Buffet Ramadhan Felda D’Saji Dewan Perdana Felda – Apabila Masakan Timur Tengah Dan Tradisional Melayu Bertembung

Promosi Buffet Ramadhan Felda D’Saji Dewan Perdana Felda 2016

dewan-perdana-felda-2

Sudah seminggu kita menjalani ibadat puasa. Di pihak saya, setakat ini ibadah puasa berjalan dengan lancar. Jemputan demi jemputan berbuka puasa diterima. Ada yang saya penuhi dan ada yang terpaksa saya tolak. Memang di bulan puasa ini banyak promosi buffet Ramadhan baik daripada hotel, restoran maupun katering.

Felda D’Saji (FDS)

Siapa yang tidak kenal dengan syarikat yang menguruskan katering dan restoran ini. Nama yang cukup gah di dalam industrinya. Bukan satu lokasi berbuka puasa harian yang dikelolakannya, malah ada 5 cawangan kesemuanya.

ramadhanbuffet2016_banner-02

5 Lokasi Berbuka Puasa Harian FDS yang dimaksudkan ialah:

  1. Dewan Perdana Felda (RM76.00+)
  2. Asmara Penchala (RM58.00+)
  3. Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa (RM79)
    **Beli untuk 9 orang percuma 1 orang
  4. Felda Villa (RM59)
    **Beli untuk 9 orang percuma 1 orang
  5. Kajang Perdana Avenue (RM45.00)

Seperti tahun lepas eXplorasa bertandang lagi ke buffet Ramadhan FDS di Dewan Perdana Felda. Jika tahun lepas FDS membawakan Sajian Menu Warisan Nusantara, tahun ini FDS membawakan kelainan apabila menemukan menu Timur Tengah dan menu tradisional Melayu dalam satu masa. Idea bijak ini ternyata memberikan lebih tarikan kepada pelanggan-pelanggan kerana lebih banyak pilihan menu untuk berbuka puasa.

Dewan Perdana Felda Jalan Semarak KL

dewan-perdana-felda-pintu-masuk

Dewan Perdana Felda yang besar
Dewan Perdana Felda yang besar

Melangkah masuk ke dewan yang besar ini, dari kejauhan sudah ternampak ruangan menu masakan Timur Tengah yang diletakkan di tengah-tengah dewan. Nasi Arab berserta kambing terhidang dengan ruangan yang dihias bertemakan susana Timur Tengah. Menu masakan Timur Tengah ini disediakan oleh Chef selebriti, Chef Ammar yang selalu ke udara di TV Al-Hijrah dengan masakan Timur Tengahnya.

dewan-perdana-felda-tema-arab

dewan-perdana-felda-pentas

dewan-perdana-felda-konsep-arab

dewan-perdana-felda-kambing-panggang

Nasi Mandy Kambing, Nasi Kabsah, Nasi Briyani Arab, Baklava, Halwa, Mamdul, Luqmat Al Qadhi dan Basbudah adalah antara menu yang menjadi kepakaran Chef Ammar.

dewan-perdana-felda-nasi-mandy

dewan-perdana-felda-nasi-kabsah

dewan-perdana-felda-nasi-arab

Di sekeliling dewan ini pula, seperti tahun lepas juga susun aturnya, di sediakan pelbagai gerai yang menumpukan kepada masakan tradisional Melayu. Pelbagai menu tradisional melayu daripada Laksa, Mee dan Kuey Teow Goreng, Mee Ketam, Kambing Panggang, Nasi dengan bermacam lauk sehinggalah kepada air minuman pelbagai perasa ada disediakan di gerai-gerai ini.

dewan-perdana-felda-kari-daging

dewan-perdana-felda-daging-masak-lemak

Mee ketam
Mee ketam

dewan-perdana-felda-mee-hun-sup

dewan-perdana-felda-kuey-teow-goreng

dewan-perdana-felda-laksa-penang

dewan-perdana-felda-seafood

Gerai-gerai ini yang kebanyakannya beroperasi secara “live” turut menyediakan menu seperti BBQ, Aneka jenis Sup, Italian Corner, Aneka Bubur, Buah-buahan tempatan, Kuih muih tempatan dan banyak lagi masakan.

dewan-perdana-felda-roti-john

dewan-perdana-felda-onde-onde

dewan-perdana-felda-tepung-bungkus

dewan-perdana-felda-spaghetti

dewan-perdana-felda-dessert

dewan-perdana-felda-buahan

Kemudahan lain di Dewan Perdana Felda

Surau

surau yang agak luas
surau yang agak luas

Pengunjung tak perlu bimbang untuk lepak lama-lama di sini. Sebabnya kat sini ada disediakan surau yang agak besar. Siap ada imam khas lagi untuk berjemaah. Solat berjemaah akan dimulakan tepat pada pukul 8 malam.

Toilet

Anda tidak perlu pergi jauh. Toilet ada disediakan di bangunan Dewan Perdana Felda ini.

Info lain Dewan FDS

Facebook: Felda D’Saji (Official)
Instagram: felda d’saji (official)
Website: http://www.ramadhanbuffet.com/

Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi:

  • 03 – 2698 8302 (Billik Gerakan)
  • 017 – 288 6920 (Dewan Perdana felda)
  • 013 – 641 0969 / 017 – 669 4761 (Asmara Penchala)
  • 019 – 295 6232 / 013 – 329 5442 (Kajang Perdana Avenue)
  • 014 – 277 6323 / 017 – 226 8384 (Felda Villa)
  • 03 – 4021 0098 / 0051 (Restoren Terapung Titiwangsa)

Lokasi

lokasi-dewan-perdana-felda

Komen eXplorasa

Kepada sesiapa yang sedang mencari buffet Ramadhan dan tak tau nak ke mana, saya syorkan anda cuba buffet Ramadhan kelolaan Felda D’Saji yang diadakan Dewan Perdana Felda ni.

Harganya lebih rendah jika dibandingkan dengan buffet Ramadhan yang lain. Malah bermula daripada 10hb Jun 2016 harga buffet di Dewan Perdana Felda diturunkan lagi daripada RM96 kepada RM76.

dewan-perdana-felda-banner-buffet-ramadhan

Pilihan menu yang banyak termasuk menu Timur Tengah dan tradisional Melayu, tempat yang luas dan selesa berhawa dingin serta kemudahan lain menjadikan harga buffet Ramadhan ini berbaloi untuk dicuba.

Nasi Arab dan kambing panggang di sini memang terbaik. Tidak hairanlah pengunjung sentiasa beratur panjang di kedua-dua tempat ini.

Rating

Buffet Ramadhan Felda D’Saji Dewan Perdana Felda
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.2

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

Leave a Reply to ema Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ