia, baik travel sendiri ataupun pergi dengan agensi travel.

Moga kita dijauhkan daripada segala penyakit berbahaya..!

 1,032 total views

Bisnes Yang Kalian Boleh Buat Untuk Penuhkan Tabung Travel Di Musim PKP

0

Macam boring jer kan..? Dah tak boleh nak ke mana-mana..! Nak rentas negeri pun tak boleh, inikan pula nak pergi bercuti. Usahkan nak ke luar negara, nak jalan-jalan cari makan dalam negara sendiri pun tak boleh.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pernah keluarkan kenyataan, yang kita terpaksa hidup Bersama-sama dengan COvid-19 ni sekurang-kurangnya 2 tahun lagi. Mungkin boleh berlanjutan sehingga

Bersabarlah semua.. Itulah ujian kita sekarang. Bukan kita di Malaysia sahaja, malah semua penduduk bumi diuji.

Bukan industri pelancongan sahaja lumpuh, malah banyak industri lain yang terkesan akibat pandemic ini. Apa yang kita boleh buat adalah biasakan diri dengan normal baru. Disiplin dan sentiasa berwaspada perlu sebati dalam diri.

Susun semula perancangan kewangan

Jadi sementara keadaan pulih, bolehlah kita susun semula perancangan kita terutama perancangan kewangan. Perancangan-perancangan yang sudah dibuat seeloknya direview semula mengikut kesesuaian keadaan sekarang.

Yang paling utama, tunai mesti ada untuk terus kita survive dalam keadaan ekonomi yang lembab sekarang. Itu yang paling utama. Di masa ini, siapa yang punya banyak cash dialah raja. Macam-macam benda dia boleh buat dengan bijak mengambil peluang di kala orang lain tidak berduit.

Jadi yang minat travel, di samping mencari pendapatan untuk keluarga, cari juga pendapatan untuk kita ketepikan sebagai tabung travel kita. Kumpul sahaja dahulu. Nanti sampai masa sempadan negara dibuka sebab Covid-19 durjana telah pergi meninggalkan kita, boleh la kita terus melepaskan rindu untuk travel.

Masa tu duit tabung dah banyak. Boleh la rancang untuk travel jauh sikit…!

Cara cari pendapatan tambahan masa Covid-19

Yang masih ada kerja dan gaji, bersyukurlah.. Kalian masih punya sumber pendapatan yang tetap. Yang terkesan kerjanya akibat Covid-19 ini, bersabarlah banyak-banyak..! Kalian bukan berseorangan dalam perkara ini. Ramai lagi yang senasib dengan kalian.

Yang pasti itu bukanlah pengakhiran hidup kalian. Ada hikmah yang amat besar disebalik nasib yang menimpa kalian.

Hidup mesti diteruskan demi anak-anak dan keluarga tercinta. Kalian mesti move on. Sedih sekejap sudah. Lepas tu buangkan segala rasa sedih dan bina kekuatan baru dengan perancangan baru.

Antara pendapatan sampingan yang kalian boleh buat dalam masa PKP ini ialah berniaga secara online.

1. Jual produk secara online.

Tak ada produk sendiri tak apa. jual produk orang lain dulu dan ambil komisen.

Mengikut statistik yang dibuat oleh syarikat perniagaan atas talian yang besar seperti Lazada dan Shopee, transaksi online pada musim Covid-19 ini meningkat beratus kali ganda berbanding pada hari-hari sebelum Covid-19.

menjadi peniaga online lebih mudah jika ada asas bagaimana orang yang berjaya melakukannya

Dan musim PKP ni lahir ramai peniaga online yang Berjaya meraih pendapatan yang lumayan.

Kalau taka da ilmu perniagaan online, kalian tak perlu risau. Kalian boleh belajar cara berniaga online secara spesifik di Lazada ataupun Shopee. Kalian boleh dapatkan ebook cara berniaga tersebut dengan ebook-ebook yang ternyata sudah melahirkan ramai usahawan secara online.

Untuk belajar ilmu macamana nak berniaga dengan shopee, kalian boleh rujuk ebook ini:

Cara berniaga di Shopee daripada A-Z

Manakala untuk belajar selok belok perniagaan di Lazada pun, kalian boleh refer ebook ini:

Langkah demi langkah berniaga di Lazada

2. Penghantar pesanan makan

Yang suka adventure dan punya motosikal pula, kalian boleh mendaftar sebagai penghantar makanan seperti grabfood, lalamove, foodpanda dan lain-lain. Ini pun dapat beri income kepada kalian.

gambar hiasan. kalau di Malaysia, Food Panda dan Grab Food adalah pelopor

Ataupun kalian boleh deal direct jer dengan restoran ataupun kedai runcit dan sebagainya untuk jadi runner mereka.

Kalau sehari kalian dapat RM80, 5 hari kerja kalian dah dapat RM400. Sebulan (4 minggu) kalian berkerja dapat RM1600.

3. Jadi penulis

Kalian boleh ambil upah untuk menulis artikel, iklan, menjaga media sosial syarikat-syarikat tertentu dan sebagainya. Orang sekarang panggil ‘ghost writer’ – orang yang ambil upah dengan menulis untuk orang lain tanpa dedahkan diri beliau.

Ghost writer ataupun penulis upahan menjadi semakin popular di Malaysia

Ini pun boleh buat duit sampingan. Cuma untuk menjadi penulis ni, kalian perlu ada sedikit kemahiran, ilmu dan pengalaman dalam bidang penulisan ni. Kemahiran itu boleh digilap, janji ada minat. Jadi mulakan menulis daripada sekarang.

4. Menceburi bidang perniagaan saham

Kalian boleh belajar dan mula main/trade saham. Sekarang banyak kaunter saham yang turun harga. Ini adalah peluang terbaik untuk yang tahu selok belok pasal saham untuk mula memasuki pasaran.

Maksudnya kalian boleh beli saham-saham tersebut dengan modal yang rendah. Kalian carilah kaunter saham yang jatuh harganya di bawah nilainya yang sebenar untuk kalian beli.

Kalian joinlah group saham yang banyak ada kat channel telegram dan whatsapp tu. Carilah group yang betul-betul tau pasal market share ni. Cari group yang turut disertai oleh para remisier untuk ambil nasihat mereka tentang kaunter yang bakal kalian beli.

Untuk permulaan kalian boleh beli dan baca dahulu ebook ni:

ebook asas memulakan perniagaan saham  

Ia adalah ebook asas macamana nak mulakan trading saham. Yang lebih menarik ia disertakan sekali dengan senarai 100 kaunter yang sedang jatuh nilai daripada nilai sebenar.

ebook asas saham oleh Abang Ensem yang diberi sekali dengan pembelian Listing Saham Terkurang Nilai

Ini short cut bagi kalian kerana kalian tak perlu lagi lah nak cari sendiri kaunter terkurang nilai tersebut. Cuma kalian kena mintak nasihat daripada group yang kalian sertai tu untuk dapatkan info sector mana yang patut kalian beli dahulu.

Hadam.. Kemudian mulakan usaha!

Ok lah. Abam Hoq bagi yang ni dulu untuk kalian hadam macamana nak cari duit sampingan untuk kalian menabung untuk mengisi tabung-tabung kewangan yang kalian bina tu.

Idea ni bukan sesuai dengan semua orang. Dan idea bukannya idea yang kalian boleh ikut kemudian duduk sahaja goyang kaki tanpa buat apa-apa. Usaha itu wajib ya..

Ok. Hingga ke entri seterusnya.. Bye..!

 713 total views

Gulai Ikan Aya Terbaik, Kenapa Kalian Mesti Cuba

0
nampak tak saiz seketul tu.. besar kan?

Gulai Ikan Aya (Tongkol). Ini bukan gulai yang biasa tu. Ini gulai yang dijadikan kuah Nasi Dagang.

Ya.. Rasanya sedikit lain daripada gulai biasa. Sebabnya gulai lauk Nasi Dagang ni bahan dan cara masaknya berbeza dengan gulai yang biasa tu.

Ikan Aya dikukus terlebih dahulu sebelum digulai. Lama kukusannya. Berjam-jam. Sehingga tulang ikan aya menjadi rapuh.

Kemudian barulah dimasak lagi bersama kuah gulai. Bahan untuk kuah juga istimewa kerana ia ditambah manisan (gula melaka) secukup rasa untuk menjadikan rasanya lebih unik dan enak.

Ikan Aya bersaiz besar lebih sesuai dan enak berbanding dengan yang bersaiz kecil. Ini kerana rasa dan tekstur ikan aya yang besar lebih lazat dan sedikit kenyal.

nampak tak saiz seketul tu.. besar kan?

Lauk ni memang menjadi feveret Abam Hoq. Selain daripada rasanya yang terbaik, ia juga boleh dipadankan dengan 3 menu tradisional. Ia boleh jadi lauk Nasi Dagang, lauk Nasi Kunyit (pulut kuning), dan juga boleh dimakan dengan Nasi Himpit. Semuanya sedap..!

selain sedap dimakan dengan nasi dagang dan nasi himpit, lauk ini sedap juga dimakan bersama nasi pulut kuning

Kalau di Bukit Jelutong ni, Restoran Mak Uda ada sediakan lauk dan menu-menu ni untuk sarapan pagi.

Tengok sajalah saiz ikannya. Besar..! Jarang restoran yang sediakan ikan aya bersaiz besar macam kalau kat Lembah Kelang ni…

Begitulah kisah Gulai Ikan Aya kuah Nasi Dagang. Kalian mesti cuba..!

 3,264 total views,  1 views today

DAENG CAR RENTAL & TOURS, 5 Sebab Kenapa Korang Perlu Guna Perkhidmatan Mereka

0

Sabah memang indah

Bagi Abam Hoq, antara negeri di Malaysia yang ingin Abam pergi lagi berulangkali ialah Sabah. Kenapa? Sebab Sabah Negeri Di Bawah Bayu ni sangat best. Banyak tempat yang boleh dilawati. Di Kota Kinabalu sendiri banyak tempat yang boleh dinikmati keunikannya. 

Makanan lautnya yang murah dan banyak pilihan banyak di Kota Kinabalu. Abam suka makan di restoran berhampiran dengan pasar besar tu. Ada ada banyak restoran tepi laut tu. Pilih jer nak makan apa, semuanya ada di sini. Malah makanan laut yang tak pernah Abam tengok di semenanjung juga ada di sini.

Di Sabah, ada Kundasang. Yang belum pernah pergi ke luar negara seperti New Zealand dan sebagainya, datang ke Kundasang ni semacam ‘teaser’ untuk ke New Zealand. Keindahan Kundasang memang memukau mata. Dengan pemandangannya yang menghijau berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, dengan iklimnya yang sejuk seperti berada di negara 4 musim, layaklah Kundasang ini digelar New Zealand Malaysia.

Sabah juga kaya dengan pulau-pulau yang cantik yang menjadi dambaan peminat alam semula jadi. Pulau-pulau di Sabah ni tersenarai di dalam antara pulau tercantik di dunia.

Pengalaman ke Sabah

Abam pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah pada September 2019 yang lalu iaitu seminggu sebelum Abam ke Turki. Masa ni saja bercuti bawa keluarga sekali. Sebabnya nanti ke Turki, Abam pergi atas lesen kerja, jadi tak dapat nak bawak diorang.

Lama dah nak datang Sabah ni sebenarnya. Tapi masa belum mengizinkan sehinggalah bulan Disember tahun lepas. 

Untuk itinerary Trip Sabah kali ni, kami dah plan, sesampainya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kami akan terus ke Kundasang. Flight kami sampai di Airport Kota Kinabalu lebih kurang pukul 5.15 petang (kami daripada Kuching Sarawak setelah menghabiskan 3 hari explore Kuching).

Buat pengetahuan korang, di Sabah ni bukan macam di semenanjung. Di sini malamnya lebih awal. Di sini pukul 5 petang tu dah hampir senja. Jadi untuk yang pertama kali ke sini, nak pergi ke Kundasang tu agak mencabar. 

Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih 2 jam juga. Dah la tak biasa dengan jalan ke sana, hari juga beransur gelap. Jadi kami tak berani nak ambil risiko untuk memandu sendiri. Kami tau ada banyak pengusaha kereta sewa di Kota Kinabalu ni. Cuma kami tak tau nombor telefon untuk menghubungi mereka.

Nasib baik ada rakan kami di Sabah yang suaminya buat part time membawa pelancong di Sabah. Jadi kami bayar beliau untuk bawa kami ke Kundasang selama 3 hari. Kami dah berurusan sebelum sampai Sabah lagi.

Alhamdulillah, puas hati keluarga Abam dapat menikmati suasana sejuk dan indah di Kundasang. Kami pasti akan datang lagi nanti.

Kereta sewa, perkara yang korang wajib setelkan sebelum ke Sabah.

Apa yang Abam nampak, antara perkara yang korang perlu beri perhatian apabila bertandang ke Sabah ni ialah tentang pengangkutan. Sebabnya tempat-tempat yang menarik di Sabah ni bukannya dekat-dekat antara satu sama lain. Dan korang kena pergi ke tempat-tempat tu kalau dah alang-alang sampai di Sabah.

Rugi kalau tak cover semua tempat. Sebabnya tak tau lagi bila pulak korang akan diberikan kesempatan untuk bertandang ke sini lagi.

Jadi apa yang korang kena buat ialah korang kena kenalpasti dan simpan nombor telefon pengusaha kereta sewa di Kota Konabalu Sabah untuk dihubungi jika korang ke sana kelak.

DAENG CAR RENTAL & TOURS (Daeng)

Kalau tanya Abam, Abam recommend korang berurusan dengan Daeng Travel. Ia adalah salah satu Agensi Perlancongan yang telah berdaftar dengan MOTAC , MATTA dan MITA (Lesen KPK/LN : 8529). Ibu Pejabat Daeng Travel adalah di Kota Kinabalu Sabah. Daeng Travel juga mempunyai cawangan di Semporna, Tawau, Sandakan & Ranau. 

Selain agensi pelancongan, di bawah DAENG CAR RENTAL & TOURS (Daeng), ia juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang terbaik untuk memudahkan percutian korang.

Abam senaraikan 5 sebab kenapa korang perlu pilih Daeng:

1. Menawarkan harga yang murah dan promosi

Apa yang bestnya dengan Daeng Car Rental & Tours ni, harga yang ditawarkan kepada korang sangat berpatutan dan ia juga biasanya ada promosi yang luar biasa.

Berikut adalah Promosi yang mereka tawarkan untuk tahun 2020 ni:

  • Diskaun 5% dalam sewaan 3hari dan keatas.
  • Harga Promo 2020
  • Voucher code TAHUN 2020 sebanyak RM20
  • Cashback RM20 semasa menerima kenderaan – staff Daeng akan menerangkan jika berkelayakan dan bagaimana cara mendapatkan Cashback tersebut.

Fuuuh untung korang yang pergi Sabah tahun ni. Kalaulah Abam tau pasal Daeng ni masa pergi dulu alangkah bestnya.

Korang nak tau apa kereta yang korang boleh sewa? Ni Abam bagi senarai harga kenderaan dan harga sewaannya:

Jenis Kenderaan Harga Asal (seharian) Harga Promo 2020 Diskaun 5% (3 hari sewaan)
Viva 1.0 (A) or similar RM105.00 RM95.00 RM270.00
Axia 1.0 (A) or Similar RM115.00 RM109.00 RM310.00
Saga 1.3 (A) or Similar RM125.00 RM119.00 RM339.00
Myvi 1.3 (A) or Similar RM125.00 RM119.00 RM339.00
Bezza 1.3 (A) or Similar RM145.00 RM129.00 RM367.00
Myvi 1.5 (A) or Similar RM155.00 RM139.00 RM396.00
Alza 1.5 (A) or  Similar RM185.00 RM159.00 RM453.00
Persona 1.6 (A) or Similar RM195.00 RM169.00 RM481.00
Vios 1.5 (A) or Similar RM210.00 RM179.00 RM510.00
Exora 1.6 (A) or Similar RM235.00 RM190.00 RM541.00
Honda City 1.5 Or Similar RM245.00 RM199.00 RM567.00
Avanza 1.5 (A) or Similar RM235.00 RM209.00 RM595.00
Innova 2.0 (A) Or Similar RM289.00 RM239.00 RM681.00
Van Hiace 2.5 (M) & Van Urvan (M) RM300.00 RM259.00 RM738.00
Hillux 3.0 (A) or Similar RM380.00 RM299.00 RM852.00
Fortuner 2.5 (A) or Similar RM550.00 Rm500.00 RM1425.00
Starex 2.0 (A) or Similar RM580.00 RM559.00 RM1593.00
Vellfire 2.4 (A) Or Similar RM900.00 RM0.00 RM0.00
Alphard
Exora
Myvi

2. Staff yang peramah

Staff Daeng ni memang professional. Korang akan dilayan dengan sebaiknya jika berurusan dengan mereka. Tidak lokek dengan senyuman, korang pasti akan terasa dihargai

3. Kenderaan sentiasa bersih dan baru apabila delivery

Kita kalau sewa kenderaan, kalau boleh nak condition yang tip top. Kereta berbau dan kotor memang boleh rosakkan mood travel. 

Dengan Daeng korang tak perlu bimbang pasal ni. Korang tunggu jer di tempat yang dijanjikan. Kenderaan yang dihantar pasti terbaik dari segi kebersihannya.

4. Berdaftar dengan MOTAC (Lesen KPK/LN : 8529)

Yang ni Abam Hoq suka. Sebabnya Abam sendiri terlibat dengan Agensi Pelancongan. Kalau nak pilih agensi pelancongan atau yang sewaktu dengannya, kalau boleh pilihlah syarikat yang berdaftar dengan MOTAC. Sebabnya apa-apa yang berlaku nanti korang ada tempat untuk mengadu. 

Sekarang ni banyak sangat kedengaran kes-kes penipuan pakej pelancongan dan sebagainya. Biasa syarikat yang ada lesen di bawah MOTAC ni payah nak menipu. Sebabnya mereka syarikat yang agak stabil dan benar-benar nak buat bisnes.

Nak dapatkan lesen dengan MOTAC bukan senang juga tu. Ada syarat-syarat yang perlu diikuti dan bayaran tahunan yang bukan sedikit.

5. Paling penting, rescue team yang cekap

Daeng sentiasa bersiap siaga untuk perkara-perkara kecemasan. Jika ada berlaku kecemasan dalam travel korang, mereka ada rescue team sendiri yang pantas bertindak untuk menangani keadaan yang berlaku. 

Jadi korang tak perlu rasa risau kalau berlaku apa-apa masalah seperti kerosakan kenderaan dan sebagainya.

Review daripada pelanggan Daeng:

GMBR REVIEW
REVIEW 2
RIVIEW 3

Servis yang bagus. Kereta baru dan bersih. Semua ni menolong melancarkan perjalanan saya ke Kundasang. good job daeng car rental & tours

~ Effa Rozaini

Banyak lagi komen positif dan recomendation daripada individu yang pernah menggunakan perkhidmatan kereta sewa Daeng ni. Korang boleh baca kat sini

http://bit.ly/391LMXd

Cara tempahan

1. Korang masuk ke laman web Daeng: 

http://www.daengrentacar.com/

2. Buat pencarian kereta sewa korang di ruangan yang disediakan.

3. Buat tempahan dengan hanya bayaran deposit rm50/100.

Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi hotline mereka – Car rental : 0143557102 (Asrul)

Sekarang korang dah tau pasal Daeng ni. Jadi korang boleh simpan contact no mereka ataupun korang bookmark entri ni untuk rujukan korang jika korang ke Sabah nanti.

5 sebab yang abam bagitau tadi adalah sebab terbaik kenapa korang perlu menggunakan perkhidmatan kereta sewa Daeng yang terletak di Kota Kinabalu Sabah ni.

Moga perkongsian ini memberi manfaat dan memudahkan trip ke Sabah korang.

 1,905 total views,  1 views today

Tips Untuk Travel Secara Percuma

0

Ramai yang suka travel, terutama travel ke luar negara. Yang berkesempatan travel ke luar negara pasti akan terasa nak travel ke luar negara lagi selepas itu. Seronok sebenarnya melihat negara orang. Pemandangan, budaya dan sejarah pasti akan menarik perhatian kita.

travel boleh memberi ketenangan jiwa..

Cuma tak ramai yang dapat travel selalu. Ada 2 halangan besar:
1. Duit
2. Masa

Ada yang ada masa tapi tak cukup duit. Ada yang ada duit tapi tak ada masa untuk travel. Ada dedua tak ada. Duit tak cukup, masa pun tak ada. Yang paling best, ada cukup duit dan ada cukup masa. Yang ni boleh travel dengan aman damai.

Untuk yang tak cukup duit, tapi masih nak travel sekali sekala, ini ada tipsnya.

Tips untuk travel, tapi tak cukup duit

1. Sertai jer mana-mana peraduan yang hadiahnya travel ke luar negara.

Mana tau menang. Boleh travel secara percuma. 

Walaupun peratusan kebarangkalian nak menang tu tidak tinggi, apa salah mencuba. Kalau menang kita juga yang untung. Tak cukup memang confirm lah tak menang.. Ya tak?

Abam Hoq bab sertai kontes ni kebanyakannya tidak bernasib baik lagi setakat ni. Payah nak menang. Hahaha.

2. Sertai syarikat yang menawarkan insentif ke luar negara jika berjaya capai sasaran jualan

Antara syarikat yang menawarkan insentif seperti ini ialah syarikat seperti syarikat unit trust, takaful dan lain-lain.

Korang boleh sertai secara separuh masa ataupun sepenuh masa bergantung kepada masa terluang korang.

Sebagai unit trust consultant, Abam Hoq dah beberapa kali berjaya travel secara percuma dengan tajaan penuh bertaraf 5 bintang. (nak tau lanjut, boleh hubungi Abam)

3. Sertai syarikat yang boleh berikan korang duit sampingan yang lebih banyak

Syarikat yang Abam maksudkan ialah syarikat yang biasanya memberikan pendapatan dalam bentuk komisen bergantung kepada jualan korang. Antara yang Abam cadangkan ialah syarikat Unit Trust ataupun Takaful.

Dengan syarikat pendapatannya korang boleh rancang dan sasar sendiri berapa pendapatan yang korang mahu. Lebih usaha, lebihlah pendapatan, insyaAllah. Pendapatan ini boleh orang kumpul untuk biayai travel korang nanti.

4. Jadi Travel Blogger.

Dengan menjadi travel blogger ‘yang ada nama’ dan boleh memberi pulangan kepada pihak syarikat yang menaja, korang akan dapat tawaran travel dengan tajaan penuh.

Budapest, Hungary

Silap-silap haribulan, dapat lagi imbuhan duit daripada artikel yang korang tulis di blog korang nanti. 

Ya, bukan senang nak jadi blogger travel ‘yang ada brand‘ dan boleh memberi pulangan balik untuk kolaborasi menang-menang, tapi ianya tidak mustahil. 80% travel Abam Hoq daripada kolaborasi ini.

Ok Abam bagi 4 jer dulu. Nanti-nanti kalau diberi kesempatan Abam sambung dengan lebih terperinci lagi..
.
Oh ya.. Yang berminat nak ikut trip Kembara ke Eropah Timur meliputi 6 negara daripada Germany hingga ke Hungary boleh PM Abam ya. Ada lagi seats berbaki. Tapi dah tak banyak..Kita pergi dengan Flyworld Travel.

Berikut adalah arikh-tarikh penerbangannya:
1. 15 Oktober 
2. 6 Disember
3. 13 Disember

Moh kita ke Eastern Europe..! Best wooo..

 4,579 total views

24 Negara Sudah Dijejaki Sejak Tahun 2011

0

Kronologi travel Abam Hoq

Alhamdulillah, sejak Abam Hoq mula-mula buat passport 8 tahun yang lepas, sudah 24 negara sudah Abam jejakkan kaki. Semua ini daripada trip sendiri, tajaan syarikat Unit Trust tempat Abam bernaung dan tajaan daripada kementerian pelancongan serta agensi travel.

Masih teringat masa mula-mula buat passport pada tahun 2011 dulu. Masa tu ada rezeki lebih sedikit dan kami (Abam Hoq, isteri dan mak mertua) dijemput Allah untuk lakukan ibadah umrah.

Itulah kali pertama Abam keluar daripada Malaysia. Sebelum ini tak pernah lagi keluar Malaysia. Tak pernah lagi naik flight ke destinasi yang jauh. Paling jauh naik flight ke Langkawi la kot sebelum tu.

2011 – Ke Phuket, Thailand – tajaan Public Mutual Bhd

Beberapa bulan selepas balik daripada Mekah dan Madinah mengerjakan ibadah umrah, Abam dijemput selaku ‘qualifier’ untuk sasaran jualan Public Mutual melebihi 1 juta ke Phuket Thailand.

Ditaja oleh syarikat besar, sudah tentu layanan dan tripnya sangat hebat. Ya, dengan hotel 5 bintang dan tempat lawatan yang sungguh hebat, trip ini memang sangat enjoy. Lagi-lagi ianya trip yang ditaja penuh. Tak perlu keluarkan duit walau sesen pun.

2013 – Ke Guangzhou, China – tajaan Public Mutual Bhd

Ini pun percutiaan tajaan penuh. Percutian 5 bintang. Tapi entah kenapa, kenangan di Guangzhou tak banyak yang terakam. Entah kat mana foto-foto kenangan di Guangzhou. Sebab dulu media sosial tak aktif sangat. Google Photos pun belum ada.

Sekarang senang, ambil gambar terus masuk dan disimpan dalam Google Photos.

2014 – Jawa Tengah, Indonesia – Kolaborasi dengan Air Asia

Rezeki blogging mula datang pada tahun 2014. Blog Travel & Food Abam Hoq, eXplorasa.my ini mula mendapat perhatian.  Abam dijemput oleh Air Asia untuk program FAM Tripnya melawat Jawa Tengah. Ini adalah susulan jemputan mempromosikan AirAsia untuk penerbangan KL ke Senai dengan kerjasama Legoland sebelum itu.

di tingkat teratas Chandi Borobudur

Alhamdulillah. Macam tak percaya yang blog explorasa.my yang baru setahun jagung pada masa itu telah berjaya berkolaborasi dengan Air Asia. Bermula detik ini Abam mula mengorak langkah seterusnya dalam dunia travel.

2014 – Phuket Thailand – Kolaborasi bersama Santai Travel dan Harmony Travel and Tours

Selepas itu, Abam dijemput mempromosikan trip pelayaran Star Cruise yang menampilkan selebriti Pak Nil dengan program yang dianjurkan di atas Cruise.

gambar dari luar star cruise
Berselfie bersama Star Cruise

Trip pelayaran Star Cruise ini selama 5 hari. Persinggahan pertama adalah di Langkawi sebelum meneruskan pelayaran ke Phuket Thailand.

2016 – Kyushu Muslim Trip – Kolaborasi dengan Japan Tourism Board

Selama 6 hari Abam bersama 4 lagi bloggers dijemput oleh pihak Pelancongan Jepun untuk mempromosikan trip kembara Muslim ke Kyushu. Pertama kali menjejakkan kaki di tanah Nipon, sememangnya sangat teruja.

Di trip kembara ini kami dibawa dan didedahkan tentang tempat-tempat menarik di Kyushu dan juga hotel serta tempat makan yang mesra Muslim.

2016 – Phuket Thailand – Kolaborasi dengan The LifeCo

Selang seminggu selepas balik daripada Kyushu Jepun, Abam terus ke Phuket Thailand. Kali ini Abam bersama 3 lagi blogger daripada Kelab Bloggers Ben Ashaari dijemput ke The LifeCo, sebuah pusat detox antarabangsa untuk mempromosikan program detox di situ.

Di sini kami didedahkan dengan program detox secara menyeluruh. Dengan segala fasiliti dan pendedahan info, kami Berjaya lalui 4 hari tanpa menyentuh makanan lain selain daripada sayuran terpilih dan jus buahan terpilih.

Dalam masa 4 hari badan boleh surut 4 kilogram. Terasa sungguh ringan badan masa tu.

2017 – Kembara Eropah – Kolaborasi dengan Agensi Travel Malaysia

swafoto sini wajib wooo

Ini permulaan dijemput oleh salah sebuah agensi travel di Malaysia untuk mempromosikan pakej travelnya. Kami mengembara ke 6 negara, iaitu England, France, Belgium, Netherland, Germany, dan Switzerland.

2017 – Kembara Balkan – Kolaborasi dengan Agensi Travel Malaysia

Dijemput sekali lagi oleh syarikat yang sama. Kali ini Abam kena ‘cover’ trip kembara Balkan. 6 negara yang kami jelajahi ialah Albania, Macedonia, Croatia, Bosnia, Kosovo, dan Montenegro.

2017 – New Zealand – Kolaborasi dengan Agensi Travel yang berpengkalan di Christchurch, New Zealand

Kali ini Abam dijemput melalui Kelab Blogger Ben Ashaari. Kami berempat ke New Zealand bahagian utara.

Hobbiton Movie Set

Trip ini separa tajaan di mana tiket penerbangan, tiket lawatan ke tempat menarik dan makan ditanggung sendiri. Manakala Agensi Travel di sana menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan iaitu sebuah MPV Estima.

2018 – Hatyai & Krabi – Trip sendiri

Trip ini ditaja oleh poket sendiri. Hahaha.

Ini trip keluarga. Itinerari semua dibuat sendiri. Yang bestnya kami ke Hatyai dan Krabi dengan menaiki kereta sendiri. Ya…! Abam memandu daripada Kuala Lumpur ke Hatyai. SInggah di Hatyai semalaman sebelum meneruskan perjalanan ke Krabi.

Kami habiskan 2 hari di Krabi dengan mengikuti aktiviti Island Hopping dan menikmati suasana malam yang cukup meriah di Krabi.

Balik daripada Krabi, kami sekali lagi singgah di Hatyai untuk menyambung aktiviti yang tak sempat kami habiskan masa memula sampai tu.

2018 – Turkey & Istanbul – Kolaborasi dengan Agensi Travel Malaysia

Trip ini ditaja oleh travel agensi. Penerbangan ni kami gunakan Astana, syarikat penerbangan Kazakhtan. Jadi, pergi dan balik kami transit kat Almaty, sebuah bandar utama di Kazakhstan.

Pengalaman di Turki sememangnya tak dapat dilupakan. Sejarahnya, pemandangannya, masjidnya, pasarnya.. Semuanya best..!

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah (transit) di Almaty. Tiba di bandar Almaty pukul 5 pagi. Penerbangan ke Kuala Lumpur pula pukul 10 malam.

Jadi masa sehari tu kami habiskan dengan melawat bandar Almaty. Kebetulan pada masa tu salji sudah mula turun. Dapatlah bermain salji kat sana.

Yang paling best dapat makan tengahari menu orang Kazakh di rumah tour guide. Beliau adalah graduan UIA dan sangat fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.

2019 – Eastern Europe – Kolaborasi dengan Agensi Travel Malaysia

Ni yang terbaru. Masih panas lagi ni. Hehehe.. Selama 12 hari, Abam dijemput untuk promo pakej pelancongan ke Eropah Timur. 6 negara dijelajahi iaitu Germany, Austria, Republic Czech, Poland, Slovakia, dan Hungary.

Sejarah dan pemandangan serta tempat shopping menjadi tarikan utama untuk kembara ini. Sangat best..!

Itulah trip-trip yang Abam pernah pergi. Kalau dihitung dah 24 buah negara dah berjaya jejakkan kaki. Rezeki..!

InsyaAllah akhir tahun ini Abam akan ke Dubai. Belum confirm sepenuhnya lagi. Namun perancangannya ke situ. Jika ada rezeki tak ke mana.

Travel sendiri atau pergi dengan agensi travel?

Itulah antara negara-negara yang pernah Abam Hoq lawati. Ada pergi dengan tajaan penuh, ada yang pergi dengan tajaan separuh, ada yang pergi dengan duit sendiri.

Ada yang tanya Abam, kalau nak travel lebih baik pergi sendiri ke atau pergi dengan agensi travel?

Abam akan jawab bergantung kepada kegigihan korang buat itinerary dan research tempat korang nak pergi tu. Juga bergantung kepada kegigihan korang mencari tiket penerbangan dan tempat penginapan yang best tapi murah.

Untuk Abam yang malas ni Abam lebih suka ikut agensi travel. Sebabnya semuanya tersedia. Kita ikut je. Tak payah nak fikir. Nak melancong nak suka-suka dan release tension. Kalau pergi travel, tapi kena hadap masalah kat negara orang akibat kelemahan pengurusan kita, itu dah jadi tak best!

Kalau pergi dengan agensi travel segalanya diuruskan untuk kita. Contohnya bebaru ni masa trip Eropah Timur, seorang peserta kecurian beg sandang. Duit, passport dan smartphone ada dalam tu. Semuanya agensi travel yang uruskan. Bermula daripada laporan polis dan seterusnya mengikut prosedur yang betul. Senang kan? Kalau travel sendiri jenuh jugak kalau kena macam tu..

Ada banyak jer agensi travel yang boleh dipercayai kat Malaysia ni. Antaranya yang disebut-sebut adalah ARBA Travel. Syarikat travel yang telah dinobatkan sebagai ‘Top 30 SME in Malaysia’ pada 2017 oleh SME Corp Malaysia ini adalah salah satu syarikat ataupun agensi travel yang terbaik dalam industri travel di Malaysia.

Sesiapa yang mencari pakej percutian luar dan dalam negara, bolehlah menghubungi ARBA Travel. Korang pasti takkan kecewa dengan servis yang akan diberi.

Abam Hoq pun sedang mengintai peluang untuk berkolaborasi dengan ARBA TRAVEL. Mana la tau kot-kot ada peluang.. Kih kih kih..!

 1,378 total views,  1 views today

Daging Salai Nismilan, Tetamu Datang Mengejut Ke Rumah Pun Tak kesah

0
Memang terbaik rasa Daging Salai ni... Kau orang patut cuba..!

Argghhhh.. lapar-lapar ni, teringat pulak Daging Salai Masak Lomak ni haaa.. Wife Abam Hoq masakkan hari Sabtu baru ni. 
.
Kesahnya ada tetamu nak datang makan tengahari kat rumah. Tapi wife rileks jer. Dia ajak beli ayam jer seekor. Dalam kepala Abam terfikir: Hai takkan nak masak satu lauk jer untuk tetamu. Tetamu ni ex-boss dia masa keje bank kat Kuantan dulu.

Tetamu ni memang kami hormat. Orangnya sangat humble. Walau berdarah di raja, namun perwatakannya biasa-biasa saja. 

Waktu yang dijanji dah tiba. Tetamu pun dah sampai. Lepas berborak dan bertanya khabar seketika, tetamu dijemput ke meja. Tak boleh borak Panjang-panjang sebab masa tu dah pukul 1.30 petang. Mesti perut masing-masing dah berlagu sendu kelaparan.

Aikk banyak pulak lauk. Ada Ayam Masak Merah dan Daging Salai.. Mana pulak Wife Abam dapat Daging Salai ni..? Tadi tak nampak pun dia beli. Hurmmm..

Memang terbaik rasa Daging Salai ni… Kau orang patut cuba..!

Bila makan bersama tetamu, mak aih sedapnya Daging Salai ni.. Ini serius sedap. Rasa macam makan kat restoran terkenal dengan Daging Sala ikat Negeri Sembilan tu. Apa entah nama restoran tu.

Tetamu pun puji.  Kebetulan pulak tetamu cakap dia dah lama cari Daging Salai. Dah lama tak rasa Daging salai katanya. Jadi ini bukan macam kebetulan dah ni. Mungkin dia ada berdoa dan Allah kabulkan doanya dengan menggerakkan isteri Abam memasak Daging Salai untuknya.. Itu semua di dalam kekuasaan dan perancangan Allah jua.

Apa-apa pun 2 kali jugak Abam tambah nasi hari tu. Hehehe.. Lebih berselera daripada tetamu ni. Hahaha…!

Bila tetamu balik baru Abam berani bertanya pada isteri. Haaa baru pecah rahsia, rupanya wife Abam ada simpan Daging Salai sejuk beku ni dalam peti ais kat rumah. Kalau macam ni sedapnya, kena simpan stock banyak-banyak ni. Sebab Daging Salai ni antara lauk feveret Abam jugak ni.

Dek kerana masa dah suntuk untuk makan tengahari dan agak sedikit kalut, gambar pun Abam tak sempat nak ambik. Jadi gambar yang Abam tunjukkan ni bukan gambar Abam. Abam ambik dalam page dia. Mesti dia tak marah. Sebab secara tak langsung mempromosikan Pes dan Daging Salai dia..

Apa-apa pun lepas ni Abam akan kemas kini lagi tentang Daging Salai yang sedap ni.

 2,249 total views

Old School Steakhouse, Sehingga Hari Ini Masih Terkenang Kesedapannya

1

Banyak restoran yang menyediakan menu berkonsepkan western kat Lembah Kelang ni. Cuma tak semuanya memberikan kepuasan sebenar dari segi rasa dan harga serta layanan kepada kepada pengunjung.

Ada beberapa restoran makanan barat yang aku pernah cuba dan telah menjadi favorite aku. Cuma kali ini aku mencari restoran western yang baru untuk aku cuba. Ya lah, takkan nak pergi restoran yang sama jer.

Nak share pengalaman dengan korang pun tak best kalau asyik makan kat restoran yang sama jer. Ya tak..?

Old School Steakhouse (OSSH)

So minggu lepas aku telah dicadangkan untuk pergi menikmati makanan western kat Old School Steakhouse yang terletak di Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur. Sebelum ni pun aku banyak mendengar review dan komen bagus-bagus tentang restoran ni. Sebab tu lah bila nama restoran ni dicadangkan, aku terus setuju untuk datang.

Kami dari Shah Alam, memang tak ada masalah untuk mencari restoran ini. Taip jer Old School Steakhouse di applikasi Waze. Lepas tu ikut jer direction Waze. Korang akan dibawa betul-betul di depan pintu masuk restoran ini yang terletak di Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail.

Kami sampai dalam pukul 6.30 petang di restoran ini pada petang Sabtu yang lepas untuk dinner sekeluarga.

Parkir memang tidak menjadi masalah pada hari tersebut. Kami dapat parkir yang hampir dengan restoran OSSH. Mungkin hari tu hari minggu. Tu yang dapat parkir dengan senang. Tapi kalau hari biasanya pun aku rasa parkir tak ada lah susah sangat. Korang akan dapat parkir, Cuma dekat atau jauh jer dengan restoran.

Aku suka hiasan dalaman restoran ni. Di tepi sebelah kanan di letakkan meja dan kerusi atau lebih tepat, sofa yang besar warna merah yang nampak sedikit eksklusif. Manakala di barisan tengah restoran diatur kerusi dan meja untuk pengunjung yang datang dalam kuantiti yang lebih besar. Di sebelah kirinya pula terdapat meja single, sesuai untuk pasangan ataupun keluarga kecil.

Kami memilih meja di sebelah kanan yang bersofa tu. Best sikit makan sambil bersandar santai

Menu-menu yang kami order

Untuk yang macam kami ni, yang pertama kali makan kat sini, mesti nak kena tanya suggestion daripada staff restoran dulu. Sebab kami pun tak ada idea menu apa yang sedap kat sini.

Adik manis yang ambil order ni memang tak menghampakan. Bila ditanya tentang menu apa yang best patut kami order, beliau pantas memberi cadangan kepada kami. Siap dengan penerangan. Layanan begini sudah pasti memberi nilai tambah kepada restoran.

Jadi terjodohlah kami dengan menu-menu ini pada malam itu:

Set Dinner Special – Set A

Set ni berharga RM110

Seperti biasa, aku biarkan isteri buat pilihan terlebih dahulu. Aku ni sejenis yang lambat sikit untuk buat keputusan. Sementara beliau pilih sempat la aku belek-belek menu yang lain.

Isteri aku memilih Set A juga daripada Set Dinner Special. Set ni adalah set dengan Lobster sebagai course utama. Ia juga disertai oleh Sup Lobster Bisque, kentang dan Chocolate Brownie with Vanilla Ice Cream.

Untuk peminat lobster, elok benarlah pilih menu ni. Seekor lobster yang agak besar sudah mampu untuk puaskan hati korang.

Dan rasanya, marveless…! Sedap..! Puas hati siapa yang order menu ni.

Set Dinner Special – Set C

Set ni berharga RM110

Untuk aku, aku memilih menu ini sebagai percubaan di kunjungan yang pertama ini. Menu ini juga adalah menu daripada Set Dinner Special yang sedang dipromosikan.

Aku pilih Set C. Saja tak nak sama dengan isteri. Nanti boleh tukar-tukar rasa. Aku memilih cara masakan medium well untuk lebih juicy tapi tidak terlalumentah.

Sewaktu menu sampai tu, aku dah tak sabar nak rasa nak mencuba. Hirisan pertama singgah di mulut. Yesszaaa..! Sedap..! Daging Ribeyenya lembut, senang dihiris. Dengan rasa steak sebenar, set ini memang best..!

Set menu ni didatangkan dengan Ribeye Steak sebagai course utamanya. Ia disertai dengan Sup Lobster Bisque dan Chocolate Brownie Vanilla Ice Cream.

Rack of Lamb

Iffah pilih menu ni. Sebab dia nak lamb.

Menu ni disajikan dengan beberapa kepingan daging kambing dengan sedikit sayur brocolli dan jagung serta kentang.

Aku sempat juga rasa sekeping Rack og Lamb ni. Sebab portionnya agak banyak. Iffah tak habis makan. Sedap juga menu ni..! Siapa yang suka lamb boleh la order menu ni.

Fish and Chip

Ini menu untuk Ifza. Sebabnya utama order menu ni adalah kerana menu ni ada Fries. Dia makan French Fries ni. Daging dan kambing dia tak makan.

Fish tu kami nak bagi dia cuba. Seperti yang diduga, dia makan sikit jer. Selebihnya kami tapau bawa balik. Memang tak boleh nak habiskan kat situ. Perut memasing dah penuh sangat!.

Introduction Menu

Oh ya lupa nak bagitau, sebelum order siap disediakan, kami dihidangkan dengan menu-menu ini terlebih dahulu. So, tak der lah kami tertunggu-tunggu.

Dessert

Kami memilih Banana Split untuk dessert

Banana Split untuk dessert

Komen eXplorasa

Terbaik..! Boleh dikatakan ini adalah antara restoran western yang terbaik pernah aku kunjungi.

mde

Terbaik daripada segenap sudut. Hiasan dalaman, Servis yang cepat, layanan mesra, Suasana restoran yang tenang, dan sememangnya menu-menunya yang terbaik dari segi rasa dan harga.

Ya, dengan rasa yang sedap macam tu harga yang tertera sangat berbaloi. Aku pasti akan datang lagi ke sini.

Untuk korang yang mencari restoran western untuk diterjah, aku tanpa ragu-ragu mencadangkan restoran ni untuk orang cuba…!

Untuk mengikuti perkembangan dan promosi terbaru Restoran Old School Steakhouse ni, korang boleh ikuti dan follow mereka di:

Facebook: https://www.facebook.com/oldschoolsteakhouse/
Instagram: https://www.instagram.com/old_school_steakhouse/

 3,248 total views