Kopi Badang Cafe, Kelebihan dan Peluang Perniagaan

Kopi Badang Cafe

Huh memacam nama pulak kopi sekarang. Hehehe. Tetiber aku teringat watak Badang dalam cerita kartun melayu Awang Khenit.. Haahhaha. Lawak kartun ni…!

Sangkaan aku sebelum menghadiri Majlis Pelancaran Kopi Badang yang diadakan di Saloma Bistro Jalan Ampang baru-baru ini ialah kopi ni mesti satu lagi kopi “untuk lelaki”. Hurmmm penat dah aku dengar kopi “kuat” ni.

Majlis Pelancaran Kopi Badang di Saloma Bistro

Tapi sangkaan aku meleset. Kopi Badang Cafe bukan kopi bernilai semurah itu. Ia kopi sejati tanpa apa-apa campuran bahan merbahaya yang lain. Biji kopi yang diimport daripada Columbia diproses sebagai serbuk kopi asli ini hanya ditambah Krimer dan gula sebagai penyedap rasa. Kopi 3 dalam 1 ini memang 100 peratus kopi tulen tanpa sebarang bahan campuran tiruan seperti perasa tiruan, pengawet tiruan, dn kopi tiruan untuk menjaga kesihatan para pengguna.

Nama Badang juga dipilih bukan sahaja kerana kekuatan Badang malah ia melambangkan sifat Badang yang lain seperti Ikhlas, jujur dan suka menolong orang.

3 Kelebihan utama Kopi Badang

Oooo bagus kopi ni rupanya. Sorry ya.. cepat sangat aku buat kesimpulan. Antara kelebihan minum kopi ni mengikut pihak pengurusan tertinggi Al Mubarak Health Sdn Bhd ialah:

1. Tidak ada kesan sampingan

Berbanding kopi segera yang lain kopi Badang Cafe tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada peminumnya. Rasa tidak selesa seperti sakit kepala, mual, tidak sedap badan, gigi kuning, sakit perut, sakit buah pinggang, sembelit, dan lain-lain kesan akibat minum kopi campuran lain tidak dirasai dengan kopi kopi ini.

2. Menghilangkan rasa letih dan lesu

Ini penting untuk yang berkerja menggunakan penumpuan minda seperti pelajar dan ilmuan. Kecerdasan minda dan tubuh badan selepas meminum kopi ini dapat membantu pelajar memahami serta menghafal pembelajaran dengan baik. Untuk yang sedang menyiapkan tugasan seperti “assignment”, kopi ini sangat sesuai untuk menemani mereka.

3. Sesuai untuk orang yang ingin memulakan perjalanan.

Perjalanan baik jauh maupun dekat memerlukan tubuh badan yang segar. Pekena kopi Bdanag ini sebelum memulakan perjalanan pasti membuatkan badan terasa segar tanpa rasa mengantuk, letih, lesu dan lapar di sepanjang perjalanan.

Hurmmm bagus juga kopi ni rupanya. Tetiber aku terfikir nak buat bisnes. Kalau dengan kelebihan yang mampu diberikan ni, luas pasaran untuk kopi ni di luar sana.

Peluang perniagaan bersama Kopi Badang

Ok, Al Mubarak Health mengalu-alukan sesiapa yang ingin menceburi perniagaan Kopi ni dengan menjadi stokis yang berdaftar. Untuk itu Al Mubarak Health telah melantik Premier Victory Enterprise untuk menguruskan hal-hal berkenaan stokis ni.

Untuk yang berminat untuk menjadi stokis, boleh menghubungi: 07-2326124 atau buat panggilan terus kepada En Hisham Khairil di talian: 019-7792211.

Insentif Kopi Badang

Haaa ini ada berita yang sangat menarik. Kopi Badang menawarkan insentif-insentif yang amat menarik kepada stokis dan pengguna.

Stokis yang berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan dalam masa 7 bulan, layak mendapat sebuah kereta samada Toyota Vellfire atau Mercedes Benz, Toyota Vios atau Honda City dan Perodua Axia atau Proton Saga.

Itu untuk stokis. Untuk pengguna pun ada..! Pengguna yang membeli sekurang-kurangnya 12 Kotak Kopi Badang melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah dengan memenangi sebuah Perodua Axia, Motorsikal, iPhone 7, iPad dan tekevisyen LED.

Duta Produk Kopi Badang

Duta Kopi Badang bersama blogger Ben Ashaari

Pelakon Zamarul Hisham Mohamed telah dilantik oleh Al Mubarak Health sebagai Duta Kopi Badang. Pemilihan ini berdasarkan Zamarul Hisham sendiri adalah peminat kopi dan umur beliau yang bertepatan dengan sasaran produk iaitu lingkungan umur 35 tahun ke atas.

Selain itu Al Mubarak Health juga berkolaborasi dengan artis-artis lain sebagai “Duta Kecil” kopi Badang ni. Antara artis yang hadir di majlis tersebut adalah Mus May, Nizam Laksamana, Rahmat Mega, Achong SweetChild, Zur Eda, Keena Mentor, dan lain-lain.

Mus May – Aku membesar dengan lagu dia…

Sedikit info Al Mubarak Health Sdn Bhd (Al Mubarak Health)

Pihak pengurusan Al Mubarak Health

Ia merupakan syarikat kesihatan tempatan yang mempunyai kilang di Johor Bahru. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2015 ini sebenarnya telah mengeluarkan Kopi Badang ini sejak awal tahun 2015 lagi. Kopi ni mempunyai sijjil perakuan HALAL oleh JAKIM dan ianya dihasilkan di premis yang mempunyai piawaian kebersihan yang tinggi.

Jom minum Kopi Badang. Minum secawan, nak bercawan-cawan…!

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

Leave a Reply to Faizal Fredley Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ