Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cuti sekolah hampir menjelang tiba. Bagi para ibubapa yang penyayang yang ingin memberi sesuatu kepada kepada anak-anak yang masih di bangku persekolahan pasti tercari-cari tempat untuk membawa anak-anak melawat.
Jika anda adalah ibubapa tersebut anda boleh masukkan nama Kidzania di dalam senarai tempat untuk dilawati.
Kidzania KL adalah sebuah tempat hiburan berilmiah bagi kanak-kanak. Ia melatih supaya anak-anak dapat gambaran sebenar apa yang mereka cita-citakan. Selama ini kanak yang kecil apabila ditanya apakah cita-cita apabila mencecah umur dewasa kelak, mereka biasanya akan menjawab pilot, doktor, engineer dan sebagainya. Ada diantara mereka tiada gambaran pun pekerjan yang mereka sebutkan itu.
Pastinya lawatan sebegini akan dapat merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. Setelah ibubapa yang sibuk berkerja saban hari keluar seawal pagi dan balik lewat petang, lawatan ke tempat ini akan membantu mengeratkan kembali hubungan kekeluargaanyang semakin jauh. Sentuhan kasih sayang yang semakin terhad dicurahkan kepada anak-anak akan kembali tercurah di sini.
Apa yang istimewa yang boleh didapati di tempat ini? Tempat ini menyediakan tempat-tempat pekerjaan seperti di dunia nyata. Ada syarikat AirAsia yang menawarkan kerja sebagai juruterbang dan peramugara dan peramugari. Ada CIMB bank yang menawarkan kerja sebagai pegawai bank. Ada Pos Malaysia yang menunjukkan pekerjaan sebagai Posmen. Hits FM pun ada memberi gambaran sebenar tentang pekerjaan sebagai Pengacara Radio.
Banyak lagi syarikat lain yang berkerjasama dengan Kidzania. Antara pekerjaan lain yang ditawarkan di sini adalah Doktor, Hakim, Penyiasat Persendirian, Doktor Gigi, Ahli Bomba, Polis, Pendaki, jurutera dan puluhan pekerjaan yang lain.
Apa yang menarik dan menyeronokkan di sini ialah kanak-kanak yang berkerja di sini akan mendapat gaji. Ia dibayar dengan wang khas. Wang ini apabila terkumpul hasil daripada gaji yang diperolehi hasil pekerjaan kanak-kanak tadi boleh ditukarkan dengan barangan di kedai khas di sini. Menarik bukan?
Oleh kerana barangan di kedai di sini agak mahal, mungkin duit yang diperolehi hasil daripada pekerjaan kanak-kanak tersebut hanya mampu untuk membeli satu barangan sahaja. Dan mungkin ada baki yang tinggal. Baki ini boleh dibawa balik dan disimpan. Ia boleh diguna kembali bila bertandang lagi ke sini di lain masa.
Tempat ini juga ada menyediakan kad bank seperti kad ATM. Ini membolehkan kanak-kanak yang mempunyai baki duit tadi untuk menyimpan duit mereka di sini tanpa perlu membawa pulang wang tersebut. Ini boleh mengelakkan daripada wang tersebut hilang di rumah.
Tempat ini amat menarik dan mendapat sambutan ramai di waktu cuti sekolah. Jadi ianya agak padat dengan pengunjung jika pergi semasa cuti sekolah. Akibatnya anak-anak tidak sempat “berkerja” di semua tempat di sini.
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Masa yang terbaik untuk datang ke sini adalah sewaktu masa persekolahan biasa. Memang orang tidak ramai pada masa ini. Anak anda bebas bermain dan berkerja seberapa banyak perkerjaan yang mereka suka. Apabila banyak pekerjaan yang mereka ceburi, banyak pengalaman yang mereka dapat. Banyak juga hasil gajinya nanti.
Harga tiket
Harga tiket di sini berbeza mengikut umur kemasukan anak-anak ke sini. Harga tiket tempat ini bermula dari percuma untuk bayi sehingga RM75 untuk dewasa (ibubapa). Untuk info lanjut berkenaan harga anda boleh lawati laman web mereka.
Di sini juga ada disediakan beberapa buah cafe untuk menjamu selera. Namun harga makanan di cafe di tempat ini agak mahal berbanding di luar. Tetapi jika anda sudah merancang ke tempat ini pasti anda sudah terfikir akan perkara ini dan sudah menyediakan segala perbelajaan termasuk makan.
Pada pandangan aku, tempat ini amat bagus untuk membawa anak-anak menimba pengalaman. Ianya sungguh menyeronokkan bagi anak-anak. Selain ianya menghiburkan, ia dapat memberi ilmu dan gambaran sebenar alam perkerjaan yang bakal mereka tempuhi apabila menginjak alam dewasa kelak.
Bawalah anak-anak anda ke sini. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.
38,982 total views, 9 views today
Ala..khair kecik lagi..tak lepas nak bawak. kang aku plak yang kena kerja
Hafiz Rahim recently posted…Soft Shell Crab Di Restoran Horizon Garden Bangi
Hahaha. Ko keje mesti dpt byk duit bro
Pergh! Menarik giler Kidzania nih. Baru ku tahu ada apa kat sana. Ingat ke tempat mainan biasa.
Firdaus Azizi recently posted…Amaran Dari Facebook – Jangan Minta Fans ‘Like, Comment & Share’
Kalau bawak anak confirm sehari suntuk la diorg berkerja
Bestnya.. Tak pernah lagi bawa anak-anak ke tempat macam ni… Tempat belajar untuk bekerja… Kalau ada masa nanti teringin juga nak bawa anak-anak ke sini.. Terima kasih di atas perkongsian info… 😉
Anuar recently posted…Harap-harap lepas ni boleh dapat 4000 sehari atau 100K sebulan
bro kena rancang masa dan bawak diorg ke sini. banyak manfaat pada mereka
bawak lah diorg ke sini sekali bro. mesti diorg akan ucapkan terima kasih kat bro..
anak aku baru 3 tahun. tak boleh nak kerja lagi. nanti habis semua tunggang langgang.hehe…
tempat menarik ni. akan pergi jugak nanti
azwan recently posted…Calon Presiden FAM
Hahaha. Kena tunggu besar sikit la. Kalau tak nnti bapak dia kena keje sekali
Memang lama nk bawa anak-anak ke sini..tetapi masih belum berkesempatan..in Sha Allah ada masa nanti boleh bawa anak-anak ke sana..terima kasih atas perkongsian.
Mohd yazed recently posted…Panduan Bermain Bowling
pasti anak2 bro suka kalau diorang datag nanti
Terima kasih for sharing.. really2 good info. Bolelah bawa anak saya ke sana lepas dia start membaca. Jemput singgah ke blog saya:
ceritamama
moga sama-sama dpt manfaat
Dah lama aim nak pergi, boleh didik anak mengenai kemahiran dalam pekerjaan (ke maknya yang excited nak pergi?). Tunggu anak umur 5 ++ baru boleh masuk
Shaima recently posted…Resipi â Tortilla Tuna Wrap
hahahaha.. mak dgn anak sama-sama teruja ni..
teringin nk pegy
tapi x duit
pergi la.. seronok.. banyak dpt belajar…
nk suruh mama pegy lah cuti nanti hehehe saye memang x de duit mama mesti la ade
mma mesti ada duit.. mintak ngan mama. suh dia temankan
Terima kasih atas perkongsian..sya akan pegi sana pada minggu depan yg lagi satu..
ok.. slmt berseronok dengan anak-anak