Lupakan Diet Anda Bila Makan di Restoran Dapur Koi

12
2623
restoran-ikan-patin-sedap
Restoran Dapur Koi Kajang

Restoran Ikan Patin paling best dan sedap

Jika berbicara tentang menu masakan berasaskan Ikan Patin, pasti menu seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Pais Ikan Patin, dan lain lain akan pantas terbayang di mata. Dan pastinya Daerah Temerloh di Pahang yang terkenal dengan masakan Ikan Patinnya akan bermain di fikiran.

Restoran Ikan Patin yang mendapat sambutan kerana rasanya yang sedap seperti Restoran Pak Usop yang terletak di pesisir Sungai Pahang di Bandar Temerloh pasti akan menjadi pilihan ramai termasuk saya. Ramai yang sanggup ke Temerloh daripada KL semata-mata untuk menikmati masakan Ikan Patin Masak Tempoyak di sana. Kos sudah tidak menjadi perkara utama bagi penggemar masakan ini.

Namun kini penggemar masakan Ikan Patin yang berada di selangor ataupun di sekitar kajang khususnya, mereka tidak perlu lagi pergi jauh untuk menikmati keenakan menu masakan ini. Mereka boleh terus ke Restoran Dapur Koi yang terletak di Taman Putra Kajang untuk mendapatkan rasa asli masakan Ikan Patin dari Pahang.

Restoran Dapur Koi Kajang (RDK)

Restoran ini saya kategorikan sebagai salah sebuah restoran yang menyediakan menu masakan berasaskan Ikan Patin yang paling best dan sedap di kajang selangor.

menu dapur Koi
menu dapur Koi

Memang betul. Sungguh berbaloi eXplorasa datang jauh dari Shah Alam pada malam itu untuk memenuhi jemputan sesi review makanan restoran ini yang dibuat melalui blogger makanan yang tidak asing lagi iaitu Hazman Fadzil.

Restoran ini yang baru 2 minggu di buka kepada umum mengambil lot corner bangunan untuk beroperasi. Ini membuatkankan restoran ini nampak lebih kemas dan luas.

 

Menu di RDK

Antara menu-menu yang wajib anda cuba apabila bertandang ke sini adalah:

Asam Tempoyak Ikan Patin (sangkar/buah)

Menu yang menjadi kesukaan ramai termasuk saya. Kuahnya yang dimasak bersama isi durian secukup rasa dan tidak terlalu pekat. Saya kurang suka kuah yang terlalu pekat. Kuah yang tidak terlalu pekat boleh dihirup menjadikan suasana makan lebih teruja.

gambar-patin-buat
Ikan Patin Asam Tempoyak yang enak

Ada dua jenis Ikan Patin yang digunakan untuk masakan ini iaitu Ikan Patin Sangkar dan Ikan Patin Buah. Ikan Patin Sangkar adakah Ikan Patin yang di bela di dalam sangkar di sungai. Habitatnya sama cuma ia tidak bebas untuk mencari makanan sendiri kerana di kelilingi oleh sangkar. Isi Ikan Patin Sangkar sedikit lembut jika dibandingkan dengan Ikan Patin Buah.

Berbeza dengan Ikan Patin Sangkar, Ikan Patin Buah ini hidupnya semulajadi. Ia hidup meliar di Sungai negeri Pahang dan mencari makanan secara asli. Isi Ikan Patin Buah ini lebih keras dan enak. Oleh kerana rasa yang lebih enak dan cara untuk mendapatkannya lebih sukar, harga Ikan Patin Buah biasanya lebih mahal berbanding dengan Pating Sangkar.

Masak Lemak Cili Api Ikan Baung

Ikan Baung juga ikan yang popular di negeri Pahang. Isi dan rasanya seakan-akan Ikan Patin juga.  Namun penggemar Ikan Patin pasti dapat membezakan rasanya.

gambar-ikan-baung
Ikan Baung Masak Lemak Cili Api

Menu ini juga sedap. Saya nasihatkan pilihlah satu sahaja, samada Asam Tempoyak Ikan Patin ataupun Masak Lemak Cili Api Ikan Baung ini sebagai lauk utama. Ini adalah kerana jika anda mencuba kedua-dua lauk ini di dalam satu hidangan, ia akan mengganggu rasa satu sama lain. Maksud saya anda tidak dapat menikmati rasa salah satu menu tersebut dengan sebenar-benarnya.

Sup Kampung ( Daging )

Sup ini nampak seperti sup daging biasa yang terdapat di restoran-restoran masakan panas. Namun sebenarnya tidak. Resipinya adalah resipi asli negeri Pahang. Sup yang agak ringkas tetapi sedap.

sup-sedap
Sup Kampung

Opor Daging

Opor Daging memang terkenal di daerah-daerah di negeri Pahang. Ia adalah lauk tradisi di sana. Daging Opor seakan-akan Daging Rendang. Tetapi rasanya berbeza. Jika kena dengan kombinasi lauk lain yang diambil bersama, saya percaya sepinggan nasi tidak mencukupi bagi anda.

Opor Daging
Opor Daging

Gulai Kawah

Gulai kawah ala kampung juga dimasak di sini untuk mempelbagaikan lauk pauk di restoran ini.

gambar-gulai
Gulai Kawah

Ayam Kampung Goreng

Bukan sekadar ayam biasa yang digoreng tetapi ayam kampung. Ayam kampung yang mempunyai isi yang sedikit pejal dan tidak banyak lemak memang enak jika digoreng garing dan dimakan sewaktu masih panas.

Pais Ikan Patin

Pais Ikan Patin ialah menu yang Ikan Patin yang dibakar dengan mencampurkannya dengan rempah khas. Rempah ini ada rempah biasa dan ada dicampur dengan tempoyak. Ia biasanya dibungkus di dalam daun pisang untuk memberikn rasa asli. Menu ini mampu menjadi lauk sampingan yang baik kepada lauk utama yang berkuah.
Buah Umbut Kelapa Masak Lemak.

ikan-patin-bakar
Pais Ikan Patin yang punya rasa tersendiri

Sukar untuk mendapatkan menu ini sekarang. Tidak banyak restoran di KL yang menyediakan menu ini. Mungkin kesukran mendpatkan umbut kelapa ataupun resipinya tidak diketahui oleh ramai orang.

 

sambal RDK

Negeri Pahang juga terkenal dengan beraneka jenis sambal yang dimakan bersama lauk-pauk utama. Antara sambal yang turut disediakan oleh restoran ini ialah:

Sambal Hitam Pahang

gambar-sambal sedap
Sambal Hitam

Sambal ini memang menjadi kesukaan saya. Bahannya adalah campuran ikan bilis dan Belimbing Besi yang ditumbuk lumat. Sambal ini boleh menjadi pembuka selera anda.

Sambal Lemak Tempoyak Pucuk Ubi dan Petai

Sambal Belimbing
Sambal Belimbing

Pucuk Ubi dimasak sekali bersama tempoyak dan petai. Sangat sesuai dimakan bersama lauk-pauk utama.

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

Sambal tempoyan dan petai
Sambal tempoyan dan petai

Satu sambal tradisional yang ada disediakan di sini. Ini juga menambahkan lagi rasa masakan tradisi negeri Pahang.

 

Dessert / Pembasuh Mulut

Puding Raja

Dessert yang sangat popular di negeri Pahang terutama di daerah Pekan dan kawasan sekitar. Ia adalah Jala Emas yang dicampur dengan bahan-bahan lain. Buka senang nak mencari Puding Raja terutama bagi yang tinggal di KL.

makan tradisi orang paham
Puding Raja
Puding Raja
Puding Raja

Apa yang istimewanya, Puding Raja di sini tidak terlalu manis jika dibandingkan dengan tempat-tempat yang lain. Saya memang suka dessert ini.

 

Komen eXplorasa

Bagi penggemar masakan Ikan Patin, restoran ini adalah tempat yang wajib anda ziarahi. Resipi asli negeri Pahangnya menjadikan restoran ini salah sebuah restoran masakan Ikan Pating yang boleh dikatakan paling best dan sedap di Kajang. Malah di sekitar Selangor dan Lembah Kelang juga. Saya tak jumpa lagi restoran masakan Ikan Patin di sekitar Selangor sesedap restoran ini setakat ini.

Saya syorkan sesiapa yang ingin mencuba masakan berasaskan Ikan Patin supaya segera ke sini dan mencuba sendiri. Teringat masakannya sahaja sudah pun membuatkan kecur air liur saya. Apatah lagi dapat makan sendiri di restoran ini.

Info lain

Alamat :

Restoran Dapur Koi,
2-G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang,
Kajang.

Nombor untuk dihubungi :
012-2045278
017-9530799

Waktu operasi : 11pagi – 11malam ( Hari Isninj Tutup)

Landmark – Sebaris dengan Laman Gril / depan Kemangi Cafe

Jom LIKE FACEBOOK RESTORAN DAPUR KOI

Jom follow INSTAGRAM RESTORAN DAPUR KOI

 

kemudahan lain

Tandas dan surau

Surau untuk muslim tunaikan kewajipan
Surau untuk muslim tunaikan kewajipan

Di samping tandas yang bersih ada juga disediakan surau atau bilik solat yang kecil untuk kemudahan pelanggan yag ingin menunaikan kewajipan mereka. Jadi pelanggan tidak perlu risau ketinggalan waktu solat dan boleh melepak lama-lama untuk menikmati menu yang lazat di di situ.

Peta lokasi

<center><iframe src=”https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m18!1m12!1m3!1d3984.43184883078!2d101.77367199999999!3d2.9775710000000064!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31cdcbbe3ffc56ef%3A0x2e1a78d9f20b0d50!2sDapur+Koi!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1432779488042″ width=”600″ height=”450″ frameborder=”0″ style=”border:0″></iframe></center>

 

Rating

 Restoran Dapur Koi Kajang
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.2 (daripada 5)

 

Loading

12 COMMENTS

    • owh memang ada sikit kerugian tak pergi tu bro. restoran ini restoran ikan patin terbaik di area lembah kelang yang aku pernah cuba setakat ni

Leave a Reply to Khairul Zamri Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge