Kyushu Muslim Trip – Day 4 – Melawat Suizenji Garden dan Kumamoto Castle

Hari ke-4 kami dalam Kyushu Muslim Trip. Sesudah sarapan di Hotel Mitsui Garden, kami terus check out untuk meneruskan aktiviti lawatan seterus.

mitsui-garden-hotel-sarapan

Mengikut ittenarary asal, pagi ini kami akan melawat Aso Daikanbo dan Aso Kusasenri. Tetapi oleh kerana cuaca hujan, tempat lawatan kami diubah dan digantikan dengan lawatan ke tempat yang tidak kurang hebatnya.

Suizenji Garden

Kami menuju ke Suizenji Garden untuk menikmati satu lagi pemandangan yang sangat cantik di sini. Memang sangat cantik taman ini. Rasa nak lepak lama-lama jer kat sini…

suizenji-garden-tiket

So apa lagi masing-masing pun sibuklah berposing sakan. Rugi kalau tak ambik peluang ni. Tak kan jumpa dah scenaries yang cantik macam ni.

suizenji-garden-view-7

Taman ini sebenarnya dibina berdasarkan tempat-tempat sebenar di Jepun. Ia termasuklah Gunung Fuji yang dibina dengan skala kecil.

Ok.. ni antara foto yang sempat kami rakam sebelum kami bergerak keluar dari tempat ini.

suizenji-garden-view-6

suizenji-garden-view-5

suizenji-garden-view-4

suizenji-garden-view-3

suizenji-garden-view-2

Kumamoto Castle

Kemudian kami bergerak ke Kumamoto Castle. Istana Di Raja Zaman silam yang sistematik. Selain istana raja, kawasan yang agak luas ini dibina bangunan lain yang berhubung rapat dengan istana untuk kegunaan maharaja untuk mentadbir kerajaan.

img_1858

img_1863

img_1856

Semuanya tentang istana ini ada dipamerkan di sini. Cuma sewaktu lawatan kami baru-baru ini, banyak bangunan yang ditutup untuk pembaikian. Ini adalah kerana bangunan-bangunan tersebut rosak teruk kerana gempa bumi yang melanda Kyushu pada bulan April 2016 baru-baru ini.

Kami sempat menonton tayangan video tentang kemusnahan dan usaha membaik pulih tersebut.

Sempat juga berposing dengan pakaian Maharaja Jepun.

Processed with Snapseed.

Niko Hotel “Le Celebriti”

Kami lunch di sini hari ni. Selepas melawat Kumamoto Castle, kami terus ke sini untuk menikmati makan tengahari di hotel 5 bintang. Untuk muslim yang ingin menikmati makanan halal di hotel ini, korang perlu menghubungi pihat restoran hotel dahulu untuk memaklumkan tempahan korang. Barulah pihat restoran akan menyediakan makanan yang korang order.

Ini adalah antara menu-menu yang kami makan di restoran ini:

img_1878

img_1874

img_1881

img_1876

Makan di sini agak berprotokol. Adab-adab makan english terpaksa dituruti. Aku belasah jer. Janji best dan halal!

restoran-le-celebrities

[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_color_class=”otw-green-border” border_style=”bordered” icon_type=”general foundicon-star” icon_color_class=”otw-blue-text”]Name of restaurant : Nikko Hotel “Le Celebriti” Address : 2-1 Kamidouri, Chuo Ward, Kumamoto Contact number : +81-96-211-1663 Menu (overall / detailed) : Full Course Menu Price : JPY 3800 How to request : Prior to visit request the “Muslim Friendly Meal” [/otw_shortcode_info_box]

Masjid Kumamoto

Tentative seterusnya adalah mengunjungi Pusat membeli belah setempat Tosu Outlet Mall. Namun di perjalanan kami singgah di Masjid Kumamoto untuk menunaikan solat.

img_1886

Masjid ini hidup. Ramai muslim yang mengunjungi masjid ini untuk bersolat. Rupanya masjid ini berdekatan dengan University Kumamoto. Yang ramai datang ke masjid ini adalah pelajar-pelajar yang kebanyakannya daripada sebelah Asia Tenggara.

img_1890

img_1888

img_1889

Jemaah pertama yang aku tegur di muka pintu masjid adalah pelajar kejuruteraan daripada Indonesia. Agak teruja sedikit apabila berjumpa dengan orang yang berbahasa sama di bumi Jepun yang serba asing ini.

Selesai solat di dalam masjid, aku sempat berjumpa dan bersalaman dengan 2 orang pelajar daripada Malaysia. Yang sorang tu tinggal di sebelah kampung aku jer. Berborak sakan lah kami sementara menunggu Coach bergerak.

bersama pelajar Malaysia yang belajar di University Kumamoto
bersama pelajar Malaysia yang belajar di University Kumamoto

Tosu Outlet Mall

Kalau korang pernah pergi ke Johor Premium Outlet kat Johor, begitulah suasana mall kat sini. Kebanyakannya barang-barang premium. Dan harganya pun boleh tahan juga. Macam kat Malaysia jer.

img_1907

Jadi aku membatalkan hasrat aku untuk shopping pada hari tu. Jenama yang terdapat di situ ada dijual kat Malaysia. Harga pun lebih kurang sama. So, tak terkilan sangat kalau aku tak beli pun.

Tapi kalau korang datang ke sini, dan ada duit lebih, boleh jer beli. Sebabnya sentimental valuenya lebih tinggi. Kalau beli kat sini boleh la jadikan sebagai kenang-kenangan. Lain dengan beli kat Malaysia negara kita sendiri.

img_1898

img_1901

Kalau nak beli aku cadangkan beli baju yang ada lambang Jepun. Maksud aku kalau orang tengok, orang tahu yang kita beli kat Jepun. Contohnya baju bertulisan Jepun ke. So ada la kelainan yang menjadi kenangan.

sementara menunggu yang lain habis shopping ku pekena ais krim dulu
sementara menunggu yang lain habis shopping ku pekena ais krim dulu

Hotel Washinton Hakata

Kami bermlam di sini hari ni. Kecil jer hotel ni. Tapi best sebabnya ia bersambung dengan kompleks membeli belah Canal City. Senang korang nak shopping kalau check in hotel ni.

img_1909

Makan malam di Restoran Nabi San

Selepas 4 hari kami hanya makan makanan menu Jepun, malam ni kami melepaskan rindu dengan menu Nasi Briyani.

img_1920

img_1917

img_1916

Tuan punya restoran ini orang Pakistan. Pekerjanya boleh berbahasa melayu. Sedap Nasi Briyani kat sini. Pekena dengan masakan kambing, perrghhhh… Habis sepinggan penuh aku makan. Memang puas hati.

img_1925

[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_color_class=”otw-green-border” border_style=”bordered” icon_type=”general foundicon-star” icon_color_class=”otw-blue-text”]Name of restaurant : Nabi San Address : 6-11-37 Hakozaki, Higashi Ward, Fukuoka City, Fukuoka Contact number : +81-90-4484-4020 Menu (overall / detailed) : Biryani Rice & Etc Price : JPY900- JPY 1600 How to request : Full Halal Restaurant [/otw_shortcode_info_box]

Balik dari dinner, kami menaiki teksi kerana hari dah lewat. Coach tidak menunggu kami kerana waktu kerjanya sudah tamat. Sampai hotel rehat kejap dan tidur. Besok hari terakhir kami di bumi Kyushu.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ