Restoran Dim Sum Halal Tung Yuen Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Restoran Dim Sum halal Tung Yuen, Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Dim Sum.. satu lagi masakan kaum cina yang digemari oleh hampir semua kaum di Malaysia. Malah pelancong yang datang ke sini juga pasti suka dengan makanan ini.

Cuma untuk orang Islam, untuk menikmati makanan ini mereka tidak hanya perlu mencari restoran Dim Sum yang paling best dan sedap tetapi perlu juga dilihat kepada restorannya. Ini adalah untuk menghindari daripada bahan-bahan yang diharamkan Islam.

Mencari restoran yang menyediakan makanan ini dengan menepati syarak tidak sesenang mencari restoran yang menyediakan masakan melayu seperti ayam masak kicap, ayam masak merah, makanan laut dan sebagainya.

Namun Restoran Tung Yuen yang terletak di tingkat satu Hotel Grand BlueWave Shah Alam ada menyediakan Dim Sum yang memang dijamin halal. Ini adalah kerana hotel ini memang dikenali dengan hotel syariah, di mana mereka amat mementingkan halal sebagai ciri utama restoran dan hotel mereka.

Menurut pegawai disitu, pemeriksaan memang kerap dilakukan untuk memastikan perkara ini diimplementasikan dengan betul mengikut lunas syarak.

 

Promosi Dim Sum “All You Can Eat” 2015

eXplorasa dijemput untuk kesekian kalinya untuk merasa sendiri makanan ini. Memang banyak menu makanan ini rupanya. Ada bermacam – macam rasa. Selain daripada aneka jenis makanan ini, ada juga satu menu yang jarang saya jumpa.

restoran-dim-sum-paling-best
promosi dim sum “eat all you can” di restoran tung yuen hotel grand bluewave shah alam

Menu yang saya maksudkan adalah menu Nasi Pulut Stim yang di bungkus di dalam daun teratai. Saya pernah mencuba menu ini sekali sebelum ini iaitu di food courtt ikea. Cuma yang ini lagi sedap rasanya.

Oh ya, kepada peminat makanan ini, anda boleh segera datang ke Restoran Tung Yuen ini untuk menikmati promosi yang sedang berjalan. Di dalam waktu promosi ini pelanggan boleh memakan seberapa banyak makanan ini dengan satu harga yang perlu di bayar.

Harga:

RM48.00+ untuk seorang.

Waktu:

11.30 pagi – 2.30 petang – Sesi Makan Tengahari
6.00 petang – 10.30 malam – Sesi Makan Malam
*waktu promosi adalah pada setiap hari, 7 hari seminggu

Namun untuk mengelakkan pembaziran, sebarang lebihan makanan ini yang dipesan tetapi tidak dihabiskan akan dikenakan caj tambahan mengikut timbangan (gram).

 

Menu-Menu Dim Sum

Restoran ini menyediakan 21 pilihan makanan ini termasuk dessert. Antara yang disediakan adalah:

  1. Crystal Dumpling
  2. Golden Ocean Dumpling
  3. Pheonix Eye Dumpling
  4. Ocean Garlic Scallop
  5. Carrot Chicken Dumpling
  6. Black Mushroom Dumpling
  7. Salted Egg Dumpling
  8. Chicken Dumpling
  9. Fresh Prawn Crystal Dumpling
  10. Green-Crab Meat Roll Dumpling
  11. Steam Rice in Lotus Leaf
  12. BBQ Chicken Bun

Green-Crab Meat Roll Dumpling
Green-Crab Meat Roll Dumpling

 

Nasi Pulut Stim Dalam Daun Teratai
Nasi Pulut Stim Dalam Daun Teratai

 

Untuk yang lebih menyukai masakan dim sum bergoreng, mereka boleh memilih menu dim sum berikut:

  1. Crispy Golden Pear Dumpling
  2. Yam Ball
  3. Vietnamese Spring Roll
  4. Crispy Fancy Ball
  5. Pan Fried Shanghai Gua Thai
  6. Fried Mee Hoon with Seafood and Salted Fish
  7. Fried Rice Yang Chow Style

watermarked-mee-hoon-goreng
Mee Hoon Goreng dengan makanan laut dan ikan masin

 

 

dim sum keladi
Yam Ball

gambar--nasi-goreng-best
Nasi Goreng Yang Chow Style

Crispy Fancy Ball
Crispy Fancy Ball

Crispy Golden Pear Dumpling
Crispy Golden Pear Dumpling

 

Manakala untuk hidangan dessert, anda akan dihidangkan dengan longan sejuk dengan isi kelapa dan juga pes labu dengan beras pulut dan sagu.

air longan
Longan Sejuk

 

Tempahan

Jadi kepada peminat-peminat dim sum, anda boleh segera ke restoran ini. Untuk memastikan tempahan anda berjalan lancar, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan 3 hari lebih awal.

Tempahan boleh dibuat di talian:

03-55118811 ext 2619, 2723, 2724

Selamat menjamu selera di restoran dim sum Tung Yuen Hotel Grand BlueWave Shah Alam, antara restoran dim sum best dan murah di Shah Alam.

Restoran Dim Sum Halal Tung Yuen Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.2

 10,051 total views,  3 views today

Related Stories

Discover

Kenapa Kita Yang Suka Travel Amat Perlu Jaga Kesihatan...

Jika kalian seorang yang suka travel, kalian jagalah kesihatan kalian. Jagalah makan...

Bisnes Yang Kalian Boleh Buat Untuk Penuhkan Tabung Travel...

Macam boring jer kan..? Dah tak boleh nak ke mana-mana..! Nak rentas...

Gulai Ikan Aya Terbaik, Kenapa Kalian Mesti Cuba

Gulai Ikan Aya (Tongkol). Ini bukan gulai yang biasa tu. Ini gulai...

DAENG CAR RENTAL & TOURS, 5 Sebab Kenapa Korang...

Sabah memang indah Bagi Abam Hoq, antara negeri di Malaysia...

Tips Untuk Travel Secara Percuma

Ramai yang suka travel, terutama travel ke luar negara. Yang berkesempatan travel...

24 Negara Sudah Dijejaki Sejak Tahun 2011

Kronologi travel Abam Hoq Alhamdulillah, sejak Abam Hoq mula-mula buat...

Popular Categories

Comments

    • ya. begutu juga sy dan isteri. sy dulu tak suka. tp bila tgk isteri makan mcm sedap je, terus sy cuba. tak sangka sekarang dah jd antara makanan feveret saya

    • yup.. setuju, kalau ajak org yg tak suka dim sum mesti sikit jer dia makan. sedangkan tema restoran ini eat all you can

Leave a Reply to Oja Samid Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

%d bloggers like this: