MAHA 2016, Penat Yang Sangat Berbaloi…!

Fuuuh… Penat tak habis lagi. Siapa yang ikuti Instagram dan FB Page aku, pasti tau aku pergi mana tadi.

Yup.. Aku ke MAEPS Serdang untuk melihat sendiri kelainan yang ada di dalam MAHA 2016 pada kali ini. At last… setelah sekian lama event ini wujud, sekarang baru aku sampai. Sekalung tahniah untuk aku.

Sebelum ni aku ada jugak merancang untuk datang, tapi bila mengenangkan kesesakan trafik di event ini, aku batalkan hasrat aku. Hahahah…

Lagipun anak aku sorang tu ada eczhema. Tak boleh terdedah pada panas. Nanti satu kerja pulak aku nak halang dia daripada menggaru. Tu sebab aku agak ketinggalan kalau cerita pasal event ini.

MAHA 2016 (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism)

Ada ke yang tak tau lagi MAHA ni apa? Ok lah aku refresh sikit.

Pertanian adalah salah satu hasil utama negara kita. Sebab itu selain daripada industri pelancongan, industri asas tani ini memang diperuntukkan bajet yang agak banyak oleh kerajaan kita.

Lahirnya MAHA ini adalah salah satu usaha untuk kerajaan menyokong industri ini. Event ini diadakan setiap dua tahun sekali.

Di event ini, penternak dan nelayan berpeluang untuk mempamerkan hasil titik peluh mereka kepada umum. Sektor swasta dan kerajaan pula dapat memberi info kepada umum tentang penglibatan mereka dan apa yang mereka tawarkan untuk kemajuan industri ini.

Produk, servis dan alatan moden antara yang dapat dilihat di sini dan ini sekaligus dapat membuka mata masyarakat untuk menceburi bidang ini secara serius.

Peluang pemasaran produk sehingga ke luar negara (export) juga didedahkan di sini. Ini sekali lagi memberi signal kepada anak muda kita bahawa kerjaya dan pendapatan di bidang ini bukan calang-calang.

Apa ada di MAHA 2016

Ok.. aku bagi highlight sikit tempat-tempat yang sempat aku singgah sewaktu lawatan aku siang tadi. Memang mustahil untuk pergi ke semua tempat di pameran MAHA tahun 2016 ni… kalau nak pergi semua tempat pameran aku rasa 3 hari baru habis.

Nafas Cube

Tempat pertama aku singgah. Tempat ini pertama kali dipamerkan dan dibuka untuk orang ramai di MAHA kali ini. Ia adalah tempat penginapan pelbagai kategori. Ada rumah tube, kontena dan khemah. Semua ini ada kadar sewaannya tersendiri.

Kontena (Executive) – RM180
Kontena (VIP) – RM250

Tube – RM150

Khemah – RM120

Di tempat penginapan ini ada disediakan sebuah cafe khas untuk pengunjung dan penyewa tempat penginapan ini. Aku sempat bersarapan di cafe ini. Makan dia not bad. Aku order Nasi Lemak dan telur separuh masak. Sedap! Air pulak aku pilih mentol mango.

mentol mango

Ya.. memang namanya mentol mango sebab botolnya amat unik. Berbentuk mentol.

Tempat penginapan ini didirikan berhadapan dengan tasik. Di tasik ini korang boleh la isikan masa lapang dengan bermain kayak. Selain daripada percutian keluarga, kem-kem motivasi atau bina semangat pun sesuai diadakan di tempat penginapan ini.

Untuk hal-hal berkaitan dengan kem, korang boleh berhubung dengan Nafas Agro Youth Camp.

So lepas pameran MAHA kali ini, jika korang nak rasakan kelainan dalam percutian korang, boleh la korang check in di tempat penginapan ini.

Laman Perikanan

Selepas mengisi perut yang berkeroncong aku ke destinasi kedua. Laman perikanan. Dengar nama pun dah tau pasal ikan. Tapi tak sangka banyak input yang aku dapat korek kat sini.

Paling mengagumkan aku apabila aku masuk ke bilik pameran yang memula sekali tu. Di sini aku dapat melihat teknology ciptaan anak Malaysia mereka cipta satu alat yang boleh mengawal suhu dan cuaca untuk binatang peliharaan hanya melalui telefon pintar..

ruang kaca ni yang dikawal menggunakan telefon pintar

Aku sempat melihat satu ruang kaca yang diletakkan tumbuhan lumut serta batuan dan sedikit air di dalamnya. Ia dibuat menyerupai habitat katak liar di dalam hutan. Di dalamnya juga ada dibela seekor katak dan cengkerik untuk makanan katak.

Ruang kaca itu diorang kontrol cuaca dengan menjadikan panas beberapa hari supaya katak tadi menyangka musim kemarau tiba. So ia akan memakan banyak makanan untuk simpanan masa kemarau.

Lepas tu mereka akan kawal dan jadikan ruang dalam kaca tu seperti musim hujan dengan memberikan katak tu hujan tiruan. Hujan yang berterusan akan menyebabkan katak itu menyangka musim mengawan tiba dan ia akan berbunyi untuk menarik perhatian pasangannya.

Rekaan ini pada aku sangat bermanfaat kepada manusia dan alam. Kerana ia boleh membiakkan binatang yang hampir pupus. Contohnya katak yang aku ceritakan tadi. Banyak lagi benda yang boleh buat dengan alat kawalan cuaca dan suhu ni.

Kini tidak mustahil lagi bagi orang di malaysia untuk membela binatang yang hanya boleh hidup di negara eropah misalnya. Hanya setkan cuaca dan suhu. Binatang tersebut akan pantas menyesuaikan diri dengan cuaca di sini.

Aku teroka lagi laman perikanan. Kali ni ke Galeri Ikan. Kat sini banyak dipamerkan ikan-ikan yang diawet. Tapi yang paling aku terkesima ialah apabila pertama kali aku lihat secara live ikan yang amat mahal nilainya iaitu Ikan Empurau…

Ikan Empurau

Ikan ni berharga beribu ringgit untuk 1 kilogram. Menurut petugas di situ rasanya yang sangat sedap dan spesisnya yang “rare” menjadikan ikan ini mahal.

Kat situ jugak ada kerapu kertang. Besar giller!!!. Yang dipamer di situ beratnya 60 kg.

Kemudian aku ke Kingdom of Shark. Untuk ke situ aku melalui satu rangka tulang ikan paus yang besar. Tulang ini adalah tulang sebenar yang diambil daripada bangkai paus yang terdampar di pantai selangor sekitar tahun 2003 dulu.

Dalam Kingdom of Shark ni dipamerkan segala yang berkaitan dengan jerung. Jerung hidup yang kecil pun ada dipamerkan. Selain itu, anak-anak pasti suka kalau masuk sini. Sebabnya ada maskot Ikan Duyung, Ikan Yu, Penyu dan lain-lain. Boleh bergambar dengan diorang ni. Sesekali apabila diputarkan lagu “Chicken Dance” diorang akan turut menari sekali.

Laman Padi

Lokasi seterusnya yang aku terjah adalah Laman Padi. Haa kat sini korang bakal menyaksikan segala yang berkaitan dengan padi. Bermula daripada menyemai benih padi, sehinggalah proses menuai dan memproses padi menjadi beras.

Selain daripada info penting tentang padi, turut dipamerkan adalah produk-produk yang dihasilkan daripada padi dan beras.

mesin padi

Menjejakkan kaki ke sini mengingatkan aku di zaman kanak-kanak aku di kampung dulu yang mana aku pernah mengusahakan sawah bendang. Aku telah menyaksikan proses benih padi menjadi beras. Cuma bezanya dulu prosesnya adalah secara tradisional.

Laman Nanas

Laman Nanas adalah tempat yang dituju seterusnya. Haaa kalau korang nak tau info tentang nanas di Malaysia, korang kena datang sini. Kat sini bukan sahaja info tentang nanas, ada juga disediakan aktiviti dan contest untuk pengunjung. Pengunjung MAHA kali ini boleh berswafoto di sini dan berkongsi gambar di dalam media sosial dengan meletakkan hashtag yang diberi. Pemenang yang terpilih akan mendapat hadiah.

Nanas yang terkenal dengan manis dan tidak lidas tu banyak dijual di sini. kalau korang tak nak beli korang boleh rasa kat sini banyak-banyak. Hahaha.

Haaa satu lagi. Produk daripada pokok nanas juga dipamerkan. Sebelum datang ke event ini, serius aku tak tahu yang serat daripada pokok nanas boleh dibuat tali dan benang seterusnya menghasilkan pakaian. Begitu juga dengan seni khat. Sangat cantik apabila ayat Al-Quran terhasil daripada serat nanas ini.

Armada Jentera

Lokasi seterusnya… Armada Jentera. Pertanian sudah beredar seiring dengan teknologi. Alat-alat untuk membantu pertanian sudah amat moden. Jika dulu banyak tenaga manusia digunakan untuk mengusahakan tanaman, kini ia diganti dengan jentera moden.

Jentera-jentera ini ternyata menggandakan hasil pertanian dengan berlipat kali ganda. Apa yang menakjubkan ialah jentera ini bukan sahaja jentera-jentera yang biasa kita lihat di kaca tv, malah ada yang lebih canggih dan besar daripada itu.

Drone juga ada dipamerkan. Jika selama ini kita biasa tengok drone yang agak kecil saiznya untuk kegunaan fotografi, di MAHA kali ini korang akan melihat drone yang agak besar yang digunakan untuk menabur benih dan racun. Ia dikawal oleh alat kawalan jauh yang dibantu dengan komputer.

Laman Ternakan

Terletak di sebelah Armada Jentera jer. So ia adalah lokasi aku seterusnya. Haaa kat sini adalah antara tempat yang menjadi tumpuan pengunjung di event ini.

Kat sinilah diletakkan lembu sado yang viral tu. Memang betul sado lembu yang dikacuk dengan baka Belgian Blue ni. Berketul otot dia. Lembu ini kalau tak silap sudah heboh diperkatakan orang tahun lepas lagi apabila ia dibawa ke kampung-kampung untuk disembelih sempena Hari Raya Korban.

sempat tangkap separuh jer

Sebenarnya baka Belgian Blue ni sudah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2006 lagi. Semen beku baka ini diimport dan dengan menggunakan teknologi permanian beradas, anak lembu hyrid sado ini berjaya dilahirkan.

Antara keistimewaan lembu baka ini ialah kualiti dagingnya yang berprotein tinggi, kandungan lemak rendah, daging lebih lembut dan kandungan kolagen juga rendah. Saiz organ dalaman lembu hybrid sado ni juga kecil. Otot lembu ini memang cepat berkembang. Sebab itulah ia digelar lembu sado.

Kat sini juga ada binatang lain seperti Ayam Telur. Orang ramai dibenarkan bergambar dengan ayam-ayam ini dengan sedikit bayaran.

Aku juga sempat singgah di booth produk tenusu. Kat sini aku sempat merasa susu lembu asli dan dadih. Memang fresh dan sedap. Almaklumlah ia adalah hasil daripada susu asli yang segar.

Kat sini juga ada produk tenusu daripada susu kambing. Susu freshnya sedap. Terasa hamis kambing pada susu ini. Untuk yang suka kambing memang tiada masalah. Aku sempat memberi makan kambing Syria yang mampu menghasilkan susu sebanyak 3-4 liter sehari. Saiznya tak besar tetapi pengeluaran susunya banyak.

Laman Sayur dan Herba

Aku ke sini pulak. Nak masuk ke sini korang kena lalu ikut bawah para-para sayuran menjalar. Yang menariknya buah-buah ini bergantungan di atas kepala di kala kita lalu dibawahnya. Yang aku perasan ada Petola, Petola Ular, Labu, timun dan kacag panjang.

Masuk kedalam lagi ada pelbagai sayur-sayuran yang segar siap ditanam di sini. Segar-segar sayuran ini. Terliur jer nak bawak balik.

Di sebelahnya ada kawasan penternakan lebah kelulut. Korang boleh merasa kemanisan madu aslinya dengan menghisap terus daripada sarangnya.

Empayar Makanan

Perut aku terasa lapar daripada sebelum singgah di Laman sayur lagi sebenarnya. Tapi dek kerana keterujaan aku tak sedar perut aku dah lama mintak makanan. Agak terasa kejam di situ. Hehehe.

So destinasi sterusnya adalah Empayar Makanan…

Dengar cerita antara makanan best kat sini dan di MAHA kali ini ialah Nasi Daging Bakar. So aku orderlah berdasarkan cadangan adik yang ambik order tu. Dan rasanya memang terbaik. Daging bakarnya tu memang sedap. Portion pun banyak. Aku terpaksa menggunakan taktik “save the best for last” sebab nak akhiri lunch tu dengan rasa daging bakar. Sate tulang dan Pisang Cheese juga sempat aku rasa.

Untuk makluman, kat sini ada beratus penjual yang semuanya menjual makanan yang unik dan menyelerakan. Korang kalau nak makan aku syorkan singgah sini. Rambang mata la korang nak pilih makanan nanti.

Kat sini ada surau di tingkat dua. Selesa suraunya. Aku sempat solat zohor di surau sini.

Dewan Pameran AgroLifestyle

Lepas makan aku sempat singgah sini. Rupanya industri pertanian bukan hanya setakat pertanian dan ternakan sahaja. Luas industri ni.

Ia melibatkan industri sub yang berkaitan seperti aktiviti pertanian. Antara aktiviti dan booth pameran di sini adalah booth mewarna seramik dan batik, Waste to Wealth, Hobby and Recreational, Virtual Realiti, Memancing maya, dan Booth Lembaga Perikanan Malaysia yang mempamerkan hasil-hasil makan laut. Ada lobster, Udang Besar dan King Crab. Ada juga permainan Simulator bawak Bot di sini.

Kampung Durian Runtuh upin dan Ipin

Masa dah suntuk. Aku lalu jer depan tempat pameran dan aktiviti Upin dan Ipin ni sewaktu nak ke tempat pameran buah-buahan. Tak sempat masuk pun. Tak per lah. Aku dah biasa dengan Upin Ipin ni. Lain lah kalau bawak anak sekali.

Laman Florikultur

Cantik pemandangan kawasan sekitar sini. Ada dinosor yang dibuat daripada bahan terbuang di samping hiasan dan binaan bunga segar dan berwarna warni di sini.

Sampai di tempat buah ni, kebetulan happy hour. Apa yang mereka buat masa happy hour ialah Abang Zek (maskot di situ) akan membuat pengumuman dan bahagikan 100 biji kelapa muda secara PERCUMA.

Kelapa yang dibahagikan ialah kelapa pandan dan air sangat segar dan manis.

Bersama Abang Sidek

Kat sini jugak ada booth Abang Sidek iaitu taukeh Melon Manis Terengganu. Memang manis melon beliau ni. Boleh rasa kat situ. Aku sempat membawa balik sebiji melon ni. Kejap tadi aku makan, memang manis!!! Sama macam yang aku makan kat sana…!

Korang yang datang MAHA kali ini belilah bawak balik sebijik. Memang gerenti sedap dan manis melon abang Sidek ni.

Rhythm Of The Farmers di D’Lereng MAEPS

Nak balik dah. Sebelum tu aku singgah di Rhythm Of The Farmers di D’Lereng MAEPS ni dulu. Kalau korang nak tau, kat sini ada pentas yang besar untuk persembahan konsert. Ada juga persembahan cahaya LED.

tapak koncert

Oh ya, di hari-hari terakhir MAHA kali ini akan diadakan beberapa konsert daripada artis-artis terkenal tanahair.

Sambil tengok konsert korang akan berpeluang untuk memang hadiah. Sebabnya ada peraduan cabutan bertuah. Hadiah nya bukan cikai tau. Siap dengan iPhone dan iPad. Dan kuantitinya pun tidak kurang banyaknya.

Castle of Fruit

Haaa tibalah aku di persinggahan yang terakhir sebelum aku balik. Dah pukul 5 kot. Lambat-lambat nanti jammed sebab orang balik kerja pulak.

Kat sinilah kalau korang nak beli buahan murah-murah. Tapi orang memang ramai la kat sini. Beratur panjang la untuk buat bayaran di kaunter. Tapi berbaloi la.. Murah buah-buah yang dijual. Yang banyaknya jagung la kat sini.

Memang betul murah tau..! 3 longgok (siap diletakkan dalam plastik khas) hanya RM10 sahaja. 3 longgok tu bukan sikit tau. aku kira ada 19 biji jagung semuanya.. Dan aku membawa balik jagung tu. Jenuh la makan jagung minggu ni. Hehehe

Jom datang ke MAHA 2016

Siapa yang belum datang lagi ke event ini aku memang syorkan korang supaya datang. Memang terpaksa tempuh jammed. Memang letih berjalan kaki ke sana ke mari. Tak per balik rumah nanti korang urut jer dengan Minyak Herba Asmak ataupun minyak asmak kat kaki korang tu. Pasti hilang lenguh.

Memang panas cuaca di sini. Tapi percayalah… memang berbaloi datang. Kepuasan yang dapat mengubat kesemua rasa yang aku sebutkan tadi.

Aku yang belum pernah sampai ke event ini pun berpuashati dan rasa berbaloi datang sini.

Info MAHA – 2016

Tarikh: 1-11 Disember 2016
Masa: 10 pagi – 10 malam
Tempat: MAEPS Serdang
Website: http://maha.gov.my/

Loading

Related Stories

Discover

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Masjid Kristal Kuala Terengganu: Keindahan Seni Bina Islam

Masjid Kristal, juga dikenali sebagai "Masjid Tengku Tengah Zaharah," merupakan salah satu mercu tanda...

Banjaran Titiwangsa | Harta Karun Alam Semulajadi Tulang Belakang...

Banjaran Titiwangsa, sebuah rangkaian bukit dan gunung yang mengukir lanskap Semenanjung Malaysia, adalah antara...

Gunung Kinabalu – Bukan Sekadar Puncak Hendak Ditawan

Gunung Kinabalu, yang terletak di Negeri Sabah, Malaysia bukan sekadar sebuah gunung tetapi ia...

Comments

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ