3 Sebab Kenapa Anda Mesti Melawat Chocolate Museum Kota Damansara

Chocolate museum?
Muzium coklat?
Ada ke ke muzium macam tu?

Itu adalah antara soalan-soalan yang terpacul daripada mulut rakan-rakan saya bila saya bagitau yang saya mendapat jemputan ke muzium yang memaparkan pelbagai perkara tentang coklat itu.

Muzium Coklat
Chocolate Museum Kota Damansara

Chocolate Museum Kota Damansara

Ya. Pada hari Sabtu yang lalu saya dan beberapa orang blogger yang lain telah ke muzium coklat yang terletak tak jauh daripada pusat perniagaan Uptown Kota Damansara. Tujuan kami dijemput adalah untuk memberi pendedahan tentang keistimewaan muzium yang berkisar tentang coklat ini dengan harapan orang ramai diluar sana juga turut mengetahui tentang muzium ini melalui perkongsian kami di blog dan media sosial.

restoran di chocolate museum
The Museum Cafe

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya sampai di muzium ini yang juga merupakan muzium yang pertama seumpamanya bukan sahaja di Malaysia bahkan di Asia Tenggara. Saya pernah jejakkan kaki di sini 3 tahun lepas.

Perbezaan Chocolate Museum sekarang dengan yang dulu adalah sekarang ia lebih meriah. Bangunan serta fasilitinya lebih lengkap berbanding dulu. Sekarang ada satu cafe diwujudkan untuk pemgungjung melepak sambil membasahkan tekak.

Lokasi

Tidak susah untuk mencari lokasi muzium ini. Taip sahaja “chocolate museum” di kotak carian Waze ataupun Google Maps anda. Pasti anda akan dibawa betul-betul di hadapan bangunan muzium ini.

3 sebab kukuh kenapa anda mesti melawat Muzium Coklat Kota Damansara

chocolate-museum-kota-damansara-wall-deco

Muzium ini menerapkan konsep 3E kepada pengunjungnya. Konsep 3E (Education, Experience dan Enjoyable) inilah yang menjadi 3 sebab kenapa saya kata anda mesti datang melawat muzium ini:

1. Education (ilmiah)

Berbeza dengan kunjungan saya pada 3 tahun lepas, lawatan kali ini saya dan blogger lain diiringi sendiri oleh pengurus muzium ini sendiri iaitu En Hazwan. Daripada mula-mula masuk kami diterangkan tentang fakta menarik dan sejarah koko dan coklat sejak beribu-ribu tahun dahulu. Pengunjung bebas bertanya apa sahaja berkenaan koko ataupun coklat.

Penerangan En Hazwan benar mengubah psersepsi saya terhadap coklat
Penerangan En Hazwan benar mengubah psersepsi saya terhadap coklat
biji koko mempunyai kualiti berlainan di antara negara-negara pengeluar
biji koko mempunyai kualiti berlainan di antara negara-negara pengeluar

Pada sesi ini juga baru saya tahu rupanya memakan coklat ini bagus untuk kesihatan. Selama ni kita dimomokkan oleh orang tua-tua bahawa makan coklat banyak-banyak ni tak bagus. Ya memang betul tak bagus. Tapi tak bagus tu sebab kita malas gosok gigi. Hahaha..

Kaum Mayan menganggap koko sebagai matawang yang sangat berharga sehingga dapat menukarkannya dengan seorang hamba
Kaum Mayan menganggap koko sebagai matawang yang sangat berharga sehingga dapat menukarkannya dengan seorang hamba

Sungguh berilmiah. Bukan sedikit pengetahuan tentang revolusi koko dan coklat yang saya bawa pulang. Usaha ini amat bagus. Pelanggan yang datang ke sini bukan sekadar mendapat coklat idaman mereka bahkan ilmu dan pengetahuan tentang koko dan coklat juga mereka dapat. Saya secara personal sangat suka akan sesi ini.

2. Experience (pengalaman)

Pengunjung juga dari masa ke semasa boleh mengalami sendiri suasana bagaimana membuat coklat. Pelawat akan ditunjukkan demonstrasi cara membuat coklat di dalam bilik khas di situ. Bukan senang rupanya nak menukarkan coklat cair kepada coklat bar. Ia mesti melalui prosedur dan cara yang tersendiri. Suhu juga memainkan peranan utama dalam penyediaan coklat ini.

Di sini pengunjung boleh menawarkan diri untuk meyediakan coklat bar daripada coklat yang cair. Ini memang pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Selama ini kita hanya pandai makan sahaja coklat yang dibeli. Tapi kali ini kita belajar cara membuatnya. Malah coklat yang kita buat tadi boleh terus dimakan kat situ setelah ianya cukup beku. Sedap!!!

coklat cair sebelum dibekukan
coklat cair sebelum dibekukan
coklat yang sudah siap untuk dimakan
coklat yang sudah siap untuk dimakan

3. Enjoyable (keseronokan)

Setelah tahu sejarah dan info tentang coklat, kemudian belajar pulak cara buat coklat tibalah kepada sebab terakhir kenapa anda perlu datang ke muzium ini. Ya… waktu untuk shopping coklat!!!

anak-anak saya sempat bershopping di sini
anak-anak saya sempat bershopping di sini

Hahaha.. memang rambang matalah nak shopping coklat kat sini. Ada bermacam-macam jenis coklat. Ada yang murah, yag mahal, yang diimport dan keluaran tempatan. Pendek kata pilih sahaja. Lepas tu bayar.

Coklat di muzium ini mahal?

Ada yang mengatakan bahawa harga coklat di sini mahal. Ini adalah antara maklum balas yang saya terima apabila saya postkan gambar-gambar saya di muzium ini di media sosial. Saya lantas menggunakan peluang semasa sesi soal jawab untuk mengajukan tentang feedback ini.

Manurut pengurusnya, pelanggan kena adil dalam membandingkan harga di muzium ini dengan pasaraya di luar sana. Untuk produk coklat yang diimport memang harganya lebih mahal jika dibandingkan dengan produk coklat keluaran tempatan di luar sana. Tapi jika dibandingkan sesama ketegori, pasti pelanggan akan mendapati harga coklat di muzium ini lebih kompetitif.

Saya sedikit sebanyak setuju dengan jawpan ini. Sebab saya sendiri pernah bandingkan satu jenama coklat yang dimport di sini dengan jenama yang sama yang dijual di pasaraya di luar. Ternyata harga di muzium ini lebih murah.

Yuran masuk

Yuran masuk di sini adalah PERCUMA. DR Group, syarikat yang memiliki muzium ini tidak mengenakan sebarang caj kemasukan sebagai tanggungjawab sosial korporatnya.

DR Group Holding Sdn Bhd

Dr Group membuka muzium ini dengan tujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengunjung tentang apa yang perlu diketahui pasal coklat. Ramai yang tahu makan sahaja tetapi tidak tahu sejarah dan kepentingan koko dan coklat kepada orang terdahulu. Coklat pula ada manfaat terhadap kesihatan yang ramai tidak sedar.

Syarikat ini juga cuba mengetengahkan produk keluaran tempatan yang berkualiti yang mampu menyaingi produk keluaran negara luar.

chocolate-museum-kota-damansara-lembu-hershey

Syarikat ini juga banyak mendapatkan secara terus coklat daripada negara pengeluar. Lebih 30 jenama coklat antarabangsa berjaya dibawa masuk ke sini. Antaranya ialah Ferrero, Hershey’s, Lindt, Mars, Daim, Cadbury dan Nestle. Manakala jenama coklat keluaran tempatan yang dipasarkan di sini ialah seperti Fidani, Millton dan Danson.

salah satu produk coklat keluaran syarikat tempatan FIDANI
salah satu produk coklat keluaran syarikat tempatan FIDANI

 

coklat berbentuk tiram ini memang "rare"
coklat berbentuk tiram ini memang “rare”

 

chocolate-museum-kota-damansara-fidani-coklat-bulat

chocolate-museum-kota-damansara-fidani-coklat

Pelawat

Muzium ini sudah cukup sinomim kepada pelawat-pelawat berkumpulan sebenarnya. Saban hari ada sahaja pelawat berkumpulan daripada sekolah, kumpulan komuniti, pelajar pusat pengajian tinggi dan juga pihak kedutaan negara luar datang membuat kunjungan. Untuk lawatan berkumpulan sebegini, pelawat bolehlah mengisi borang yang disediakan khas buat pengungjung berkumpulan yang boleh dimuat turun daripada laman web chocolate museum.

Dengan mengisi borang ini, pihak muzium ini boleh memberi tumpuan yang lebih baik kepada para pelawat berkumpulan dengan menyediakan staf untuk mengiringi dan melayan serta menerangkan kesemua fakta dan sejarah berkenaan coklat kepada peawat.

Jualan Besar-besaran

chocolate-museum-kota-damansara-jualan-gudang

Oh ya. Info yang saya dapat sewaktu lawatan baru-baru ini ialah pihak muzium ini akan membuat jualan tahunan secara besar-besaran pada akhir bulan ini. Coklat-coklat premium idaman anda yang diimport boleh didapati dengan harga yang lebih murah daripada biasa.

produk Danson turut ditawarkan harga runtuh di jualan gudang nanti
produk Danson turut ditawarkan harga runtuh di jualan gudang nanti

Jika anda adalah peminat tegar coklat ataupun anda ingin membeli sebagai hadiah kepada seseorang, masa inilah yang paling sesuai untuk anda beli. Bermacam-macam pilihan coklat dengan harga yang sangat berpatutan berserta diskaun akan membuatkan anda berpuashati pada kunjungan anda nanti.

Info Lain

Alamat Muzium Coklat:

No.2, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara,
Selangor

Laman Web: www.chocolatemuseum.com.my
laman FB : Chocolate Museum.
Official Instagram account: @chocolate_museum_kd.

Anda juga boleh follow FIDANI, salah sebuah jenama pengeluar coklat tempatan yang mengeluarkan coklat buatan tangan (handmade) yang juga anak syarikat DR Group:

Facebook: Fidani Chocolatier

Instagram:
Fidani_Chocolatier
Fidani.chocolatier

Komen eXplorasa

Memang sangat berpuashati dapat datang ke sini. Ilmu dapat, pengalaman buat coklat dapat, shopping pun dapat. Seronok anak saya apabila dapat shopping coklat pilihan sendiri.

Kepada anda yang gemarkan coklat, bolehlah datang ke sini untuk membeli coklat pilihan anda. Sambil tu dapatlah sedikit sebanyak pengetahuan tentang coklat. Serius saya cakap, saya lebih menghargai koko dan coklat selepas datang ke sini dan tahu fakta serta sejarah koko dan coklat.

Haaa lebih bijak lagi jika anda dapat datang pada pada masa jualan gudang nanti. Memang berbaloi-baloi lah… Apa taknya, coklat yang mahal-mahal semuanya ada diskaun. Boleh lah nak borong nanti.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

  1. pak/bu

    saya punya biji coklat dengan harga super murah Rp 35,500/kg belum termasuk ongkos kirim
    apa bila ada yg berminat bisa hubungin saya. domisisi saya di surabaya – indonesia

    rgds
    yudi
    081-216066728 / email : yudhis_ceng@yahoo.com

Leave a Reply to lisa Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ