Restoran Azul Authentic Nasi Kukus – Tak Pekena Sasau, Kena Mengigau

Nasi Kukus

Nasi Kukus, menu makanan yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Gabungan rasanya yang sedap, mudah disediakan dan sesuai dimakan pada bila-bila masa mungkin menjadi antara sebab wujudnya banyak tempat-tempat menjual nasi kukus di Lembah Kelang ini.

Namun kebanyakan yang menjual nasi kukus ini hanyalah gerai biasa. Jarang kita jumpa restoran yang menjadikan nasi kukus ini sebagai signature menunya.

restoran nasi kukus paling best
Restoran Azul Authentic Nasi Kukus

Restoran Azul Authentic Nasi Kukus (RAANK)

“Tak pekena sasau kena mengigau…”

Menggunakan tagline yang catchy, restoran ini memang berbeza dengan restoran lain. RAANK dibuka kepada umum dengan menjadikan Nasi Kukus sebagai signature menunya.

eXplorasa telah mendapat jemputan ke sesi food review RAANK melalui Kelab Blogger Ben Ashaari di masa cuti panjang baru-baru ini.

Susun atur restoran

Susun atur dalaman RAANK agak ringkas. Menggunakan konsep minimalis dan ringkas menjadikan restoran ini lebih mesra pelanggan.

Di dindingnya terhias foto-foto berbingkai untuk menambahkan seri restoran ini.  Di satu dinding bertentangan, terpampang 9 keping sijil milik Puan Adda dan suami (pemilik RAANK). Dari situ baru tahu yang Puan Adda dan suami juga merupakan anak didik  chef terkenal iaitu Chef Amer.

contoh hiasan dinding kedai
hiasan dinding Restoran Azul Authentic Nasi Kukus

Di sudut yang lain pula disediakan almari pameran dan juga meja khas untuk mempamerkaan kek, cookies dan dessert untuk tempahan pelanggan. Puan Adda dan rakan kongsi adalah juga merupakan pastry Chef.

gambar cupcake
Sudut Kek, Cookies dan dessert

Tempat menyediakan air minuman boleh dilihat terus daripada meja makan. Manakala Nasi Kukus pula, pelanggan dikehendaki beratur dan memesan sendiri menu yang dikehendaki di kaunter penyediaan makanan.

nasi kukus best
Beratur untuk ambil nasi kukus

 

Menu-Menu RAANK

Signature Menu

Dengan konsep menu makanan yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang Kelantan, restoran ini menyediakan menu-menu berikut:

Nasi Kukus Ayam Berempah

nasi kukus ayam berempah paling best di selayang
nasi kukus ayam berempah

Ayam yang digoreng garing dengan perapan rempah memang menjadi pilihan bagi penggemar ayam.

 

Nasi Kukus Daging Kerutuk

nasi kukus daging kerutuk
Nasi Kukus Daging Kerutuk Restoran Azul Authentic Nasi Kukus

Rempah daging kerutuk dibawa khas daripada Kelantan. Ia kemudiannya diubah sedikit untuk menjadikannya lebih lazat sesuai dengan citarasa orang Lembah Kelang. Secukup rasa, tidak terlalu manis dan tidak terlalu pedas.

Jika dibandingkan dengan ayam berempah, selera saya memilih menu ini.

Kedua-dua menu ini disertakan sekali dengan kuah yang pekat dan sedap. Inilah satu lagi faktor yang menjadikan nasi kukus di sini antara yang terbaik pernah saya makan.

 

Menu-menu lain RAANK

Di samping dua killer menu di atas, restoran ini juga ada menyediakan menu-manu lain untuk mevariasikan menu-menu di RAANK. Antara menu-menu lain yang juga lazat ialah:

Nasi kukus ikan keli berempah

nasi lauk ikan keli
Nasi Kukus Keli Berempah Restoran Azul Authentic Nasi Kukus

Bagi peminat menu Ikan Keli, anda boleh memesan menu ini. Ia pasti memuaskan hati anda.

Mee kari

gambar mee kari
Mee Kari kat sini pun sedap!

Bagi pelanggan yang tidak mahu menjamah nasi, bolehlah memesan menu ini. Mee Kari RAANK kaya dengan bahan-bahan sampingan seperti Kerang, Bebola Ikan dan lain-lain. Yang paling unik ialah ia dididatangkan sekali dengan Telur Goyang, telur rebus yang nampak biasa pada luarannya, tetapi jika dicucuk untuk dimakan, telur kuningnya masih cair meleleh.

Rojak buah

rojak buah paling best
Rojak Buah
harga tanpa GST
harga tanpa GST

 

Minuman

gambar rootbeer float
Minuman best di Restoran Azul Authentic Nasi Kukus

Di samping minuman biasa seperti Teh O Ais, Teh Ais, Milo Ais dan sebagainya, RAANK turut menyediakan minuman yang lebih istimewa iaitu:

Coconut shake

gambar coconut shake
Coconut Shake ni memang best!!!

Sungguh lazat dan meyegarkan. Disediakan terus daripada buah kelapa yang ditebuk untuk diambil airnya sebelum dicampurkan dengan aiskrim. Anda boleh lihat sendiri pekerja menyediakan mimuman ini kerana konsep restoran ini yang bersambung terus dengan bahagian penyediaan air minuman

Rootbeer Float

gambar rootbeer float
Rootbeer Float Restoran Azul Authentic Nasi Kukus

Satu lagi minuman yang amat sesuai diminum bersama Menu Nasi Kukus.

 

Waktu Operasi

Isnin – Sabtu (Ahad tutup)
10pagi – 6 petang

Info lain RAANK

Anda boleh follow atau Like page berikut untuk mengetahui perkembangan terkini daripada restoran ini:

FB: Azul Authentic Nasi Kukus

Untuk sebarang info tentang kek dan dessert pula, anda boleh lihat di
FB : nin9landers
FB : everyone can tart

Khidmat penghantaran ke rumah dan pejabat juga ada disediakan. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

  • 019 633 9005
  • 018 369 8456

 

Lokasi

Alamat:

Azul Authentic Nasi Kukus

No.47 Jalan PS8 Prima Selayang KM15 Jalan Rawang 68100 Batu Caves, Selangor.
Berhampiran dengan Fakulti Perubatan UITM Selayang dan bersebelahan dengan Dewan Ideal Convention Centre.

 

Peta Lokasi:

 

Komen eXplorasa

Nasi Kukus memang antara makanan yang menjadi kesukaan saya. Kena pula kuahnya yang pekat dan lazat berserta dengan lauk utamanya seperti ayam dan daging yang sedap, memang saya akan anggap menu tersebut sebagai menu yang sedap.

Restoran RAANK ini menepati ciri-ciri yang saya sebut diatas. Bukan sahaja Nasi Kukusnya yang sedap, menu-menu lain pun kena dengan selera saya. Tambahan pula Puan Adda memberitahu bahawa semua menu yang disediakan di restoran ini menggunakan santan yang rendah kolestrol.

Jadi tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa restoran ini adalah antara restoran nasi kukus paling best dan sedap di Selayang dan Batu Caves.

Setakat ini RAANK tidak mengenakan caj GST untuk sebarang menu makanan dan minuman di restoran ini.

Jadi kepada yang mencari restoran yang menyediakan masakan nasi kukus, anda bolehlah ke restoran ini. InsyaAllah anda akan berpuas hati dengan menu yang disediakan di sini. Yang pasti harganya amat berbaloi tanpa dikenakan caj GST.

Oh ya. Restoran ini yang sedang membina namanya yang tersendiri sedang mencari pekerja sepenuh dan separuh masa. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi nombor telefon di atas untuk perbincangan lanjut.

 

Rating

Restoran Azul Authentic Nasi Kukus
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.0 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

  1. Baca view pun dah rasa mengagau….hehehe
    Mujur tak buat mengidam jer, kalau tak parah, harus pergi jugak cari…
    Tapi memang nampak sedap….coconut shake tu,nampak sangat nyamannnn 🙂

Leave a Reply to Helmi Aliarit Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ