Bangi Wonderland Themepark & Resort Di Kelasnya Yang Tersendiri

Cuti sekolah kali ni anak-anak aku puas main air.. Mana taknya… Awal cuti sekolah aku ke Sunway Lagoon. Pertengahan cuti sekolah aku bawak anak-anak ke The Bayou Lagoon Resort Melaka pulak. Dan semalam aku ke Bangi Wonderland Themepark & Resort (Taman Tema Bangi Wonderland) untuk mencuba sendiri keseronokan di sana. Artikel ini adalah perkongsian pengalaman aku di sana yang merupakan salah sebuah taman tema air yang terkenal di negeri Selamgor.

Bangi Wonderland Themepark & Resorts (BW)

Bangi Wonderland Themepark & Resort pintu masuk

Taman Tema Air Bangi Wonderland

BW ni dah lama aku dengar. Daripada waktu ia dalam proses pembinaan lagi. Dan tup-tup awal tahun dulu aku dengar Bangi Wonderland dah siap. Cuma ianya belum dibuka kepada orang ramai sebab beberapa hal yang belum membolehkan ia dibuka kepada public.

Alhamdulillah, semalam aku dan 15 orang rakan bloggers daripada KBBA9 telah menghabiskan masa di sana. Kebetulan ada promosi tiket untuk cuti sekolah ni iaitu pakej dengan bayaran RM150 untuk 4 orang. Maknanya RM38 jer untuk seorang. So aku bawak family sekali (mak mertua dan adik ipar). So kiranya semalam aku beli 2 set la pakej harga RM150 tu.

Dibina di atas tanah berkeluasan 12 ekar di tengah-tengah kawasan yang sedang meningkat naik, Bangi Avenue, Bangi Wonderland ini adalah tarikan terbaru bagi public untuk menikmati percutian di Taman Tema Air.

Sejarah dan Latar Belakang

Bangi Wonderland bermula sebagai impian untuk membawa hiburan dan kegembiraan kepada penduduk setempat dan pelancong. Taman tema ini dibina dengan penuh dedikasi dan usaha sejak daripada ideanya mula terhasil. Seiring dengan perkembangan dan popularitinya, taman tema air ini menjadi mercu tanda hiburan di Selangor. Inspirasi di sebalik penubuhan taman tema ini adalah untuk mencipta ruang rekreasi yang unik di mana keluarga boleh bersama-sama mencipta kenangan indah.

Keunikan dan Tarikan Taman Tema Ini

Bangi Wonderland dikenali dengan pelbagai ciri-ciri istimewa yang menjadikannya menarik kepada pengunjung. Antara tarikan utama termasuklah kolam renang air panas, pantai buatan, permainan air yang mendebarkan, dan zon bermain yang selamat untuk kanak-kanak. Keunikan taman tema air ini terletak pada gabungan pelbagai jenis hiburan air dalam satu tempat, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga. Selain daripada itu, taman tema ini juga menawarkan pilihan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat untuk memuaskan selera pengunjung.

Aktiviti dan Hiburan di Bangi Wonderland

Permainan Air

Bangi Wonderland menawarkan senarai permainan air yang mengujakan. Kalian boleh merasai keseronokan menelusuri sungai buatan, meluncur di air terjun tiruan, atau bermain-main di kolam ombak buatan. Terdapat juga permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak, menjadikannya tempat yang sempurna untuk seisi keluarga.

Antara permainan air yang boleh kalian rasa keterujaannya di sini adalah

  1. Water Human Cannon
  2. the Magic Funnel
  3. the Surf Rider
  4. Wonder Loop
  5. Pirate’s Spa
  6. Pirate’s Bay
  7. Meander River
  8. the Pirate-themed Kid’s Adventure
  9. Insane Racer
  10. Anaconda Trail
  11. Boomeriang
  12. Body Slide
  13. Spiralax
  14. Green Pearl
  15. the Fall
  16. Typhoon River
Bangi Wonderland Themepark & Resort Typhoon River
Main ombak di Meander River Bangi Wonderland
Bangi Wonderland Themepark & Resort ombak
Human Water Canon
Bangi Wonderland Themepark & Resort pirate bay

Bangi Wonderland Themepark & Resort surf

Bangi Wonderland Themepark & Resort colourful slider

Bangi Wonderland Themepark & Resort slider

Bangi Wonderland Themepark & Resort ada menyediakan kawasan permainan khas untuk kanak-kanak
Spa
Bangi Wonderland Themepark & Resort menyediakan permainan air vuvuzela yang menjadi antara permainan air yang paling digemari di sini

Puas Main Air

Aku rasa aku dan keluarga adalah antara yang paling akhir beredar daripada sini. Masa aku siap mandi semua tu jam dah menunjukkan 6.30 petang. Diorang memang tunggu masa nak tutup jer.

Walaupun lama aku lepak dalam BW ni, tapi tak semua permainan tu aku cuba. Tak sempat. Aku banyak habiskan masa layan anak-anak jer. Ya la… aku datang sini pun memang sebab diorang. Kalau datang sorang mungkin tak sampai lagi aku ke sini.

Korang kalau datang aku cadangkan kenali dulu permainan-permainan yang aku senaraikan tadi. Lepas tu korang  try lah satu-satu. Kalau tak korang akan konfius nama permainan yang korang try tu. Banyak sangat.

Zon Kanak-Kanak

Bagi kanak-kanak, terdapat zon bermain yang selamat dan terjamin kebersihan serta keselamatan. Mereka boleh bermain di taman bermain air dengan pancuran air, perosotan, dan banyak lagi. Pengawasan yang berterusan diberikan untuk memastikan keselamatan kanak-kanak.

Zon Makanan dan Restoran

Tempat makan dalam Bangi Wonderland

No outside food allowed!!!

Ya.. seperti biasalah… makanan daripada luar memang tidak dibenarkan masuk. Anak aku bawak biskut dalam beg dia pun kena rampas tau. Tapi jangan bimbang. Diorang akan tulis nama kat makanan yang dirampas dan akan pulangkan balik masa keluar nanti. Dah memang peraturan dia. Kena patuhilah yang ni. Biasalah. Taman tema air memana pun biasanya diorang tak akan benarkan makanan daripada luar.

Chillax Cafe adalah cafe utama untuk pengunjung mendapatkan habuan perut masing-masing setelah puas berendam.

Bangi Wonderland Themepark & Resort menyediakan tempat makan. Chillax cafe ini ada disediakan makanan dan minuman untuk pengunjung
kredit: www.shiqeensattar.com

Masa memula main air anak-anak aku ni memang tak sedar. Duk main jer. Tengahari sikit mulalah sorang demi sorang datang cari aku dan mengadu lapar. Hahahaha. Standard dah tu.

So jangan bimbang. Memang ada cafe kat dalam tu. Cuma biasalah. Harga kat dalam tu memang tak sama dengan harga kat luar. Hahahaha.. Apa mau buat. Takkan nak biarkan anak-anak kebulur.

Sebab tu cadangkan kos makanan ni pun korang kena masukkan sebagai total cost korang. jangan masukkan kos tiket sahaja. so boleh lah bajet betul-betul kos keseluruhan yang bakal korang keluarkan.

Aku beli Nasi Ayam Kicap. RM12 sebungkus. Tak payahla nak review makanan kat sini pulak.. hahaha.. Cafe kat sini bukan restoran macam kat luar tu. So rasanya biasa jer. Tapi boleh la makan.

nasi ayam kicap ni antara makanan yang boleh didapati di Bangi Wonderland Themepark & Resort
Nasi Ayam Kicap

Panduan dan Tips untuk Lawatan Anda

Setelah sepanjang hari bermain air dan berseronok, pasti anda akan lapar. Bangi Wonderland menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman. Kalian boleh menikmati makanan tempatan seperti nasi lemak atau makanan antarabangsa yang lebih mewah.

Korang tak perlu risau. Takkan ada makanan yang tak habis. Anak korang akan makan punya. Sebab memasing dah kebulur main air.

Harga Tiket Bangi Wonderland

Sebelum merancang lawatan kalian, pastikan untuk memeriksa harga tiket masuk dan pakej yang ditawarkan oleh taman tema ini. Terdapat juga diskaun khas atau tawaran istimewa yang boleh kalian manfaatkan.

Bangi Wonderland Themepark & Resort juga ada menyediakan harga tiket promo dari masa ke semasa
harga promo.. dah nak habis dah

Ini adalah harga tiket Bangi Wonderland (tanpa promo):

Dewasa (Warganegara): RM58
Kanak-Kanak < 130cm (Warganegara): RM48
Kanak-kanak  < 90cm : Percuma

Warga Emas: 50% diskaun

Murah kan…?!!!

Waktu Operasi Bangi Wonderland

Taman tema air ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.

Ia ditutup pada hari Selasa untuk tujuan pembersihan dan pengurusan.

Waktu Terbaik untuk Berkunjung

Sesuaikan lawatan kalian dengan musim atau waktu yang sesuai untuk aktiviti air di taman tema ini. Elakkan lawatan pada musim hujan atau waktu-waktu di mana taman tema mungkin sesak dengan pengunjung.

Kemudahan lain di Bangi Wonderland

pelbagai kemudahan di sediakan di Bangi Wonderland Themepark & Resort

Surau

Yang ni aku puji. Surau disediakan. Besar dan bersih suraunya. Kain pelikat pun disediakan untuk orang tukar pakaian basah untuk solat.

Tandas

Tandas ada. Cuma kuantitinya agak terhad. kalau masa peak (hari cuti dan sebagainya) beratur jugak untuk ke tandas.

Locker

Almari kecil untuk letak barangan berharga ada disediakan dengan sewaan tertentu.

Bangi Wonderland Themepark & Resort turut menyediakan kemudahan bilik persalinan yang diasingkan antara lelaki dan wanita

E-Locker

Rental* + Deposit

Small RM10 + RM10
Medium RM15 + RM10
Large RM30 + RM10[/otw_shortcode_info_box]

Parkir Kenderaan

Korang boleh tinggalkan kenderaan korang di tempat parkir BW. Ada 3 level. Kalau penuh korang parkir jer kat luar BW. InsyaAllah tak der saman menyaman akan berlaku (setakat ni)

Info Lanjut Bangi Wonderland

Facebook : Taman Tema Bangi Wonderland
Email:sales@bangiwonderland.com.my
Contact: 03-8687 6522

Lokasi : North South Highway ( PLUS), exit to Bandar Seri Putra (selepas tol Bangi/Kajang tetapi sebelum tol Nilai.

Kalau korang masih tak konfiden untuk cari taman tema air ni, korang taip jer bangi wonderland kat waze ataupun google maps. InsyaAllah korang akan sampai sini.

Komen eXplorasa

Tempat ini sesuai untuk keluarga lepak-lepak sambil main air. Tak perlulah nak bandingkan dengan Sunway Lagoon sebab perbandingan tu tidak adil. Bangi Wonderland dan Sunway Lagoon berada di dalam kelas dan kelompok sasaran yang berlainan. Bangi Wonderland lebih fokus kepada keluarga yang sederhana pendapatannya. Sebab itu harga tiketnya agak murah.

Bangi Wonderland Themepark & Resort adalah salah satu tempat yang terbaik untuk membawa seisi keluarga bercuti
puas hati diorang ni main. Alhamdulillah

Tapi ok la. Sebab permainannya banyak. Sangat berbaloi…

Kepada yang belum datang sini boleh la kalau nak cuba. Yang penting ianya berbaloi dengan apa yang kita bayar.

Cuma perancangan kos tu perlu dimasukkan sekali kos makanan dan sewa locker. Barulah best buat bajet.

Bangi Wonderland Themepark & Resort - anak-anak keletihan bermain air
Ifza tertidur keletihan

Satu lagi. Kalau korang nak datang sini, cuba elakkan hari cuti umum macam cuti sempena perayaan Krismas semalam. Orang ramai sangat. Kena beratur panjang untuk main sesatu permainan. Nak sewa pelampung pun kena beratur bukan main panjang lagi. Banyak habis masa kat situ.

untuk elakkan beratur panjang macam ni, elok lah beli tiket Bangi Wonderland Themepark & Resort secara online
beratur panjang masa nak beli tiket

Kalau korang datang kebetulan orang ramai macam tu, ni tips yang perlu korang buat untuk korang kurangkan pembaziran masa:

1. Korang beratur awal-awal untuk sewa pelampung kuning tu. Pelampung tu boleh guna untuk beberapa permainan yang dikhaskan.

khidmat sewaan pelampung dan alat permainan air yang lain turut disediakan di Bangi Wonderland Themepark & Resort
sewa pelampung

RM15.00 (Rental) + RM10 (Deposit Dikembalikan)[/otw_shortcode_info_box]

2. Korang beli Nasi Ayam Kicap kat Chillax cafe tu awal-awal. Lepas korang simpan jer. Tengahari bila lapar makan jer la. So tak perlu habiskan banyak masa beratur. anak pulak nanti tak henti cakap lapar. Boleh stress nanti. Hahahaha.

3. Masa masuk tu korang book siap-siap kerusi meja untuk korang tinggalkan beg dan barangan yang tak berharga. Yang berharga sila simpan dalam locker. Meja ni nanti boleh gunakan untuk lunch Nasi Ayam Kicap.

Di Bangi Wonderland Themepark & Resort, setelah penat bermain air, pengunjung boleh lepak-lepak di kawasan rehat yang disediakan
tempat rehat berbumbung

Haaa ikut tiga tips mudah ni untuk korang bermain dengan aman.

Ok dah habis. Lenguh-lenguh kaki pun tak habis lagi ni. Nasib baik tadi dah sapu minyak asmak kat kaki. Lega sikit.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

    • heheheh… blh try bro… best gak… cuma kalau saper yg pernah pergi sunway lagoon kena set dalam kepala, jgn banding ngan sunway lagoon. ya laaa.. tiket sunway lagoon utk dewasa rm100 lbh kot. kat sini bari rm38

    • Haaa bagus jugak idea tu bro. Tapi biasanya kalau cuti umum banyak giller orang. Nak main permainan dia pun kena beratur panjang

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ