Mee Kolok Dapur Sarawak KL

gambar mee sarawak
Mee Kolok Special Restoren Dapur Sarawak

Mee Kolok

Tiba-tiba teringat nak makan Mee Kolok. Kalau nak cerita bab Mee Kolok ni mestilah tak lari daripada Restoran Dapur Sarawak. Ini adalah kerana mengikut penggemar menu masakan negeri Sarawak, di restoran inilah tersajinya Mee Kolok yang dikatakan paling sedap di KL.

Saya yang belum pernah sampai ke negeri Sarawak sebelum ini selalu mendengar rakan bercerita tentang rasa mee yang cukup popular di negeri Sarawak di restoran ini. Dengarnya bukan mudah untuk mencari Mee Rangkai yang sedap di KL ni. Tambah-tambah lagi Mee Rangkai yang halal statusnya.

Memandangkan tiada perancangan untuk ke Sarawak dalam masa terdekat, saya telah bersetuju tanpa berfikir panjang apabila dipelawa oleh food blogger Hazman Fadzil untuk ke restoran ini sedikit masa dahulu.

Kepada yang belum pernah mencuba menu ini ia adalah menu berasaskan mee yang berasal daripada negeri Sarawak. Mee Kolok (juga dieja mi kolo), adalah mee kering ataupun mee rangkai (Rangkai diambil daripada perkataan Iban yang bermaksud “kering”). Ia adalah sejenis mee yang cukup popular di negeri Sarawak.

Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyajikan atau menjual menu ini. Menu ini biasanya akan dihidangkan bersama kuah sup dan kicap yang diproses dengan cili hancur.

Rasa Yang Unik

Bagi yang baru pertama kali mencuba menu ini sudah tentu akan berpendapat ianya istimewa dan sedap kerana penggunaan yee mee yang dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu. Ia sememangnya menyelerakan. Kuah sup yang disediakan hendaklah dituang ke dalam mangkuk yang mengandungi Yee Mee dan bahan-bahan lain yang telah siap diadun.

Kebaikan kuah sup yang diasingkan ini ialah pelanggan boleh memilih untuk menikmati menu ini dengan kuah yang banyak ataupun sedikit mengikut citarasa masing-masing.

Oh ya, menu ini akan terasa lebih terangkat dan sedap jika dicampurkan dengan cili hancur yang turut disediakan sekali.

Restoran Dapur Sarawak

papan tanda rumah kedai
gambar ihsan daripada hazmanfadzil.com

Seperti yang saya katakan tadi, menu ini boleh didapati di Restoran Dapur Sarawak yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Hospital Tawakkal di Jalan Pahang.

Jika anda ke sini di waktu puncak, anda akan menghadapi sedikit masalah untuk mencari parkir kenderaan anda. Jadi eloklah anda merancang dan mencari waktu yang sesuai untuk bertandang yang menikmati rasa Mee Rangkai yang dikatakan best dan sedap di KL.

Komen eXplorasa

Memang saya akui, Restoran ini adalah tempat terbaik untuk anda merasai menu asli negeri Sarawak ini. Memang saya rekomen para pembaca yang ingin mencuba menu ini supaya datang ke sini dan rasai sendiri keunikan dan kesedapan rasanya.

Sengaja saya menaikkan sekali lagi entri tentang menu ini, kerana saya bercadang untuk menerjah restoran ini lagi pada tengahari ini. Selamat menjamu selera!

 10,200 total views,  8 views today

Related Stories

Discover

Kenapa Kita Yang Suka Travel Amat Perlu Jaga Kesihatan...

Jika kalian seorang yang suka travel, kalian jagalah kesihatan kalian. Jagalah makan...

Bisnes Yang Kalian Boleh Buat Untuk Penuhkan Tabung Travel...

Macam boring jer kan..? Dah tak boleh nak ke mana-mana..! Nak rentas...

Gulai Ikan Aya Terbaik, Kenapa Kalian Mesti Cuba

Gulai Ikan Aya (Tongkol). Ini bukan gulai yang biasa tu. Ini gulai...

DAENG CAR RENTAL & TOURS, 5 Sebab Kenapa Korang...

Sabah memang indah Bagi Abam Hoq, antara negeri di Malaysia...

Tips Untuk Travel Secara Percuma

Ramai yang suka travel, terutama travel ke luar negara. Yang berkesempatan travel...

24 Negara Sudah Dijejaki Sejak Tahun 2011

Kronologi travel Abam Hoq Alhamdulillah, sejak Abam Hoq mula-mula buat...

Popular Categories

Comments

  1. Say telah cuba makan kat dapur Sarawak ni. Rasanya memang sedap. Ada satu lagi port makan sarawak yang baru. Restoran Masakan Sarawak di 38, Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur (Dekat balai polis dang wangi) Ada menu sama tetapi extra menu yang mesti try ialah ayam pansoh. Manok pansoh memang sedap dan susah didapati kat mana mana. Mesti try manok pansoh dan tak menyesal. berbaloi baloi tambahan pula ada umai….yahooooo

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

%d bloggers like this: