Pantai Tanjung Assam, Tempat Menarik di Penang Yang Ramai Tak Tahu Kewujudannya

18
3044

Antara tempat yang aku suka habiskan masa cuti kalau di Malaysia ni ialah Pulau Pinang (Penang). Pendek kata hampir setiap tahun mesti aku akan pergi sekali ke Penang ni, walaupun tak lama. Paling tidak aku akan singgah sehari untuk pekena nasi kandar kat sana on the way ke Bukit Kayu Hitam untuk melawat adik ipar yang menetap kat sana.

pic: www.penang.ws

Kenapa aku suka melawat Penang?

Sebabnya kat sana ada semua yang diperlukan untuk bercuti. Kat Penang ada Pantai yang indah, ada tempat membeli belah yang best, ada tempat bersejarah untuk diteladani, ada tempat unik untuk diabadikan di dalam gambar, ada tempat makan yang sedap dan lain-lain lagi. Pendek kata korang datang ke Pulau Mutiara ni, tak kira korang on mood apa, semuanya ada…!

Yang bestnya lagi, kat Penang ni ada pelbagai hotel yang best untuk korang menginap. Hotel di Penang  ni sangat mudah untuk korang buat tempahan. Kalau korang bukak internet, taip jer hotels in penang, berlambak laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan booking hotel-hotel ni. Pilihlah hotel yang mengikut citarasa jiwa korang dan juga citarasa “poket” korang.

Tempat menarik di Penang – Pantai Tanjung Assam

Korang mesti biasa dengar tempat yang menjadi tumpuan di Penang ni seperti Penang Hill, Kuil Kek Lok Si, Cheong Fatt Tze Mansion, Escape Adventureland, Made in Penang Interactive Museum, Penang War Museum, Fort Cornwallis, Penang Khoo Khongsi, Wat Chaiya Mangkalarm, dan lain-lain lagi. Kan..?

Namun selain daripada tempat yang aku senaraikan di atas, ada satu lagi tempat yang jarang orang tahu dan singgah sini. Aku rasa ramai di antara korang yang belum pernah sampai sini. Aku telah berjaya mencari dan singgah di tempat ini pada tahun lepas. Sorry sebab baru ingat nak cerita pasal tempat menarik ni. Hehehe

Tempat yang aku maksudkan adalah Pantai Tanjung Assam. Sesuai dengan namanya, pantai ini merupakan satu tanjung yang amat cantik pemandangannya. Terpegun aku apabila pertama kali sampai sini. Pantai yang cantik tersergam indah di depan mata. Ada beberapa buah bot kecil yang sedang berlabuh. Mungkin kepunyaan penyediaan perkhidmatan bot di situ. Entah la. Tak terlintas pulak aku nak bertanya masa tu.

Tapi yang tersergam di depan aku ni persis aku sedang menatap potret lukisan alam yang sangat mendamaikan jiwa. Tanpa sedar aku melangkah selangkah demi selangkah menuju ke tepian pantai sambil mata terpaku pada pemandangan laut yang membiru.

Pasir pantai yang halus dan memutih dengan pantainya yang landai mengingatkan aku akan pantai di sebelah Pantai Timur seperti Pantai Batu Buruk di Terengganu dan Cherating di Pahang yang pernah aku singgah.

Apa yang istimewanya pantai  yang landai macam ni ialah ia kurang merbahaya untuk aktiviti mandi manda kerana kedalamannya boleh diagak. Ia tidak mempunyai kedalaman secara mengejut. Jadi ia lebih selamat terutama kepada anak-anak kita.

Aktiviti di Pantai Tanjung Assam

Di sini ada dibina beberapa buaian. Buaian buatan tangan yang amat simple ini disangkut di pokok-pokok yang terdapat di tepi pantai. Korang boleh la berayun dengan buai tersebut sambil menghirup udara segar dan pemandangan yang amat damai. Yang pasti membuai di sini terasa lebih real, lebih asli kerana buaian ini adalah buaian buatan tangan.

Itu aktiviti sampingan sahaja. Aktiviti sebenar di sini adalah berkayak, berkhemah, memancing dan mandi manda. Jangan risau, semua peralatan untuk aktiviti ni korang tak perlu bawak sendiri (Nak bawak pun ok jer.. sukahati korang la..). Ini adalah kerana peralatan-peralatan ini korang boleh dapatkan di beberapa premis kedai yang terdapat di sini. Salah satu penyedia perkhidmatan di sini adalah Triple S.

Peralatan-peralatan seperti  kayak, khemah, pelampung dan bot untuk membawa korang memancing,  boleh di sewa dengan kadar yang sangat berpatutan. Mainlah korang sehari suntuk kat sini.

Untuk yang meminati seni Fotografi, kat sini puas la korang menangkap gambar potret, gambar pemandangan alam yang sangat cantik. Kalau korang nak best lagi, korang boleh datang awal pagi untuk melihat mentari terbit. Ataupun datang waktu senja untuk menangkap moment mentari beradu. Pasti adunan cahaya keemasannya nanti membuat korang terpukau.

Tempat makan best di Tanjung Assam

Haaa selain daripada aktiviti tadi, kat sini juga terkenal dengan tempat makannya yang best. Antara yang menjadi tarikan pengunjung  kat sini adalah Mee Ketam atau/dan Mee Udang. ABC Sempoi Punya adalah minuman yang paling ideal untuk dipadankan dengan Mee Udang atau Ketam yang korang order.

Ada beberapa warung yang menyediakan menu ini. Aku diilhamkan untuk memilih Tripple S Cafe. Ternyata pilihan aku tepat…!

Rasanya memang sempoi habis. Sedap dan mewah dengan Ketam/Udang. Serius sedap…! Aku habiskan hidangan Mee Ketam aku sehingga titisan kuah terakhir bak ang…! Yang pasti harganya amat berpatutan untuk makanan yang ohsem sebegitu…!

Lokasi Pantai Tanjung Assam

Kat mana Pantai Tanjung Assam ni…?

Ok terus terang aku katakan, aku sebenarnya tak tau sangat secara tepat tempat ni. Nasihat aku, kalau korang nak datang ke sini, korang set jer Google Maps ataupun Waze korang dengan nama Pantai Tanjung Assam. Sebab aku pun buat macam tu untuk ke sini. Hehehe…

Lepas tu korang ikutla ke mana saja yang diarahkan. InsyaAllah, korang akan sampai juga walaupun kadangkala penunjuk arah ni pun biol juga. Hahaha.

Yang aku ingat aku melalui jalan bukit. Pantai ni terletak di bawah jalan berbukit tu. Ada papan tanda yang diletakkan untuk memberitahu pengunjung akan kewujudan tempat ini.

Pantai ni memang agak tersorot. Sebabnya jalan turun ke pantai ini agak kecil dan kecerunannya agak menggerunkan walaupun boleh dilalui dengan kereta. Masa aku pergi tu, beberapa kali jugak aku terlajak waktu mencari jalan ke sini.

Cuma kelemahan dengan tempat ni ialah ia tiada tempat penginapan selain daripada khemah yang disewakan jika korang sanggup tidur dalam khemah. Jadi cadangan aku,  korang datang sini dan balik hari saja. Korang checked in la kat mana-mana hotels in Penang ni. Then datang jer ke sini menikmati pemandangan dan pengalaman bermain dengan aktiviti yang disediakan.

Ok tu jer aku nak cerita. So point aku ialah, kalau korang bertandang ke negeri ini, korang boleh la consider pantai ini. Tak ramai orang tahu pantai ni. Elok juga macam tu sebenarnya. Tak der la crowded sangat dengan orang ramai.

kasi can la aku romantik sekali sekala… hehehe

Yang pasti kalau korang datang sini, dua benda korang kena kosongkan. Yang pertama kosongkan perut untuk food tasting Mee Udang atau/dan Mee Ketam.  Kedua, kosongkan memori samrtphone ataupun/dan kamera korang untuk korang snap pemandangan tepian pantai yang indah dan permai di samping moments indah aktiviti korang bersama keluarga tercinta.

Nak tau banyak lagi info tentang tempat-tempat menarik di Pulau Pinang (Penang)? Korang boleh la rajinkan diri untuk klik: https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia.. Banyak info pasal Penang yang aku dapat daripada link ni.

Loading

18 COMMENTS

  1. wahhh menarik….boleh cuba ni…biasa kalau pg penang mesti ke balik pulau sebab rumah kakak di sana…ni dah ada port baru..hmmm lagi kerap lah ke penang….hahahah nice info… Awesome

Leave a Reply to miminadam Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge