Melaka negeri bersejarah
Melaka adalah salah satu negeri di Malaysia yang seringkali menjadi tumpuan pelancong dari dalam maupun dari luar negara. Sejarah silamnya yang gemilang menjadi pusat perdagangan utama di Asia Tenggara dan kisah kesultanannya yang unik menjadi tarikan pelancong untuk melihat sendiri kesan peninggalan sejarah tersebut.
Faktor lain yang menjadikannya tumpuan ramai ialah kedudukannya yang dekat dengan ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. Penduduk Lembah Kelang seringkali ke sini untuk menghabiskan cuti kerana jaraknya yang tidak jauh daripada Kuala Lumpur.
Masjid Selat Melaka
Banyak tempat yang boleh dikategorikan sebagai menarik di Melaka. Selain daripada restoran asam pedasnya yang asli, Coconut Shake di Pantai Klebang, Kota A Famosa, Muzium Negeri, Menara Taming Sari dan lain-lain lagi, ada satu lagi tempat yang sempat eXplorasa lawati yang juga unik sebagai tarikan pelancong iaitu Masjid Selat Melaka.
Masjid ini merupakan sebuah masjid terapung yang terletak di kawasan ย Pulau Melaka yang merupakan sebuah pulau buatan manusia berhampiran dengan Banda Hilir, Melaka. Dengan bantuan teknologi terkini (waze, GPS dan sebagainya) tidak susah untuk mencari masjid ini. Jika anda dari Banda Hilir, terus ke Jalan Melaka Raya 5 kemudian anda akan melalui jambatan ke Pulau Melaka tersebut. Pulau yang mempunyai keluasan yang kecil ini memudahkan anda untuk mencari masjid ini.
Peta lokasi
Google Map
Selain dari keindahan fizikal masjid ini, kami juga begitu teruja dengan keindahan alam dan pemandangan di sekitar terutamanya keindahan suasana matahari terbenam di sini. Teruja dengan keadaan ini, kami telah merancang untuk melawati masjid ini pada saat lewat petang sambil dapat menunaikan kewajipan solat magrib di sini.
Pada masa kami sampai, kelihatan juga pengunjung lain menikmati pemandangan yang indah sambil menghirup udara laut yang segar. Terdapat kemudahan tempat letak kereta yang cukup di sini. Ada juga kemudahan kedai runcit kecil yang dibina di kawasan masjid ini bagi kemudahan pengunjung.
Tempat wuduk juga dibina berasingan antara Jemaah lelaki (sebelah kanan) dan Jemaah wanita (sebelah kiri). Setelah selesai mengambil wuduk, kami menaiki masjid ini dan sambil menunggu azan maghrib berkumandang, kami layan dulu keindahan matahari terbenam dari atas masjid terapung ini.
Komen eXplorasa
Masjid ini (pada masa ini) lebih merupakan produk pelancongan berbanding tempat beribadat. Jemaah yang hadir kebanyakannya adalah merupakan orang luar yang datang melancong ke sini. Masjid ini juga ada menyediakan jubah bagi pelancong yang tidak menutup aurat masuk melawat.
Berbeza pula dengan Masjid Kampung Hulu yang mana lebih bersejarah dan mempunyai cerita tersendiri. Kisah Masjid Kampung Hulu akan kami terbitkan di masa akan datang.
8,889 total views, 7 views today
artikel ke-3 sumbangan Soljar Senja.. Tq bro! cc: Puaka Gondol
baru tau kewujudan masjid nie. pemandangannya cantik sungguh . lebih bagus lagi kalau turut diimarahkan. hehe
Oja Samid recently posted…Cara Mudah Atasi Mabuk Naik Kenderaan Semasa Dalam Perjalanan
tu la.. tp yg bertandang ke masjid ni kebanyakannya adalh pelancong..
Subhanallah cantiknya..tapi..ingatkan Terengganu ja ada masjid terapung. Kena singgah bila lalu Melaka lepas ni.
Mama Nadia recently posted…JANGAN pilih pakej percutian Krabi
haaaaa… cantik kan?
tenang. sangat tenang. kalau saya kat sini, macam macam ilham sampai ๐
Uncle Zuan recently posted…Yeoâs Sitkom Blog Kontes – Berbuka Puasa Dengan Yeo’s Yogurt
Kampung kat melaka,tapi tak pernah lagi jejak sini..raya nnt boleh pergi ๐
Shaima recently posted…Resipi รขยย Tortilla Tuna Wrap
hahahaha.. bisa la.. mmg mcm tu. tpt sebdiri mmg kita rasa biasa jer
Masjid yang cantik dengan senibina yang mengagumkan. Seperti yang penulis katakan, ia agak mendukacitakan jika masjid lebih berfungsi sebagai tarikan pelancongan. Bagi pembaca yang ingin bercuti ke Melaka, senarai tempat menarik dan penerangan boleh di baca di pautan dibawah.
Percutian Bajet recently posted…Senarai hotel di Melaka yang mendapat sijil halal
memang cantik pemandangan semasa matahari terbenam..
Noriza Rahman recently posted…Nutrien Penting Untuk Kulit Cantik Berseri
kejadian Allah yang maha besar