Nasi Dagang Sudut Selera Kak Pah Memang Sedap

restoren nasi dagang best kuala terengganu
Restoren Sudut Selera Kak Pah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hujung minggu baru-baru ini aku sempat balik ke negeri kelahiran aku iaitu Terengganu bersempena dengan cuti sekolah. Kesempatan begini amat rugi jika tidak digunakan untuk balik ke kampung halaman. Anak-anak yang membesar di Bandaraya Kuala Lumpur ini herus diberi pendedahan dengan kehidupan di kampung walaupun suasana kampung aku sekarang tidak lagi seperti waktu aku kecil dahulu. Suasana kampung yang dahulu sudah semakin terhakis.

Seperti biasa, jika aku balik kampung aku akan mencari tempat-tempat menarik untuk aku bawa keluarga ziarahi. Pantai Batu Buruk memang tempat yang wajib aku lawati kerana kedudukannya yang paling senang untuk bersantai iaitu di Bandaraya Pesisir Pantai Kuala Terenganu.

Di Batu Buruk ini ada satu lagi tarikan untuk anda kunjungi. Di sinilah terletaknya restoren Nasi Dagang paling best di Kuala Terengganu iaitu Sudut Selera Kak Pah. Memang sedap! Sukar untuk anda mencari Nasi Dagang yang mempunyai kualiti seperti ini.

gambar beratur panjang
terpaksa beratur panjang untuk memesan menu

gambar restoren sesak
pelanggan yang membanjiri restoren sudut selera kak pah seawal pagi

gambar arahan
Sistem yang diguna pakai untuk memesan menu di restoren sudut selera kak pah

gambar air suam
Air suam percuma disediakan

gambar nasi dagang terengganu
Set hidangan Nasi Dagang Restoren Sudut Selera Kak Pah Batu Buruk (foto kredit kepada rage.com.my)

gambar orang sarapan
sarapan bersama keluarga

Nasi Dagangnya yang dimasak dengan enak dan lauk yang membangkitkan rasa asli Nasi Dagang Negeri Terengganu menjadikan restoren ini pilihan aku apabila bertandang ke kampung halaman.

Waktu jualannya hanya di waktu pagi, khas untuk sarapan. Dibuka seawal pukul 8.30 pagi, Nasi Dagang dan Nasi Lemak di sini biasanya akan habis terjual sekitar jam 10.30 pagi. Jadi jika anda berhasrat untuk merasa Nasi Dagang yang best dan sedap ini, silalah ke sini seawal ianya dibuka untuk mengelakkan anda kempunan untuk merasa Nasi Dagang terbaik Negeri Terengganu.

Selain daripada Nasi Dagang, restoren ini ada juga menjual Nasi Lemak sebagai pilihan kepada pelanggan yang mungkin inginkan menu lain untuk bersarapan. Nasi Lemaknya juga sedap. Nasi yang lembut dan relai itu amat berselera apabila dimakan bersama lauk sambal Ikan Tongkol ataupun dipanggil Ikan Aya di dalam loghat Negeri Terengganu.

Apa yang membuatkan aku suka ke sini selain daripada Nasi Dagang dan Nasi Lemaknya yang mempunyai rasa asli Negeri Terengganu ialah restoren ini tidak kedekut dengan lauknya. Bukan senang untuk anda jumpa restoren yang menghidangkan lauk Gulai Ikan Aya untuk Nasi Dagang dan Sambal Ikan Aya untuk Nasi Lemak dalam kadar yang besar ketulnya seperti di restoren ini. Memang lauk di restoren ini banyak. Anda akan dapat menikmati lauknya dengan sepuas hati.

gambar lauk nasi dagang
tidak kedekut lauk (foro kredit kepada rage.com.my

Harga menunya juga tidak mahal. Sepinggan Nasi dagang dan Nasi Lemak dijual dengan harga RM4.00 sahaja. Tambahan RM1.00 untuk tambahan lauk telur goreng ataupun dipanggil Telur Mata Lembu oleh penduduk di sini.

gambar harga nasi dagang
Senarai menu dan harga

Oh ya. Restoren ini pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 suatu ketika dahulu. Ini juga mungkin faktor yang menjadikan restoren ini popular di kalangan penggemar Nasi Dagang.

anugerah
pernah dilawati oleh Jalan-jalan Cari Makan TV3

gambar surat khabar
pernah masuk surat khabar

gambar sijil johan
pernah menjadi johan

Parkir di sini adalah percuma dan jika anda datang awal memang anda tiada masalah untuk mendapatkan parkir.

Bersarapan di sini bagi aku sebagai penggemar Nasi Dagang asli Negeri Terengganu adalah suatu kepuasan. Restoren ini memang menjadi pilihan aku untuk menikmati rasa Nasi Dagang yang best dan sedap.

gambar pekerja restoren
Kak Pah bersama pekerjanya sedang sibuk melayan tempahan pelanggan

gambar tuan punya restoren sudut selera kak pah
Kak Pah dan suami (foto kredit kepada rage.com.my)

Jadi jika anda ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah di restoren ini untuk merasa menu Nasi Dagang dan Nasi Lemaknya. Anda pasti berpuas hati.

 26,787 total views,  6 views today

Related Stories

Discover

Kenapa Kita Yang Suka Travel Amat Perlu Jaga Kesihatan...

Jika kalian seorang yang suka travel, kalian jagalah kesihatan kalian. Jagalah makan...

Bisnes Yang Kalian Boleh Buat Untuk Penuhkan Tabung Travel...

Macam boring jer kan..? Dah tak boleh nak ke mana-mana..! Nak rentas...

Gulai Ikan Aya Terbaik, Kenapa Kalian Mesti Cuba

Gulai Ikan Aya (Tongkol). Ini bukan gulai yang biasa tu. Ini gulai...

DAENG CAR RENTAL & TOURS, 5 Sebab Kenapa Korang...

Sabah memang indah Bagi Abam Hoq, antara negeri di Malaysia...

Tips Untuk Travel Secara Percuma

Ramai yang suka travel, terutama travel ke luar negara. Yang berkesempatan travel...

24 Negara Sudah Dijejaki Sejak Tahun 2011

Kronologi travel Abam Hoq Alhamdulillah, sejak Abam Hoq mula-mula buat...

Popular Categories

Comments

  1. Servis tak adil dan amat teruk terutamanya utk org yang beli bungkus. Terpaksa tunggu hampir 1 jam baru dapat. Sedangkan yang dtg utk makan dlm 5 minit dah boleh dapat makanan. Kena belajar cara utk layan pelanggan dgn lebih adil.

Leave a Reply to zulkefley Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

%d bloggers like this: