KBBA9 Family Day @ Legend Cherating Beach Resort – Day 2

Ta’aruf malam tadi memang drag lama. Lama pulak nak habis sorang-sorang perkenalkan diri. Tapi tak per. Seronok jer kenal diorang ni. Kepala sempoi semua.

Sunrise Watching

Pagi ni terjaga pukul 6.30 pagi. Lepas solat subuh terus teringat tentatif hari ni ada Sunrise Watching. Dah kalau pihak Legend Cherating Beach Resort (LCBR) masukkan dalam tentatif, mesti ianya bukan fenomena sembarangan, aku cuba membuat telahan.

So aku capai “iPhone Enam Campur” aku yang juga bertindak sebagai kamera, dan terus menuju ke Pantai Cherating, tempat kami mandi manda petang semalam. Haaa.. Nasib baik masih belum terlambat. Walaupun matahari dah keluar sedikit tapi pemandangan masih cantik. Dengan pantai yang tenang, suasana yang dingin dan sunyi, memerhati mentari memanjat ufuk timur untuk menonjolkan diri menjadi watak utama hari ini, adalah sesuatu yang unik dan asyik. Terasa kedamaian menyelimuti diri.

Aku lantas merakam beberapa gambar pemandangan untuk kenang-kenangan. Rugilah suasana tenteram macam ni tidak diabadaikan di mana-mana. Sekurang-kurangnya boleh aku simpan di Instagram dan Facebook sambil berkongsi dengan kawan-kawan.

Sunrise

Suasana ni tak lama. Ia seakan hilang seiring dengan mentari yang semakin meninggi. Aku jeling jam tangan aku… Oooo patut la. Dah pukul 7.10 pagi. Memandangkan sarapan di Coffee House bermula pukul 7.15 pagi, aku bergegas balik ke bilik untuk pastikan isteri dan anak-anak dah bersiap untuk sarapan. Karang lambat pulak diorang turun.

 

Sarapan Di Coffee House

Haaa.. Aku suka Coffee House ni. Sarapan secara buffet. Banyak jugak pilihan makanan. Rasa makanannya pun boleh diterima tekak aku.

Seperti biasa, Nasi Lemak lah pilihan aku. Sebab aku suka sarapan dengan makanan berat. Tak reti aku makan roti dan bijirin ni. Hehehe.

Telematch KBBA9

Lepas bersarapan, semua dah siap-siap ke tepi pantai untuk acara telematch. Sebut bab telematch ni aku lemah sikit. Hahaha.. Ada kenangan pahit masa main telematch kat KBBA9 Family Day kat De Rhu tempohari. Terompah Gergasi kami sampai sudah tak bergerak. Hahaha..

Tapi lain pulak telematch kali ni. Pasukan aku juara…! Hahaha. Seronok main telematch kali ni. Memacam gelagat ada. Ada yang main Lari Dalam Guni tapi boleh Catwalk pulak dalam guni. Hahahah..

Apa-apa pun telematch ni bukan sahaja dapat merapatkan hubungan sesama blogger malah dengan keluarga blogger yang turut sama memeriahkan sukaneka itu.

 

Lawatan ke Kuala Kemaman

Seusai makan tengahari kami terus berkumpul di lobby resort. Kuala Kemaman lokasi lawatan kami petang ini.

Kemaman bukanlah daerah yang asing bagi aku. Di daerah inilah aku memulakan kerjaya aku sebagai pekerja bank “berkepala harimau” 17 tahun yang lalu. 3-4 tahun juga aku menetap di daerah ini sebelum aku berpindah ke Kuantan apabila aku melepaskan jawatan di bank tersebut dan mula berkecimpung dengan bisnes sendiri.

Lawatan kali ini kiranya mengimbau kenangan aku di sini dulu.

Warung memproses Keropok Lekor

Keropok Lekor memang salah satu makanan tradisi negeri Terengganu. Makanan yang 100% berasaskan ikan ini amat sedap dimakan sebagai makanan sampingan. ia juga kaya dengan protein daripada isi ikan.

Di warung ini kami diterangkan cara-cara pembuatan keropok lekor daripada menggentel doh ikan sehingga menjadi saiz yang ideal untuk keropok lekor. Kami juga ditunjukkan cara keropok lekor direbus sebelum boleh dimakan begitu saja. Kami juga dipelawa untuk mencuba sendiri macamana cara menggentel keropok lekor.

Demo cara buat Keropok Lekor
Haaa blogger ni memang pantang diajak mencuba.. Berdesup dia datang..!

Pasar Ikan Kuala Kemaman

Meneruskan perjalanan ke dalam lagi, kami singgah di Pasar Ikan Kuala Kemaman. Perghhh teruja giller tengok pelbagai jenis makanan laut di pasar ini. Yang lebih mengujakan ialah ikan-ikan ni semua segar-segar kerana ia dibawa terus daripada laut untuk dijual di pasar ini. Dan harganya… Jaaauh lebih murah daripada harga ikan di KL

Terasa nak borong bawak balik jer. Tapi nanti kat mana nak simpan ikan-ikan tu. Sebabnya besok masih ada satu hari untuk program hari keluarga ni.

 

Pusat Santuari Penyu

Hampir pukul 3 petang. Kami yang sepatutnya singgah di Warung Aziz Satar terpaksa membatalkan rancangan untuk ke warung itu. Sebaliknya kami terus menuju ke Pusat Santuari Penyu yang terletak di Cherating.

“baby turtle” yang kan dilepaskan ke laut

Kat sini banyak info tentang penyu yang dapat dikumpul. Pusat ini bertanggungjawab menjaga segala yang berkaitan dengan binatang yang dikatakan hampir pupus ini. Pusat ini menetaskan telur penyu dan melepaskan semula anak-anak penyu ke laut.

Hampir sejam kami menghabiskan masa di pusat santauri penyu sebelum beredar ke lokasi seterusny.

Menyelusuri Hutan Paya Bakau di Sungai Cherating

Memang tak disangka.. Sungai Cherating ni kaya dengan hutan paya bakaunya. Bukan sekali dua aku lalu di atas jambatan yang dibina merentasi Sungai Cherating ni. Malah dulu sewaktu berkerja di Kemaman, paling kurang sehari 2 kali aku lalu sini. Tapi sekarang baru perasan yang Sungai Cherating ni indah dan unik dengan hutan paya bakaunya yang tersendiri.

salah satu jeti di tebing Sg Cherating

Cantik rupanya pemandangan sepanjang 7km sungai Cherating ni di siang hari.. Malah, malam semalam sewaktu aktivti melihat Kelip-kelip di sini aku tak perasan pun tempat ni cantik.

Jika di malam hari, pokok-pokok bakau ni menjadi tempat tumpuan Kelip-kelip, di siang hari pula banyak haiwan lain yang menjadikan hutan paya bakau sebagai habitatnya dapat dilihat. Antara haiwan yang paling banyak dan senang untuk dilihat adalah biawak sungai. Biawak-biawak ini sebenarnya mempunyai warna kulit seakan kulit pokok bakau yang mereka huni untuk mengaburi pihak musuh.

sekali lagi Hafiz menerngkan tentang aktiviti yang bakal kami lalui

Selain daripada biawak, kita boleh perhatikan binatang lain seperti ular, monyet dan lain-lain.

Sepanjang trip menyelusuri Sungai Cherating ini, sangat banyak pemandangan yang tidak patut dibiarkan begitu sahaja tanpa menjadi habuan kamera.

 

Melepaskan Anak Penyu Ke Laut

Event ni memang aku akan ingat sampai bila-bila. Pertama kali.. Bukan hanya memegang, malah melepaskan anak penyu yang baru menetas ke lautan china selatan.

Memula event ni nampak macam biasa. Tetapi sebaik sahaja aku memegang anak penyu tersebut untuk dilepaskan ke laut, satu perasaan halus menerpa. Aku sebenarnya terharu dengan nasib anak penyu itu. Tak tau selamat ke tak nanti bila berada di luar sana.

Mengikut kajian hanya 3-5% sahaja daripada ratusan anak-anak penyu yang menetas dan turun kelaut hidup dan membesar menjadi penyu dewasa.

Penyu ni kalau selamat semasa kecil dan berjaya membesar menjadi penyu dewasa, ia akan kembali semula ke tempat di mana ia mula ditetaskan (samada secara semula jadi atau dengan cara lain) untuk bertelur. Bermakna dalam 100 ekor anak penyu yang turun ke laut, paling banyak pun 5 ekor sahaja yang akan hidup.

Namun menyedari hakikat hukum alam, aku dengan berat hati melepaskan anak penyu dengan doa agar ia selamat, membesar menjadi penyu dewasa dan datang semula ke sini untuk bertelur suatu hari nanti.

 

BBQ Dinner

Malam itu kami dihidangkan dengan BBQ dinner di tepi pantai. Tema pada malam ini ialah Pirates…

tema Pirates dipilih

Best jugak makan kat tepi pantai macam ni. Boleh lepak-lepak santai dengan angin pantai yang dingin dan segar.

 

Penat tapi berbaloi…

So hari kedua berakhir. Banyak aktiviti menarik hari ni. Penat tapi seronok. Akibat penat, letak kepala ke bantal tak sampai 5 minit dah tak sedar apa dah…

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

  1. First time pengalaman melepaskan anak penyu ke laut. Pelbagai perasaan bercampur-baur. Sedih, bimbang, gembira, teruja dan sebagainya. Memang detik-detik sangat berharga buat diri saya. Terima kasih Legend Cherating Beach Resort dan KBBA9 memberikan pengalaman indah sebegini

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ