The Cafe Legoland Malaysia

gambar restoren sedap
restoren The Cafe Legolnd Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika anda ke Legoland Malaysia yang terletak di Bandar Iskandar Nusajaya Johor, anda akan perasan sebuah cafe yang terletak berhampiran pintu masuk taman tema ini. Masuk sahaja ke dalam kawasan taman tema ini, anda pasti akan terpandang Restoren The Cafe di sebelah kiri anda, satu barisan dengan tandas awam.

gambar patung lego
Patung LEGO Chef menunggu anda di muka pintu

cafe ini menyediakan pelbagai menu makanan, minuman dan dessert. Banyak juga pilihan makanannya. Ada makanan berat seperti lasagna dan spaghetti. Ada juga menu makanan ringan seperti cookies dan dessert. Begitu juga dengan menu minuman. Banyak juga pilihan yang boleh anda buat untuk mengisi perut dan mambasahkan tekak di sini setelah penat bermain dan berhibur di Legoland..

2014-03-12 10.55.20

2014-03-12 10.55.13

2014-03-12 10.56.26

2014-03-12 10.56.18

2014-03-12 10.56.48

2014-03-12 10.56.58

2014-03-12 10.56.42

2014-03-12 17.54.18

2014-03-12 17.54.29

Aku pernah singgah dan menikmati menu makanan di sini sewaktu menghadiri jemputan perasmian The Legend of Chima Miniland sedikit waktu dahulu. Menu aku dan rakan-rakan dari AsiaAsia dan Majalah Libur ditaja oleh Legoland Hotel.

2014-03-12 10.57.31

2014-03-12 10.57.25

2014-03-12 10.57.09

2014-03-12 10.56.33

Aku memilih untuk memesan menu Lasagna. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan itu setelah dihulurkan buku menu kerana memang perut aku dah berkeroncong pada masa itu.

2014-03-12 11.04.21

2014-03-12 11.29.41

2014-03-12 11.01.43

2014-03-12 10.55.49

2014-03-12 10.55.41

Rasa menu pesanan aku memang sedap. Ditambah pulak dengan perut yang meraung minta diisi, aku tidak mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sepinggan Lasagna tersebut. Licin pinggan aku bedal.

Selepas itu Saudari Mel, PR Legoland Hotel yang amat mesra memesan pula desert untuk kitorang. Ini dia menu yang dipesan:

gambar dessert best
Dessert Puding Roti bersama Aiskrim

Lupa aku nama menu dessert tersebut. Ia seakan puding roti yang dihidang bersama-sama aiskrim. Mengah juga kitorang nak habiskan walaupun dessert tersebut kami kongsikan beramai-ramai. Mungkin perut sudah kenyang akibat melantak Lasagna sebelum itu.

Aku rasa kewujudan cafe ini amat berguna kepada pelawat-pelawat taman tema ini. Di sini mereka boleh menjamu selera setelah penat melayan anak-anak berseronok di dalam taman tema ini. Maklumlah, pelawat-pelawat memang tidak dibenrkan membawa makanan luar ke sini. Jadi pelawat memang tidak punya pilihan untuk makan selain daripada 3 restoren terdapat di dalam taman tema ini.

2014-03-12 17.55.51

2014-03-12 11.46.05

Jadi jika anda bertandang ke sini anda tidak perlu risau tentang tempat untuk perut. Restoren The Cafe sentiasa menanti kunjungan anda. Selamat menjamu selera di Restoren The Cafe Taman Tema Legoland Malaysia.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ