Kyushu Muslim Trip – Transit Di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi

7
1542

Aku sekarang berada di Costa Coffee yang terletak dalam Lapangan Terbang Changi, Singapura. Berhenti sekejap di Airport ni sebab perjalanan ke Kyushu ni menggunakan Singapore Airline yang mana Flight ini akan singgah sekejap di Lapangan Terbang Changi sebelum meneruskan semula perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka, Jepun.

Transit-changi-airport

Jadi merasalah juga aku menjejakkan kaki di bumi Singapura walaupun kami tak keluar daripada kawasan airport pun. Ya.. Aku belum pernah sampai di Singapura ni. Banyak kali dah nak masuk tapi tak berkesempatan.

Hahaha. Pertama kali jejak kaki di Singapura
Hahaha. Pertama kali jejak kaki di Singapura

Jadi berkampunglah aku, Lan Carena, Uzu Emas Putih, Nisa Kay dan Shea Rasol di sini. Kalau nak kira ada lagi barang-barang yang aku nak beli macam bantal leher. Tapi bila tengok harga dalam SGD (Singapore Dolar) usahkan bantal leher, air mineral pun aku berkira nak beli. Mahal kot duit Singapura ni…!

Macam biasa dah sampai sini kami pun pos la status kat media sosial bagitau kami transit sini kejap. Itu dah jadi habit sebenarnya. Tup-tup Faizal Fredley, top travel blogger Malaysia whatsapp bgtau berita gembira. Orang-orang yang singgah transit di Lapangan Terbang Changi ini layak menerima Voucher bernilai SGD20. Hahaha… Pucuk dicita ulam mendatang kata orang tua.

Dengan pantas kami mencari kaunter tuntutan voucher tadi dan membuat tuntutan. Memang ramai traveller yang sedang beratur panjang di situ untuk menuntut voucher mereka.

Beratur panjang untuk claim voucher
Beratur panjang untuk claim voucher
Ni lah vouchernya...
Ni lah vouchernya…

Voucher yang kami dapat seorang satu itu kami belanjakan di Costa Coffee ni. Sebabnya voucher tersebut syaratnya hendaklah dibelanjakan semua sekali di dalam kawasan airport ni. Tiada baki akan dipulangkan jika barang yang dibeli bernilai kurang daripada nilai voucher.

Jadi aku habiskan dengan membeli 1 jus oren, 1 jus epal, 1 air mineral, 1 sandwich daging dan 1 Muffin Blue Berry. Semua tu aku pilih supaya nagm-ngam dengan nilai voucher. Haaa.. Banyak giller dapat makan.

Ni dia makanan dan minuman yang aku tukar dengan voucher
Ni dia makanan dan minuman yang aku tukar dengan voucher

Sambil makan dapat la kami kemaskan posting-posting di dalam sedia sosial kami. Yang mana terhenti seketika sebab dah tak ada internet. Apa yang boleh dipuji kat Airport Changi ni memang laju giller internet. Cuma korang kena dapatkan password di kaunter pertanyaan ataupun minta sendiri dengan mesin yang disediakan berhampiran dengan kaunter pertanyaan.

password yang aku dapat daripada kaunter pertanyaan
password yang aku dapat daripada kaunter pertanyaan

Aku sempat juga update sistem iOS terkini iPhone aku. Memang puashati aku update. iOS 10.0.2 memang lain daripada sistem sebelum ini. Ada beberapa penambahan pada user interface iPhone aku. Dan ianya sangat best! Tak nyesal update iOS iPhone aku.

Flight ke Fukuoka pada pukul 1.30 pagi. So aku waqafkan pena di sini dulu dalam perkongsian Kyushu Muslim Trip. Jumpa lagi besok!

Loading

7 COMMENTS

Leave a Reply to anuar Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge