Menu Negara Syria di Restoran Mozer’s Bukit Jelutong Shah Alam

Restoran yang menyediakan menu masakan negara timur tengah ataupun negara Arab berkembang pesat masakini. Di mana-mana sahaja ada restoran jenis ini. Malah di bandar kelahiran saya Kuala Terengganu pun sudah banyak restoran jenis ini.

Restoran Mozer’s Bukit Jelutong

restoran nasi arab syria
Restoran Mozer’s Bukit Jelutong Shah Alam

Mozer’s, sebuah restoran yang menyediakan menu masakan daripada negara Syria. Sudah lama saya merancang untuk membawa keluarga makan malam di sini. Tetapi belum kesampaian.

Sehinggalah eXplorasa dijemput untuk membuat food review di restoran ini baru-baru ini. Jemputan diperolehi melalui food blogger Hazman Fadzil sempena pra-review sebelum review sebenar untuk rancangan Menu Kita yang akan disiarkan di rangkaian RTM sedikit masa lagi.

Turut pada hari tersebut adalah lifestyle blogger yang juga merupakan ahli aktif kelab Alza, cik lily putih.

Parkir

Tiada masalah parkir di kawasan ini memandangkan restoran ini terletak di kawasan perumahan yang agak elit di Bukit Jelutong. Jadi anda boleh parkir kenderaan anda di depan restoran ini jika kotak parkir masih kosong.

Menu Tradisi Syria

menu hidangan the mozer's

Meskipun ini adalah pra-review makanan dan restoran ini sendiri, namun menu yang dicadangkan kepada kami agak banyak dan menyeluruh.

Jom kita tengok menu-menu yang dihidangkan untuk kami pada hari itu:

Hommous with Lamb

hommous dengan kambing
Hommous with Lamb

Shawarma Chicken Salad

shawarma chicken salad
Shawarma Chicken Salad

Main Course

Nasi arab yang menggunakan beras bersaiz besar ini lembut dan enak. Rasanya menjadi lebih sedap apabila dimakan bersama Lamb Shank Kawajh. Memang terbaik!

nasi aran syiria mozer's

kambing lamb shank mozer's
Lamb Shank Kawajh
daging lembu sharhat mozer's
Beef Sharhat

Mixed Grill Mozer’s

Menu ini memang saya suka terutama daging kebab selain daripada daging lembu, ayam dan kambing yang disertakan bersama. Ini ialah menu pilihan saya jika saya berkunjug lagi ke restoran ini.

mixed grill the mozer's
Mixed Grill

mixed grill restoren the mozer's

restoran the mozer's mixed grill

Fatayer

Fatayer adalah salah satu “main course” tradisi orang Syria. Ia boleh dimakan dengan roti yang akan didatangkan bersama menu ini. Terdapat 3 jenis Fatayer disediakan di restoran ini:

fatayer the mozer's

restoran the mozer's fatayer

fatayer syria the mozer's

Grilled Chicken Salad

salad ayam panggang the mozer's
Grilled Chicken Salad (kredit: Hazmanfadzil.com)

Spaghetti Seafood

the mozer's spaghetti seafood
Spaghetti Seafood

Jika anda inginkan menu lain selain daripada yang di atas, anda boleh juga memilih menu berikut:

Pumpkin Soup

Sup Buah Labu ini boleh dipadankan dengan roti yang turut disertakan sekali di dalam menu ini.

sup buah labu the mozer's
Pumpkin Soup

Churros

Untuk menu yang ringan sedikit anda boleh mencuba menu ini.

restoran the mozer's churros
Churros Mozer’s (krdit: hazmanfadzil.com)

Raspberry Amerretti Crunch Cake

Kek yang dihidangkan sekali dengan aiskrim ini sesuai untuk dijadikan dessert selepas menikmati main course.

kek aiskrim
Raspberry Amerretti Crunch Cake

Minuman

Turkish Coffee

Kopi Turki ini diadun mengikut citarasa negara Turki. Boleh dicuba untuk menikmati kelainan rasanya berbanding dengan kopi tempatan.

kopi turki the mozer's
Turkish Coffee

Jus

jus buah-buahan
Pelbagai jenis jus yang boleh didapati di sini

laici mint

Demikianlah menu-menu yang sempat kami cuba. Kepada anda yang ingin mencuba menu negara Syria, anda bolehlah membawa keluarga atau rakan-rakan ke restoran ini.

Info Restoran Mozer’s Bukit Jelutong

Lokasi

Alamat

12G, D’Bayu, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam , Selangor

Waktu Operasi

11.30 pagi – 10 malam

Komen eXplorasa

Selama ini saya banyak mencuba restoran nasi arab seperti Restoran Aroma Hijrah dan Restoran Marhaba. Tetapi restoran tersebut membawa konsep dan menu daripada negara Yaman. Restoran ini membawakan menu dari negara Syria. Jadi memang ada kelainan sedikit dari segi rasanya.

kawsan terletaknya restoran ini tidak sesak dengan kenderaan kerana ia terletak di dalam kawasan perumahan Bukit Jelutong. Kepada yang tak biasa dengan kawasan ini, menggunakan GPS, Waze ataupun Google Map adalah pilihan terbaik. Untuk Google Maps anda boleh gunakan peta lokasi yang telah saya berikan di atas.

Secara keseluruhan, restoran ini menepati citarasa saya walaupun tidak semua menu yang saya suka.

Restoran ini yang saya anggap sebagai antara restoran nasi arab yang paling best di Shah Alam bolehlah anda masukkan ke dalam senarai restoran yang bakal disinggah.

Rating

Restoran Mozer’s Bukit Jelutong Shah Alam
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.2

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ