5 Kelebihan Buah Kurma Sebagai Makanan Mangsa Banjir

12
1605

Banjir masih belum reda. Negeri Kelantan lumpuh. Terengganu, Pahang menunggu masa. Malah banyak kawasan yang sudah dinaiki air.

Makanan semakin kehabisan. Malah ada di sesetengah tempat, mangsa banjir sudah 2-3 hari tidak bertemu makanan. Dengar cerita ada yang sudah meninggal dunia. Allahuakbar!

Sumbangan untuk mangsa banjir

Alhamdulillah. Bantuan berbondong-bondong disumbangkan tanpa putus-putus. Kebanyakannya adalah berbentuk pakaian dan makanan kering. Orang Malaysia memang prihatin. Semoga sumbangan-sumbangan tersebut selamat sampai kepada yang memerlukan.

Namun jarang sekali orang menyumbangkan buah Kurma untuk mangsa banjir. Sedangkan Kurma adalah makanan yang amat sesuai untuk mangsa-mangsa banjir ini.

Kelebihan yang ada pada buah Kurma:

Tahan Lama

Kurma boleh tahan lama. Bukan setakat ia tahan beberapa hari, malah setahun pun buah ini masih boleh dimakan. Amat sesuai di situasi banjir seperti sekarang

Mudah untuk disimpan

Tidak memerlukan tempat khas untuk disimpan. Biarkan sahaja buah ini di dalam kotaknya. Makan apabila diperlukan.

Banyak khasiat

Sangat banyak khasiat yang terdapat dalam buah ini yang menjadi sebutan di dalam Al-Quran..

Buah ini mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

sumber: http://www.tayibah.com/eIslam/kurma.php

Senang untuk dibawa

Buah ini senang untuk dibawa kerana ia sudah dipakej di dalam kotak. Ia mudah untuk dipakej semula jika dibeli dengan kuantiti yang banyak. Kotaknya kebiasaanya kecil dan boleh dimuatkan didalam kenderaan dengan mudah.

Harga tidak terlalu mahal

Harga buah ini tidak terlalu mahal dan berbaloi dengan kelebihan yang boleh diberikan kepada mangsa banjir.

Makanan Sunnah

Buah ini adalah makanan sunnah yang disebut jelas di dalam Quran.

Pasti ada khasiat yang amat besar pada buah ini. Maryam hanya memakan buah Kurma sewaktu mengandungkan Nabi Isa.

Banyak hadith yang Rasulullah syorkan ummatnya supaya memakan buah kurma terutama ketika lapar seperti waktu berbuka puasa.

Sabar

Banjir kali ini dikatakan antara yang paling dahsyat sejak bertahun-tahun yang lalu.

Bukan sedikit kerosakan baik dari segi harta benda dan nyawa yang telah dibawanya. Allhuakbar! Sungguh hebat kuasa Allah yang ditunjukkan kepada hamba-hambaNya.

Bersabarlah wahai mangsa banjir. Di setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmah yang amat besar amat besar disebaliknya. Moga kita semua tabah dan bersabar mengharungi ujian Allah ini. Aameen.

Loading

12 COMMENTS

Leave a Reply to AUC Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge