Promosi Christmas Hi-Tea dan New Year Hi-Tea di Hotel Grand BlueWave Shah Alam

8
1402

Sudah menjadi kelaziman apabila tiba di penghujung tahun, banyak tawaran-tawaran menarik yang dilaungkan. Baik daripada kompleks membeli belah, gedung pakaian, butik malah hotel dan restoran juga.

Untuk ini, Hotel Grand BlueWave Shah Alam memang tidak ketinggalan. Hotel iniyang sentiasa kehadapan dalam membuat aktiviti promosi menu-menu makanan istimewanya kali ini muncul lagi dengan promosi terbaru iaitu promosi Christmas Hi-Tea dan New Year Hi-Tea.

Lambakan menu sempena promosi Christmas Hi-Tea dan New Year Hi-Tea
Lambakan menu sempena promosi Christmas Hi-Tea dan New Year Hi-Tea

eXplorasa telah dijemput ke sesi Food Review yang diadakan pada 9 Disember 2014 yang lalu bertempat di Restoran Royale Songket yang terletak di ruangan lobi Hotel. Untuk promosi kali ini, tema yang digunakan adalah “Merry Joyland.

Christmas Hi-Tea

Promosi sempena sambutan Krismas ini diadakan pada 25 Disember 2014, bermula daripada pukul 12 tengahari dan akan berakhir 4.30 petang. Promosi yang singkat ini menawarkan harga istimewa RM81.20 nett untuk satu kepala.

Antara menu-menu yang dimuatkan ke dalam promosi ini adalah Dada Ayam Belanda yang dihidangkan dengan sos cranberry dan peha kambing yang diperap dalam sos madu rosemary.

Peha Kambing Panggang
Peha Kambing Panggang

Tambah menarik lagi apabila, chef yang mengetuai sesi ini iaitu Chef Nuzul Jawahir turut menyediakan Kek Ikan Salmon yang dilapisi roti. Menu ini dipadankan dengan sup Albondigas yang telah disiapkan sedari awal.

Sup Albondigas
Sup Albondigas
Pineapple Chicken
Pineapple Chicken
Meatballs dengan sos Tomato
Meatballs dengan sos Tomato

Sesi ini akan diakhiri dengan dessert seperti Muffin Ceri, Kek Buah Berkeju, dan banyak lagi hidangan yang lazat-lazat.

Dessert
Dessert
Dessert yang lazat
Dessert yang lazat

New Year Hi-Tea

Yang mungkin terlepas dengan promosi sempena sambutan Krismas itu tadi tidak perlu gusar. Ini adalah kerana selang beberapa hari selepas itu, akan diadakan satu lagi prromosi. Kali ini sempena dengan perayaan tahun baru.

Ia akan diadakan pada 1 Januari 2015. Untuk sesi ini Chef Radha, chef yang dikhaskan untuk event ini menggabungkan pelbagai menu iaitu menu masakan kaum India, Cina dan Melayu.

Antara menu-menu yang disediakan adalah Roti Jala dan Ulundu Vadai mewakili makanan India. Nasi Ayam Hainan dan Itik Panggang Peking Chinatown mewakili makanan kaum China. Manakala Som Tam dan Peal Padang Jawa mewakili makanan kaun Melayu.

Som Tam
Som Tam
Kari Ikan
Kari Ikan
Kari Ayam
Kari Ayam
Itik Panggang
Itik Panggang
Chicken Kofta dengan Telur
Chicken Kofta dengan Telur
Ayam Berempah
Ayam Berempah
Ayam Masak ala Bombay
Ayam Masak ala Bombay

Selain itu ada juga disediakan dessert tradisional seperti Tapai Pulut, Kasui, Bingka Ubi, Agar-Agar Lumut dan banyak lagi.

Menu-menu yang ditawarkan amat sesuai untuk jamuan seisi keluarga sambil menyambut perayaan tahun baru.

Sambil menikmati hidangan makanan, pengunjung juga akan dihiburkan oleh persembahan istimewa Badut yang didatangkan khas sempena promosi ini. Ia akan mempersembahkan Silap Mata, Persembahan Belon dan sebagainya.

Promosi Makan Malam

Selain daripada promosi di atas yang diadakan pada siang hari, Hotel ini juga ada menawarkan promosi untuk makan malam secara buffet bersempena dengan dua perayaan ini. Ia akan diadakan di Restoran Royale Songket dan Restoran Agehan Japanese.

Untuk makan malam bersempena sambutan Krismas, ia akan diadakan akan diadakan pada malam 24 Disember 2014. Manakala untuk makan malam sempena sambutan tahun baru pula diadakan pada malam 31 Disember 2014.

Untuk yang memilih untuk makan malam secara buffet di Restoran Royale Songket, harga promosi adalah RM125.30 nett untuk satu kepala. Manakala yang menggemari buffet ala masakan Jepun, harga untuk Japanese BBQ Buffet Dinner yang diadakan di Restoran Agehan Japanese adalah RM102.10 untuk satu kepala.

Chef Nuzul dan Chef Radha yang bertanggungjawab untuk pilihan masakan
Chef Nuzul dan Chef Radha yang bertanggungjawab untuk pilihan masakan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh segera menghubungi Telemarketing di talian:

03-5518811 – ext: 2723, 2724 dan 2725.

Loading

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge