Kedai Kopi Din Tokyo Restoran Wajib Singgah Jika Ke Kota Bharu

gambar-orang buat-ten-tarik
Kedai Kopi Din Tokyo yang tidak sunyi dari pelanggan

Salah satu restoran paling best, sedap dan unik di Kota Bharu

Jika anda melawat ke satu-satu tempat anda pasti akan tercari-cari tempat makan yang paling best dan sedap di tempat itu. Ya lah.. Dah datang dari jauh pastilah kita inginkan kedai makan atau restoran untuk kita makan. Dan restoran tersebut kalau boleh biarlah yang paling best, sedap, terkenal atau unik di tempat tersebut. Jika tidak merebut peluang ini, entah bila pula kita akan berpeluang sampai di situ lagi.

Jika anda ke Kota Bharu Kelantan, ada satu restoran yang anda mesti cuba. Restoran yang saya maksudkan ialah Kedai Kopi Din Tokyo (KKDT). Saya berpeluang singgah di sini sewaktu mengikuti lawatan bersama Destination Malaysia ke Kota Bharu di bawah tajaan Hotel Perdana.

Jika anda nak senang, anda terus saja menginap di Hotel Perdana Kota Bharu. Ini adalah kerana KKDT ini termasuk di dalam senarai tempat menarik yang dilawati di bawah program Perdana Trail anjuran Hotel Perdana. Tetamu Hotel Perdana akan dapat mengikuti program ini secara percuma apabila mereka mendaftar masuk ke hotel ini.

Apa yang menarik di KKDT

Nampak dari luar kedai kopi ini seperti restoran biasa sahaja. Saiz premisnya pun tidaklah besar. Apa yang menjadi sedikit kelainan adalah kemeriahan di restoran ini. Setiap masa ada sahaja pelanggan yang bersilih ganti masuk dan keluar dari restoran ini.

gambar-pelanggan-kedai
suasana di restoran ini yang tk pernah lekang dari pelanggan

Apabila saya pertama kali menjejakkan kaki di restoran ini, saya sudah pun menyedari keistimewaan yang terdapat di sini. Susun atur meja makan di restoran ini agak unik. Tidak seperti restoran lain, meja makannya dibuat seperti bar yang melengkung separa bulatan bujur. Di hujung tengah bulatan bujur inilah Pak Din, tuan punya restoran ini beraksi menyediakan menu pesanan pelanggan setianya.

Di kawasan luar ataupun di muka pintu masuk diletakkan juga 4 – 5 buah meja makan. Ia sebagai pilihan untuk pelanggan yang tidak mahu duduk di meja melengkung di dalam restoran ini.

Pak Din

Yang lebih menariknya lagi ialah Pak Din amat mesra dengan pelanggannya. Pelanggan baru seperti kami para peserta Perdana Trail memang terasa seperi sudah lama mengenali Pak Din.

cara-buat-teh-tarik
Pak Din sedang menyediakan Teh Tarik Dangdut

Celotehnya tanpa henti sambil beraksi menunjukkan demo menyediakan menu pesanan pelanggan kadangkala mencuit hati. Memang Pak Din amat mesra dan suka bercerita. Senang untuk dapatkan maklumat daripada orang macam Pak Din. Kita tanya satu soalan sepuluh dia akan jawab.

Daripada celoteh beliaulah saya dapat maklumat bahawa restoran KKDT ini hanya dibuka 11 bulan dalam setahun. Sepanjang bulan puasa KKDT akan ditutup kepada pelanggan. Ini adalah kerana Pak Din dan isteri akan berpuasa dan menyambut hari raya di Mekah.

Sungguh murah rezeki Pak Din. Insan terpilih ini diizinkan oleh Allah saban tahun untuk menunaikan ibadah puasa sambil menunaikan ibadah umrah di sana.

Apabila ditanya asal usul nama restoran ini yang cukup unik, Pak Din memberitahu bahawa kedai kopi diwarisi turun temurun sejak daripada datuknya. Nama Din Tokyo terhasil daripada gabungan nama datuknya yang juga mesra dipanggil Din dan nama sebuah hotel yang dibina berdekatan dengan restoran ini pada masa dulu.

Menu KKDT

Telur Taliban

Mendengar namanya sahaja sudah cukup membuatkan kita tertanya-tanya. Taliban biasanya merujuk kepada kumpulan yang terlibat dalam peperangan di Afghanistan. Apabila sampai di sana dan mendengar cerita Pak Din barulah tau yang Telur Taliban ini adalah telur suku masak.

telur taliban kedai kopi din tokyo
Telur suku masak ataupun dipanggil Telur Taliban di restoran ini (kredit: www.budakpacak.com)
Telur-separuh-masak
Telur Taliban

2 biji telur ayam suku masak di sediakan di dalam piring ataupun mangkuk kecil. Cara makannya ialah dengan cara mencampurkannya dengan lada hitam dan kicap. Memang sedap rasanya. Khasiatnya juga tinggi.

Telur Ping Pong

Menu ini sebenarnya adalah telur separuh masak. Pengunjung yang tidak menggemari telur suku masak bolehlah memilih Telur Ping Pong yang lebih masak untuk dinikmati.

Cara makannya juga sama dengan Teur Taliban iaitu dengan mencampurkannya dengan lada hitam dan kicap masin.

Teh Halia Telur Puyuh

Menu ini anda tidak akan dapat jumpa di restoran lain. Ia adalah menu signature restoran ini. Teh Halia dibancuh di dalam air masak yang cukup panas. Kemudian 2 biji telur Puyuh dipecahkan dan dimasukkan ke dalam Teh Halia. Telur Puyuh ini akan menjadi masak dan berketul halus panjang.

teh-halia-telur-puyuh
Teh Halia Telur Puyuh yang lazat dan berkhasiat

Kombinasi rasa telur Puyuh dan Teh Halia ini memang sedap. Saya terus jatuh hati dengan menu ini walaupun baru pertama kali mencuba.

Tidak dilupakan khasiatnya. Teh Halia Telur puyuh ini mampu membuang angin di dalam badan sambil memberi tenaga tambahan kepada peminum. Ia juga baik untuk memanaskan badan.

Teh Tarik Dangdut

Teh Tarik ini ditarik tinggi-tinggi oleh Pak Din. Ia sama sama dengan teh tarik yang kita biasa minum cuma nama diberi agak unik menambahkan lagi keunikan restoran ini.

gambar-terh-tarik-kelantan
Teh Tarik Dangdut (kredit: budak pacak)

Menu tradisi kelantan yang lain

Nasib Dagang, Nasi Berlauk, Nasi Lemak, Nasi Kerabu, dan Nasi Tumpang juga ada dan sudah siap dibungkus. Menu-menu ini ada yang dihantar oleh peniaga perseorangan di mana KKDT menjual dengan mengambil sedikit keuntungan yang telah dipersetujui olehnya dan pengedar.

Komen explorasa

Jika anda ke bandar Kota Bharu, singgahlah di restoran ini. Kelainan suasana dan menu yang ditawarkan akan menggamit anda untuk datang lagi di lain masa. Malah saya berani katakan rugi jika sudah berada di Kota Bharu tetapi tidak bertandang ke sini.

Kebersihan pun memang tip top. Makanan disediakan di depan pelanggan (jika memilih untuk duduk di meja melengkung di dalam kedai). Jadi kita tidak akan meragui faktor kebersihan sewaktu menu disediakan kerana kita melihat sendiri ianya disediakan di depan kita.

cara-masak-telur
pelanggan boleh melihat sendiri cara Pak Din menyediakan makanan di restoran ini

Menu-menu yang terdapat sedap dan berkhasiat. Semuanya adalah makanan tradisi negeri Kelantan.

Rating

Kedai Kopi Din Tokyo
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.5

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

    • mesti terjah kedao kopi pak din ni. ambik tempat duduk kat dalam. blh tgk secara live pak din sediakan menu. pastu blh borak2 ngan pak din. best!!!

Leave a Reply to James Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ