Resepi Ayam Masak Merah Mr Mama

21
9442
ayam masak merah simple
Ayam Masak Merah (gambar hiasan)

Kali ini saya kongsikan resepi ayam masak merah. Sebenarnya saya tak tau pakar masakan buat resepi ayam masak merah ni macamana. Haha. Resepi ni saya agak-agak jer. Tapi sebab kesudahannya menjadi elok dan rasanya sedap, saya kira menjadilah tu menu ni untuk saya dan keluarga.

Masak sendiri

Tidak saya sangka artikel saya Resipi Ayam Masak Kicap Mr Mama yang saya terbitkan di sini mendapat sambutan hangat daripada pembaca. Sebabnya saya bukanlah pakar masakan. Setakat masak yang simple-simple seperti Ayam Masak Kicap, Ayam Gulai dan resipi ini yang bakal saya kongsikan kejap lagi, boleh la.

Saya masak pun untuk makan sekeluarga saja. Harapan saya sedikit sebanyak dapat meringankan beban isteri yang sudah kepenatan seharian berkerja. Nasib baik la anak-anak saya suka masakan saya.

Lagipun saya puas hati kalau masak sendiri ni sebab saya boleh buat ikut citarasa tekak saya. Lagi satu, kalau masak sendiri ni saya boleh selitkan dengan doa-doa ketika di dapur untuk kebaikan keluarga saya semasa memasak tu.

Saya yakin aura doa yang terkena pada lauk masakan tadi akan dapat menghasilkan sesuatu dengan izin Allah. Kata orang tua-tua air tangan ibubapa ni berkat.

Di waktu cuti sekolah ini saya memang hampir setiap hari memasak untuk anak-anak yang saya tinggalkan di rumah. Oleh kerana saya ni bukan pakar seperti pakar masakan Che Mat Gebu, saya akan gilirkan menu-menu masakan yang saya tau masak tu. Sekurang-kurangnya tak der lah anak-anak bosan makan lauk yang sama. Hehehe.

Ok, pagi tadi sebelum keluar berkerja sempat la buatkan lauk ayam masak merah yang amat simple tapi best. Betul! Anak-anak saya cakap best papa dia masak. Hehehe.

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi ini hanya sesuai digunakan oleh orang bujang ataupun orang yang nak masak simple serta ringkas sahaja. Yang suka masak dengan hiasan bagai tu tak sesuai kot dengan resepi yang serba ringkas ni,

Bahan-bahan resepi ini:

  1. Separuh ekor ayam yang dipotong sederhana besar.
  2. 2 sudu besar cili kisar (jika nak kurangkan pedas cukup 1 sudu sahaja. Cuma nanti kurang merah jadinya kuah ayam masak merah yang simple ni)
  3. 2 atau 3 sudu besar bawang (saya dah kisar sekali bawang merah bersama bawang putih siap-siap)
  4. Minyak untuk menggoreng secukupnya
  5. Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  • Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan cili kisar dan bawang tadi sehingga timbul bau wangi
Resepi Ayam Masak Merah - gambar tumisan
tumis bawang dah cili gilis. Kuali ni nampak jer macam ni gais. Banyak jasanya ni.. hahaha
  • Tunggu beberapa ketika dan masukkan ayam.
  • Gaul tumisan dengan ayam tadi.
Resepi Ayam Masak Merah - ayam dalam kuali
gaulkan ayam dan masukkan garam
  • Tambahkan air untuk jadikan kuah. Jika mahukan kuah yang banyak tambahlah lebih air. Saya selalunya akan lebihkan air sebab anak-anak suka lauk yang berkuah.
  • Masukkan garam
  • Besarkan api dan tunggu seketika
  • Selepas itu kecilkan api dan biarkan ia mendidih perlahan selama 30 minit.
  • Sementara tunggu tu jenguk-jenguk la masakan tu sekali sekala.
  • Kemudian tutup api dapur dan resepi Ayam Masak Merah ini siap untuk dihidangkan.

Mudah bukan?. Bahan-bahan resepi ini amat mirip dengan resipi Ayam Masak Kicap. Hanya keluarkan kicap sahaja daripada bahan resepi.

Kepada yang nak cepat, nak yang simple ataupun ringkas dan tak mahu libatkan bahan-bahan yang banyak, bolehlah cuba resepi ini yang saya namakan Resepi Ayam Masak Merah Mr Mama ini. Cepat, ringkas dan sedap!

Selamat mencuba resipi ini ya!

p/s: Oh ya… Kalau korang nak resepi kuih, korang boleh terjah entri: Resepi Kuih Keria Gula Melaka ni. Kuih ni viral bebaru ni…

Baca juga: Laser Jeragat

Loading

21 COMMENTS

  1. i’m not interested with malay dishes but when my friend say that malay food was delicious i would like to learn about it .. exactly i don’t understand what you wrote .. but my friend can translate it to me .. so i hope you can write more dishes abaout it .. thank you

  2. Kalau saya masak ayam masak merah saya tak pernahh pakai Cili Kisar dan sebaliknya saya gunakan Sos Cili Maggi dan juga Sos Tomato Maggi supaya rasanya masam dan manis 🙂 simple resipi you got there..nak cuba juga pakai cili kisar hehehe

  3. Slm sis klau sy nk buat kuah lebih…ok ke sy ltak minyak msak lbih ckit…sy ltk air byk kmnkinan bminyak x ye

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge