Syiok Makan Steamboat Kat Sini Sampai Meleleh Air Hidung…!

6
1278
promosi Royale Thai Fusion dan Hot steamboat di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam
promosi Royale Thai Fusion dan Hot steamboat di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam

Minggu lepas memang trend makan steamboat agaknya. Selepas dijemput menghadiri majlis penyampaian hadiah di Blogger Award 2014 di restoran steamboat halal di Wangsa Maju, dapat pula jemputan ke Grand Blue Wave Hotel Shah Alam.

Tersenyum aku bila tengok menu yang diorang nak perkenalkan iaitu steamboat dan menu masakan Thai. Steamboat lagi! Nasib baik ada jugak menu Thai tu. Dan nasib baik juga sup steamboat yang di hidang untuk majlis review makanan di Cafe Borak-Borak Hotel Grand Blue Wave tu berlainan daripada sehari sebelum tu.

Hotel Grand Blue Wave… Kalau penduduk Shah Alam memang tau la tempatnya kat mana. Hotel bertaraf 5 bintang ini adalah antara hotel yang eksklusif di Shah Alam.

Tempah Hotel Grand Blue Wave dan dapatkan diskaun di SINI

Setiap hotel ada cafe ataupun restoran tersendiri. Kebiasaannya restoran hotel ini ada daya tarikan menu masakannya yang tersendiri yang diilhamkan oleh Chef yang berpengalaman.

Begitu juga dengan hotel ini. Terdapat cafe dan restoran yang dikhaskan untuk para pelanggan hotel samada yang menginap di hotel maupun yang hanya singgah untuk menikmati selera di sini.

selamat datang ke cafe Borak-Borak
selamat datang ke cafe Borak-Borak
Cafe Borak-borak memang sesuai untuk bersantap dan berborak
Cafe Borak-borak memang sesuai untuk bersantap dan berborak

Cafe Borak-Borak, memang cukup santai untuk pelanggan berborak-borak tentang perihal perniagaan ataupun topik santai. Sama halnya dengan Restoran Royale songket yang juga menjadi pilihan pelanggan untuk menjamu selera.

Ada dua menu utama yang istimewa yang sedang dipromosikan di sini. Masa promosi adalah terhad. Ia akan bermula dari 15 september hingga 31 Oktober 2014 sahaja.

Promosi ini sengaja kami ciptakan untuk memberi lebih pilihan cita rasa menu kepada tetamu pada harga terbaik dalam susasana hotel 5 bintang di tengah-tengah Bandaraya Shah Alam ini. Selebihnya ia membuka ruang kepada eksekutif berdekatan untuk menikmati kelainan pilihan makan tengahari dalam masa rehat yang terhad.
~ Tn Haji Mohd Ghazali Sayed Ibrahim, Pengurus Hotel
.

Promosi istimewa ini adalah Royale Thai Fusion yang akan diadakan di Restoran Royale Songket dan Hot Steamboat di Cafe Borak-borak.

Royale Thai Fusion di Restoran Royale Thai

Oleh kerana sehari sebelum itu aku sudah membuat food review steamboat, aku terlebih dahulu memilih untuk mencuba nasi dengan lauk pauk rasa Thai.

royale thai fusion 1

royale thai fusion 2

royale thai fusion 3

Royale Thai Fusion menampilkan seleksi menu popular masyarakat Siam yang telah diolah gaya dan rasa oleh Chef Al-Hafiz, Chef De Cuisine. Ia disajikan dalam bentuk set lengkap untuk 2 orang.

SET A – RM48.70 bersih
SET B – RM71.90 bersih
Boleh juga untuk hidangan A la Carte.

Promosi ini adalah untuk makan tengahari (12.00 tengahri – 2.30 petang) dan makan malam (6.30 petang – 10.30 malam) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

royale thai fusion 4

sup ekor

set hidangan Royale Thai Fusion
set hidangan Royale Thai Fusion

Antara menu yang mesti dicuba ialah Kerabu Mangga, Sup Ekor Serai Ketuk Ala Thai, Ayam Masak Cili Hijau, Udang Paprik Ala Thai Bersantan dan Ikan Siakap Kerabu mangga.

Hot Steamboat di Cafe Borak-Borak

Menu ini disajikan hanya untuk makan tengahari (12 tengari – 3 petang) di Cafe Borak-Borak, Aras Lobi. Ia disediakan dalam bentuk set untuk 2 orang. Terdapat 2 pilihan set:

Regular Plate on Ice – RM29.00 bersih
Large Plate onnn Ice – RM49.00 bersih

meja khas untuk 4 orang di Cafe Borak-Borak
meja khas untuk 4 orang di Cafe Borak-Borak
set hidangan hot steamboat
set hidangan hot steamboat
bahan-bahan untuk hot steamboat sudah tersedia
bahan-bahan untuk hot steamboat sudah tersedia
tak sabar menunggu untuk dimakan
tak sabar menunggu untuk dimakan

Chef Shumizan selaku Chef Melayu yang diberi tanggungjawab untuk promosi ini turut menyediakan dua jenis sup istimewa iaitu Sup Jernih Ayam atau Sup Tom Yam bagi memberi tambah nilai kepada kelazatan menu ini.

Selepas selesai majlis review yang diadakan di Cafe Borak-Borak ini memang ternyata ianya memang menarik. Rasanya memang sedap dan terangkat. Hot Steamboatnya, walaupun aku baru saja merasa steamboat sehari sebelum itu, ia masih mampu membuat aku meleleh air hidung dek kerana Sup Tom Yam yang pedas dan lazat.

Chef AlHafiz dan Chef Shumizan
Chef AlHafiz dan Chef Shumizan

Memang berbaloi dengan rasa dan harga yang ditawarkan oleh pihak hotel. Kepada yang nak merasa menu di atas di Hotel 5 bintang, waktu promosi ini adalah waktu yang sesuai untuk anda terjah. Waktu promosi adalah terhad jadi sila bertindak cepat ya..!

Oh ya.. Anda boleh membuat tempahan awal untuk dua Royale Thai Fusion dan Hot Steamboat ini dengan menghubungi bahagian telemarketing di: 03-5511 8811 sambungan 2740, 2741 atau 2810. Ataupun boleh emel di: telemarketing@bluewavehotel.com.

Selamat menjamu selera di Hotel Grand Blue Wave…!

Review Makanan Royale Thai Fusion dan Hot Steamboat Hotel Grand Blue Wave Shah Alam
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.5

Loading

6 COMMENTS

    • yup.. sgt puas hati.. bahan-bahannya dah disiapkan dalam pinggan siap2. kita just ambik je set bahan mana yg kita berkenan utk dimasukkan dalam sup tom yam yg sedang mendidih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge