Makan Dalam Sudu Besar di Restoran Big Spoon, Setiawalk Puchong

29
3132
chinese restaurant
Pandangan dari luar Restoran Big Spoon Setiawalk Puchong

Unik

Biasanya kita makan dengan menggunakan sudu kan? Tahukah anda bahawa ada satu restoran di luar sana yang menghidangkan hidangan menu-menunya di dalam sudu besar? Ini bermakna ia tidak menggunakan pinggan seperti restoran biasanya. Ia diganti dengan sudu yang besar.

Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran Big Spoon yang terletak di Setiawalk Puchong. Unik…! Sungguh unik restoran ini. Pertama kali aku ke sini dan terus aku jatuh hati dengan keunikannya yang tersendiri. Bolehlah kalau nak masukkan restoran ini di dalam senarai antara restoran paling best dan sedap di Puchong.

sudu besar restoran big spoon setiwalk puchong
semua menu dihidangkan di dalam sudu besar

Restoran ini juga tiada buku menu. Untuk melihat menu anda boleh pergi ke satu skrin eletronik yang disediakan berdekatan dengan pintu masuk. Anda boleh sentuh dan pilih menu-menu yang anda inginkan.

pilih menu
skrin sentuh eletronik

Jangan risau. Anda tidak akan terlupa menu-menu yang anda telah pilih. Ini adalah kerana setakat ini restoran ini masih belum punya banyak menu. Mereka menumpukan kepada menu-menu yang sedia ada dahulu untuk diperkenalkan kepada pelanggan.

 

Jemputan Food review

eXplorasa telah mendapat jemputan untuk sesi food review di restoran ini baru-baru ini. Bersama-sama eXplorasa adalah Top Food Blogger Melayu, Top Lifestyle Blogger dan Chef Blogger.

Aku yang datang dari Shah Alam mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke Setiawalk Puchong ni. Pertama kali sampai ke sini. Tak sangka Setiawalk ni pun meriah. Ada banyak tempat makan. Sesuai untuk melepak bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

 

Parkir

Aku terpaksa berjalan agak jauh kerana tersilap kawasan parkir. Restoran Big Spoon terletak di Blok D. Manakala aku memilih parkir di blok F. Jadi anda perlu tengok betul-betul blok restoran yang anda hendak pergi sebelum memilih parkir kereta anda.

 

Hiasan dalaman

interior design
hiasan dalaman berunsurkan bamboo dan kayu

Restoran ini mempunyai hiasan dalaman yang sederhana. Kerusi dan meja makan ditempah khas untuk disesuaikan dengan konsepnya yang berunsurkan elemen bamboo dan kayu. Keluasan restoran yang tidak terlalu besar mungkin akan menyebabkan restoran ini sedikit sesak jika pelanggan menyerbu pada masa yang sama.

 

Menu Big Spoon

hidangan restoran big spoon
menu-menu restoran big spoon bertumpukan menu ini sahaja

Tidak banyak menu yang disediakan oleh restoran ini setakat ini. Namun menu yang ada sudah cukup untuk pelanggan mencuba keunikan rasa menu-menu yang terdapat di sini.

Kuantiti makanan yang dihidangkan di dalam sudu agak kurang berbanding dengan restoran biasa yang menghidangkan makanan di dalam pinggan biasa. Namun pada pandangan aku ianya ada kebaikannya. Antara kebaikannya adalah pelanggan boleh merasa ke semua menu yang terdapat di situ.

Jika satu-satu hidangan itu banyak kuantitinya, pasti pelanggan akan kekenyangan dahulu sebelum dapat merasa semua manu.

Jika satu-satu menu yang dihidangkan tidak mencukupi anda boleh minta tambah menu tersebut. Jangan risau tentang harga kerana harga untuk satu sudu hidangan tersebut murah.

Antara menu-menu yang di sediakan di restoran ini adalah:

 

Strawberry Buttercream Prawns

udang bersalut buttercream
Strawberry Buttercream Prawns

Menu ini terdiri daripada Udang goreng yang disalut buttercream. Ia dihidangkan bersama dengan strawberry. Rasanya masam-masam manis.

 

Chicken Cold Noodle RM1.90

mee sejuk ayam
chicken cold noodles

Menu ini pula terdiri daripada Cold Noodle (mee sejuk) dan dicampur bersama dengan ayam yang dicarik-carik. Rasanya memang sedap terutama apabila dimakan dengan sos istimewanya.

 

Dumpling in house Special Sauce RM3.90

dumpling istimewa restoran big spoon
dumpling in house special

Menu ini juga ada sos istimewanya. Memang lazat bila dicicah dengan sos yang disediakan.

 

Tofu Rice RM1.90

rice tofu
Tofu Rice Special

Bagi yang meminati nasi, menu ini sesuai untuk anda. Gaulkan lauk dengan nasi sehingga sekata. Awas. Tofu tersebut agak panas didalamnya jika terus dimakan selepas dihidangkan.

 

Spring Onion Pancake RM1.90

lempeng
Spring Onion Pancake

Lempeng ini digoreng garing. Ia menjadi lebih sedap jika dicicah dengan sosnya.

 

Sweet Soup RM3.90

Sweet Sup
Sup Tapai

Ini tapai sebenarnya. Ia disediakan sebagai sup dan dihidangkan sewaktu masih panas. Aku memang suka pemanis mulut yang satu ini.

 

Sos dan pencicah

special sauce
inilah sos-sos yang menyedapkan lagi hidangan di restoran Big Spoon

Minyak bijan, pepper corn, kicap, dan minyak cili. Inilah sos-sos istimewa yang membangkitkan lagi selera pelanggan.

 

Air minuman

soft drink
Air minuman yang terdaoat di Restoran Big Spoon

Untuk minuman, anda boleh memilih beberapa minuman berperisa yang ada di restoran ini.

Yogurt Drink RM6.00
Pear With Rock Sugar RM4.00

 

Info tentang Big Spoon

Waktu operasi : 11am – 10pm

Alamat: D-7-G, Block D, SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Selangor
(located directly opposite Subway, nearby Tokyo Kitchen)

Facebook: myBigSpoon

Lokasi:

Cawangan lain:
Outlet di Aeon BIG Subang Jaya

Selamat menjamu selera di restoran ini, antara restoran yang paling best dan sedap di Puchong, Selangor.

 

Rating

Restoran Big Spoon Setiawalk Puchong
Review oleh eXplorasa pada .
Rating: 4.2

Loading

29 COMMENTS

    • tu la.. kreativiti inilah yang menjadikan sesuatu restoran itu mendapat perhatian pengunjung selain drp rasanya yang enak, harga yang berpatutan dan servis yang bagus

    • hahaha.. kalau makan satu sudu ni memng tak kenyang la.. kena tambah.. rasa semua menua dia.. lgun kalau tambah pun harga dia tak mahal..

    • restoran ini asalnya dr korea. diorg ni x tahu translate dgn betul. rice wine itu sebenarnya adalah tapai manis. kami dah tanya dan tegur sebab silap guna traslation tu..

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge