Kampung Cina Kuala Terengganu Jadi Tarikan Baru Pelancong

7
2622

jambatan kuala terengganu waterfront

Balik kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini sempat juga berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu walaupun sibuk beraya di sana sini. Itu pun setelah keadaan agak reda iaitu pada hari raya ke 5. Jika tidak jalan-jalan utama di sekitar Kuala Terengganu ni memang sesak dengan kenderaan. Macam KL juga. Jem teruk…!

Mendengar berita tentang Kampung Cina Kuala Terengganu yang telah berubah wajah, telah memberi dorongan yang agak kuat untuk aku ke situ. Aku bersama keluarga dan beberapa orang adik ipar yang semuanya tinggal di luar Terengganu kerana berkerja dan belajar telah ke sana untuk melihat sendiri perubahan kepada Kampung Cina.

gambar-lorong-kampung-cina
Lorong warisan dunia Kampung Cina

Kampung Cina Kuala Terengganu ataupun turut dikenali sebagai Kuala Terengganu China Town oleh pelancong luar terletak di sepanjang Jalan Bandar (dahulunya dikenali sebagai Jalan Kampung Cina) di muara Sungai Terengganu, sungai yang mengalir ke Laut China Selatan.

muara-sungai-terengganu
muara sungai yang telah dibina semula

Mencari tempat penginapan di sini agak mudah kerana banyak hotel-hotel dan rumah tumpangan yang disediakan di sini. Anda boleh menyemak hotel-hotel di sini melalui Agoda.com. Boleh semak kadar sewa sekali di situ.

Anda boleh menyewa bot-bot yang berlabuh di jeti Kampung Cina ini untuk melihat sekitar Bandaraya Kuala Terengganu melalui laut dan juga untuk ke pulau-pulau berhampiran.

Kampung Cina terletak bersebelahan dengan Pasar Kedai Payang yang terkenal dengan kain dan pakaian tempatan seperti songket batik dan sebagainya. Di pasar ini. Di pasar ini juga terdapat banyak kedai dan restoran untuk menikmati makanan tradisi negeri Terengganu seperti Nasi Dagang, Nasi Lemak berlaukkan Ikan Tongkol, Keropok Lekor, Keropok Keping dan sebagainya.

Memang Kampung Cina sudah banyak berubah. Jika dulu kampung bersejarah ini seperti terasing terutama bagi bangsa selain daripada bangsa Cina, kini tidak lagi. Jalan khas telah dibuat di antara belakang bangunan-bangunan antik dan muara Sungai Terengganu yang turut diindahkan dengan pembinaan Kuala Terengganu Waterfront (KTWF).

KTWF telah menjadi satu lagi tarikan pelancong ke Kuala Terengganu. Daripada kawasan pantai yang tidak terjaga pada suatu ketika dahulu, ianya telah ditambak dan ditambah nilai dengan hiasan lampu bercahaya seperti i-City Shah Alam.

Banyak aktiviti santai yang boleh dilakukan di sini. Selain daripada restoran-restoran untuk melepak, tempat ini juga menjadi tempat kesukaan peminat fotografi untuk mencerap gambar pemandangan yang cantik.

Yang terbaru Kampung Cina telah dicantikkan dengan tarikan di celah-celah lorong bangunan antiknya. Ada lorong yang dihiasi dengan gambar, ukiran dan sejarah penyu. Ada lorong yang dicantikkan dengan hiasan antik dan gambar 3D pada dindingnya. Di suatu lorong yang lain ada hiasan payung yang banyak tergantung di bahagian atasnya. Ada juga lukisan unik di dinding untuk para pelancong bergambar sebagai kenang-kenangan di lorong bersebelahan.

Lorong-lorong yang sungguh unik ini menjadikan Kampung Cina Kuala Terengganu yang terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri dan bangunan-bangunan antiknya bertambah menarik.

Sewaktu aku ke sana, ramai pelancong daripada dalam dan luar negeri Terengganu membuat lawatan sambil bergambar sebagai kenang-kenangan.

Syabas kepada pihak penguasa tempatan yang menzahirkan idea ini. Sekurang-kurangnya Kampung Cina tidak lagi terasing daripada dunia luar dan sekaligus menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Bandaraya Kuala Terengganu, bandaraya pesisir pantai.

harimau 3D
gambar harimau 3D
gambar ikan paus
ikan paus 3D

Kepada sesiapa yang bertandang ke Kuala Terengganu aku cadangkan korang datang ke tempat menarik di Kuala Terengganu ini. Kampung Cina Kuala Terengganu kini sudah menjadi tempat yang mesti dilawati di Kuala Terengganu.

Selamat datang ke negeri Terengganu. Negeri cantik budaya menarik.

Nota:
Anda boleh kongsikan artikel ini di media sosial dengan menekan butang kongsi dibawah untuk manfaat kepada orang lain mencari tempat menarik untuk dilawati di Kuala Terengganu. Terima kasih.

Loading

7 COMMENTS

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge