Garage 51 by Coffee Societe Bandar Sunway
Saya terlepas review cafe ini semasa jelajah Cafe Hipster Ketchup dulu. Memang terkilan habis masa tu. Maklum la Cafe ini adalah antara cafe hipster yang paling best dan mendapat sambutan. Dah lama saya terpesona dengan gambar-gambar makanan dan minuman yang unik di sini yang dikongsi rakan-rakan Media Sosial dan blog.
Jadi, apabila eXplorasa mendapat jemputan untuk food review di sini, saya tidak fikir panjang dah. Terus saja setuju. Memang teruja nak cuba menu-menu di sini sambil ambil gambar menu-menu unik.
Maka di hari Sabtu yang sibuk baru-baru ini saya dan keluarga ke Cafe Hipster Garage 51. Bersama-sama eXplorasa adalah blogger pencarimakan.com dan anazarin. Walaupun kami sampai sedikit lewat daripada masa yang dijanjikan namun kami tetap disambut mesra oleh staff di sini.
Konsep Garage 51
Sesuai dengan nama cafe, konsep dan dan susun atur cafe ini memang unik. Bukan itu sahaja, nama menu-menunya juga unik sesuai dengan persembahan menunya. Ada 3 ruangan tempat makan, satu di bahagian luar yang sesuai untuk perokok, satu di bahagian dalam dan satu di bahagian atas.
Ruangan dalam dilengkapi dengan susunan perabut dan meja yang unik. Ada meja biasa dan ada meja yang lebih tinggi designnya. Untuk yang datang secara berkumpulan, meja dan kerusi yang lebih tinggi tu sesuai kerana mejanya yang panjang khas untuk pelanggan berkumpulan.
Menu-menu Garage 51
Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba, cafe ini memperkenalkan 3 menu baru. 2 menu makanan dan 1 menu minuman. Menu-menu ini dimasukkan elemen bulan puasa di dalamnya iaitu Serunding dan Ayam Percik untuk menu makanan. Manakala Sirap Bandung, Cendol, karipap dan kurma pula adalah elemen Ramadhan yang diterapkan di dalam menu minuman baru.
Nasi Goreng Serunding dan Kebab Percik – RM20
Nasi Goreng digoreng bersama serunding menjadikan rasanya begitu unik. Tambah teruja bila makan bersama kebab percik iaitu daging ayam yang dicucuk seperti sate dan dibakar bersama rempah percik. Ada rasa manis sedikit.
Spaghetti Serunding Ayam dengan Kebab Percik – RM20
Bagi yang meminati spaghetti, menu ini amat sesuai untuk anda. Rasanya lain dari rasa spaghetti yang pernah anda makan. Rasanya lebih “melayu” kerana dicampurkan dengan serunding di dalamnya. Tambahan pula ada Kebab Percik untuk dimakan bersama spaghetti serunding. Memang lain dari yang lain rasanya.
Bandung Cendol dengan Karipap RM 18.90
Ini menu baru untuk minuman sempena bulan Ramadhan. Sirap Bandung yang dicampur sekali dengan cendol dan krim. Ia didatangkan sekali dengan buah Kurma dan sebiji karipap yang terpacak kemas di birai gelas minuman ini.
Menu-menu lain
Penne Basil Spinach Pesto with Grilled Chicken – RM16
Penne Basil Spinach pesto yang didatangkan bersama hirisan besar ayam yang dibakar. Kepada yang menyukai spinach boleh cuba menu ini. Tapi yang nyata, menu ini bukan menu untuk saya.
Grill Salmon Spaghetti with Lemon Cream – RM24
Salmon…! saya memang peminat Salmon. Nampak saja Salmon saya terus mencuba menu ini. Bukan salmon sahaja yang sedap rupanya. Spaghettinya pun mantap. Saya jatuh cinta dengan menu ini.
Chicken Pamigiana with Mashed Potato & Salad – RM18
Persembahan dan pandangan sekali lalu, menu ini mirip Chicken Chop. Didatangkan bersama kentang lenyek dan salad. Sesuai untuk yang tidak ingin memakan nasi maupun spaghetti.
Grilled Chicken with Caponata, Fluffy Cream, Basil & Strawberry Soil, Hollandpesto – RM 22
Nama menu ini pun dah cukup unik. Panjang…! Rasanya? Rasanya boleh tahan. Paduan kepingan ayam yang dibakar dan dicampur sekali dengan Caponata, Krim Fluffy, Basil dan strawberry soil dan Hollandpesto.
ok habis bab makanan. Sekarang kita tengok minuman pula.
Minuman Garage 51
Nama minuman di cafe ini diambil sempena perhubungan kekeluargaan. Unik bukan?
THE FATHER – Chocolate with Peanut Butter – RM 18.90
Air cokelat yang dicampur krim. Di sekeliling gelasnya ditampal biskut cookies untuk menabahkan lagi keunikannya. Popcorn juga ditambah sekali dengan minuman ini.
THE COUSIN – Salted Caramel with BROWNIES – RM 18.90
Menu minuman ini telah siap ditambah pretzel di atasnya untuk mempelbagaikan rasanya.
THE NEPHEW – Cookies and Cream – RM 18.90
Minuman cokelat yang dipadankan dengan cookies dan krim.
THE SON – Nutella with Hints of Hazelnut Awesomeness – RM 18.90
Minuman berkrim ini didatangkan bersama mashmallow dan cornflakes.
Kesemua minuman ini disertakan satu picagari. Picagari ini membawakan mood yang pelbagai daripada orgag ramai. Ada yang gerun dan ada yang suka. Sebenarnya picagari tersebut di isi dengan susu. Kepada sesiapa yang nak tambah lebih manis dalam minumannya, bolehlah gunakan picagari tersebut.
Info lain Garage 51
Garage 51 by Coffee Societe at Bandar Sunway
Facebook : Garage 51
Alamat : 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
No Telefon : +60 3-5612 5618
Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad – 11:00 pagi – 11:00 malam
Lokasi
Anda boleh menggunakan Waze ataupun Google Maps dengan menaip kata kunci “Garage 51”.
Komen eXplorasa
Secara keseluruhan cafe ini memang patut anda kunjungi. Sungguh teruja melihatkan menu-menunya yang dihias unik. Pasti kamera ataupun smartphone anda tidak sabar untuk beraksi.
Segalanya ada kelainan. Daripada konsep sehinggalah menu makanan. Memang lain dari yang lain.
Jadi kepada anda yang inginkan kelainan dan keseronokan, bolehlah datang ke sini bersama keluarga ataupun sahabat handai.
Cafe ini mementingkan persembahan. Tengoklah paper beg untuk menu bawa pulang ni. Cantik…!
Jika anda singgah untuk berbuka puasa nanti jangan lupa order menu khas untuk Ramadhan tu. Sedap!
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Kesemua menu yang disediakan nampak unit… rasa berminat nak mencuba makan di sini..
anuar recently posted…Jejak Kasih di rumah emak saya di kampung, setelah lebih 10 tahun tak berjumpa.
Cubalah barulah tau berbaloi ke tidak
Hahahahaahaha
Pandai ‘cilok’ namun disebabkn sifu ku di bidang blogging.
Ku tunduk tanda hormat 😜😜😜😜
Pencari Makan recently posted…Garage 51 by Coffee Societe di Bandar Sunway
Eleh cilok nama menu jer kot
Memang port terbaik tuk lepak2 nie…
Huhuhu. Best kan
Rupa boleh tahan nak menangis.. terliur. Harga pun fuh.. kena tunggu dpt gaji baru leh g ni..
YB Shehan recently posted…KENAPA PERLU RISAU KALAU ANAK DEMAM?
sekali sekala ok la reward diri sendiri kat sini…
dah lama usha garage 51 ni, nak pergi tu rasa macam jauh pulak dari putrajaya hahahaa..
dkna abza recently posted…Berus Gigi Pelbagai Kegunaan
alaaa dkt jer… pi la hujung minggu
Macam mana nak guna picagari tu
tekan jer la.. cam picagari kat spital tu. hehe
Terbaik ni kena cuba jugak minggu depan nak g Sunway
Khairul Zamri recently posted…Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
oooowh kena cuba bro.. kalau perlukan company bgtau. aku temankan… heheheh
mmg unik makanan dan.minuman yg ada kat sini..yg paling saya tertanya2, kenapalah karipapnya di pacak di dalam bandung cendol..apa2pun, memang menarik..tq for sharing.
jida recently posted…Tip-Tips Menghadapi Ibadah Puasa Semasa Hamil
hahahah.. ramai yg tanya psl kariapp tu… jawapannya tiada pd sy.. hehehe. mungkin nak bagi nampak “rare” sikit
memang sedap..dah makan sini dah..
hehhe kaaann.. jom repeat lg nanti
Restoran nampak eksklusif.. harga xdela mahal sangat..
Afif Rayyan recently posted…Pelamin Dibuka Dan Dilambakkan Seperti Sampah, Namun Lihat Apa Pengusaha Ini Balas
yup.. ok la sesekali santai bersama family atau rakan2