Kelapa Laut Man Java Dan Khasiat-khasiatnya!

Gambar Kelapa Laut (foto: www,shuhaidakabdy.com)
Gambar Kelapa Laut (foto: www,shuhaidakabdy.com)

 

Kelapa laut…

Kalau ke pasar malam selalu juga saya beli air ni. Macam dah jadi trend pula sekarang. Kalau di pasar menjual air kat pasar malam, mesti air ni ada dijual sekali.

Rasa air ni memang best jika dibancuh dengan sempurna. Maksudnya cukup manis dan cukup rasa kelapa lautnya.

 

Kelapa Laut Man Java (KLMJ)

Salah satu peniaga yang menjadikan kelapa laut sebagai mata pencariannya ialah tuan punya Kelapa Laut di bawah jenama Man Java iaitu Abang Man. Abang Man ni ialah suami kepada sahabat blogger saya iaitu Puan Shuhaida Kabdy (www.Shuhaidakabdy.com)

Kelapa Laut dan Jus Kedondong Asam Boi Man Java
Kelapa Laut dan Jus Kedondong Asam Boi Man Java

Tauke air kelapa laut ini memang fokus kepada bisnes yang diusahakan sejak tahun 2002. Selain daripada memasarkan sendiri air kelapa laut di pasar-pasar malam dan stadium bolasepak sewaktu perlawanan utama berlangsung, beliau mengorak selangkah kehadapan berbanding dengan pesaing beliau dengan menerbitkan produk pati kelapa laut di bawah jenama Man Java.

Pati kelapa laut ini diproses sendiri oleh Abang Man dengan mengekstrak kelapa laut dan mengadunkannya dengan rempah dan resipi rahsia beliau sendiri untuk menjadikannya salah satu produk kelapa laut yang terbaik di pasaran.

Pati kelapa laut ini bukan sahaja dijual di pasaran setempat seperti KL dan Selangor, malah diedarkan juga kepada peniaga-peniaga dan pembekal yang berminat ke tempat lain. Setakat ini produk ini banyak diedarkan di Penang, Perak, Johor dan Kedah. Jika permintaan di negeri-negeri lain memberangsangkan mungkin produk ini turut diedarkan ke negeri yang berkenaan sedikit masa lagi.

 

Jus Kedondong Asam Boi

jus kedondong Man Java
jus kedondong Man Java

Di samping KLMJ Abang Man juga ada mengeluarkan jus Air Kedondong yang diadun bersama Asam Boi. Jus ini juga adalah produk laris keluaran Abang Man. Rasanya memang unik. Sesetengah orang tidak menggemari jus kedondong kerana rasanya yang sedikit pelik. Tetapi dengan adunan bersama Asam Boi, rasanya menjadi sedap dan unik.

 

Pembekal dan Ejen

Untuk menjadi ejen ataupun pembekal, mereka yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat ringkas yang abang Man tetapkan. Ini adalah untuk memelihara mutu air kelapa laut ini agar sentiasa menepati piawaian KLMJ. Untuk syarat-syarat dan info lanjut bolehlah hubungi Abang Man sendiri nanti.

 

Info penting

Pada yang berminat nak jadi ejen ataupun pengedar dan kawan-kawan atau sesiapa yang berminat nak merasa atau mencuba sendiri Pati KLMJ dan Jus Kedondong Asam Boi, boleh hubungi nombor di bawah:

  • 012 5854998 atau
  • 0125844736

Emel: manjava72@yahoo.com

Facebook: Suhaida Kabdy

foto: Ben Ashaari
foto: Ben Ashaari

 

Khasiat Kelapa Laut

Air kelapa laut ini terkenal dengan khasiat-khasiatnya yang tersendiri. Antaranya ialah:

  1. boleh menyejukkan badan
  2. boleh melegakan batuk
  3. boleh melawaskan kencing
  4. boleh mengubati orang yang banyak hingus
    Kepada anda ataupun ahli keluarga serta rakan-rakan yang ada masalah ini bolehlah amalkan meminum air kelapa laut ini. Ia bukanlah jaminan kesembuhan. Tetapi ianya adalah salah satu usaha kita. Setiap orang berlainan tindak balas tubuh badannya terhadap sesuatu penyakit.

 

Komen eXplorasa

bersama tokey kelapa laut man java, Abang MAn dan Puan Shuhaida
bersama tokey kelapa laut man java, Abang MAn dan Puan Shuhaida

 

Saya dah mencuba pati kelapa laut ini. Memang sedap! Patinya dibuat tawar. Bermakna pati ini adalah pati kelapa laut yang dicampur dengan rempah tertentu sahaja. Ia tidak dicampur gula. Jadi anda bebas memasukkan gula mengikut citarasa dan tahap kesihatan anda.

Begitu juga dengan jus air Kedondong yang diberi sentuhan Asam Boi. Memang Superb!! Best!!! Siapa yang dah cuba jus ini pasti akan terasa nak order lagi.

Ia juga sesuai untuk dibuat stok dan disipan di dalam peti ais rumah anda. Hidanglah kepada tetamu yang bertandang ke rumah anda. Mereka pasti teruja dengan rasanya.

Jika anda terpanggil untuk mencuba KLMJ dan jus kedondong Asam Boi, sila hubungi nombor telefon di atas.

 

p/s: terbayang suasana menikmati mee kolok yang sedap di sekitar KL sambil meminum KLMJ… mesti best kan!

 

promo kelapa laut man java

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ