Menu Bumi Kenyalang Di Restoran Dapur Sarawak

papan tanda rumah kedai
gambar ihsan daripada hazmanfadzil.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di KL kini sudah banyak restoran yang menyajikan masakan tradisi negeri-negeri tertentu. Jika Restoran Mak Uda di TTDI Jaya menyajikan masakan tradisi negeri Terengganu, Restoran Dapur Sarawak yang terletak di jalan Sarikei off Jalan Pahang KL pula menyajikan menu-menu yang berasal dari Negeri Bumi Kenyalang sarawak. Segalanya bermula apabila sifu Food blogger melayu popular Hazman Fadzil mempelawa geng #TeamWork untuk makan tengahari di sini.

pandangan dalam restoren

Turut hadir bersama adalah sifu WordPress kami tuan punya blog Rencah Kehidupan Seharian. Sifu Yop Man bukan saja memperkenalkan restoran ini malah turut belanja kami sekali. Terima kasih sifu.

kuih tradisi kek lapis sarawak

Hiasan dinding
Hiasan dinding

Seperti yang dijanjikan kami sampai sekitar jam 12 tengahari. Parkir di sekitar restoran ini agak sukar untuk diperolehi kerana sudah dipenuhi dengan kereta orang yang datang untuk menjamu selera. Sesetengah syarikat waktu makan tengahari adalah bermula pukul 12 tengahari.

Satu lagi faktor yang menjadikan kawasan ini agak sesak adalah kerana ia terletak berhampiran dengan Hospital Tawakkal. Pengunjung hospital juga menggunakan parkir di sini. Aku sendiri hanya menumpang parkir (double park) di depan restoran ini.

Ini adalah pertama kali aku merasa masakan negeri Sarawak. Sebelum ini aku hanya mendengar nama menunya sahaja. Jadi untuk hidangan tengahari itu aku meminta pandangan daripada Bro Hazman. Beliau mencadangkan aku mencuba Mee Kolok Special dahulu sebagai pengenalan aku kepada menu makanan negeri Sarawak. Eizil pula memesan Mee Jawa manakala Hazman sendiri memesan nasi putih dengan Manok atau Ayam Panggang Sarawak.

gambar mee sarawak
Mee Kolok Special Restoran Dapur Sarawak

kuah mee kolok

explorasa di dapur sarawak

gambar mee jawa
Mee Jawa Restoran Dapur Sarawak

Rasa Mee Kolok Sarawak memang mengancam. Ia menggunakan mee yang halus seperti meehun. Ia adalah yee mee sebenarnya. Kuahnya pula di campur dengan taugeh. Ia bertambah sedap apabila dicampurkan cili kisar yang disertakan sekali dalam set hidangan tersebut.

milo tabur dan asamboi fizz
milo tabur dan asamboi fizz

Sempat juga aku merasa secubit ayam yang dipesan Hazman. Pun sedap juga. Lain kali jika bertandang lagi ke sini mungkin aku boleh mencuba menu tersebut pula.

Manok (ayam) Panggang Dapur Sarawak
Manok (ayam) Panggang Dapur Sarawak

Harga menu-menu di sini amat berpatutan. Dan menurut Bro Hazman yang telah beberapa kali bertandang ke sini, semua menu-menu di sini patut dicuba. Malah beliau pernah membuat entri review untuk restoran ini sebelum ini.

menu dapur sarawak 1

menu restoren Dapur Sarawak
menu restoran Dapur Sarawak

Jadi sesiapa yang ingin mencuba resipi Negeri Sarawak, restoran ini memang patut anda terjah. Rasanya memang rasa asli negeri Sarawak disamping harganya yang berpatutan.

Nota kaki: Mee Kolok di restoran ini adalah Mee Kolok yang paling sedap di sekitar KL menurut penggemar menu negeri Sarawak

 25,743 total views,  11 views today

Related Stories

Discover

Kenapa Kita Yang Suka Travel Amat Perlu Jaga Kesihatan...

Jika kalian seorang yang suka travel, kalian jagalah kesihatan kalian. Jagalah makan...

Bisnes Yang Kalian Boleh Buat Untuk Penuhkan Tabung Travel...

Macam boring jer kan..? Dah tak boleh nak ke mana-mana..! Nak rentas...

Gulai Ikan Aya Terbaik, Kenapa Kalian Mesti Cuba

Gulai Ikan Aya (Tongkol). Ini bukan gulai yang biasa tu. Ini gulai...

DAENG CAR RENTAL & TOURS, 5 Sebab Kenapa Korang...

Sabah memang indah Bagi Abam Hoq, antara negeri di Malaysia...

Tips Untuk Travel Secara Percuma

Ramai yang suka travel, terutama travel ke luar negara. Yang berkesempatan travel...

24 Negara Sudah Dijejaki Sejak Tahun 2011

Kronologi travel Abam Hoq Alhamdulillah, sejak Abam Hoq mula-mula buat...

Popular Categories

Comments

    • alamat penuh saya tak pasti. lupa lak nak ambik hr tu. tp lokasinya sebelah hospital tawakkal kat jalan pahang tu. mmg betul2 sebelah.

Leave a Reply to Nadot Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

%d bloggers like this: