Berlayar bersama Pak Nil Dan Star Cruise Libra Ke Langkawi Dan Phuket

wpid-wp-1396752799852.jpeg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jam dikunci seawal 4.30 pagi. Tapi aku terjaga tepat pada pukul 5.40 pagi. Janji aku pada kak anna untuk sampai sebelum pukul 6 ke Berjaya Times Square untuk menaiki bas menuju ke Pulau Pinang telah memakan diri.

gambar dalam bas express
sedia untuk bertolak ke Pulau Pinang

Oh ya. Hari ini aku mengikuti rombongan untuk menaiki Star Cruise untuk pakej berlayar bersama Pak Nil dan peminat dengan menaiki kapal Star Cruise Libra untuk menuju destinasi Langkawi dan Phuket. Pakej yang dianjurkan oleh Star Cruise dengan kerjasama Malaysian Harmony Travel and Tours (MHTT) dan Majalah Santai berharga sekitar rm1600 untuk orang dewasa dan rm800 untuk kanak-kanak (termasuk semua perbelanjaan). Kembara pelayaran ini menggunakan kapal Star Cruise Superstar Libra.

Ini adalah kolaborasi pertama eXplorasa dengan Star Cruise, MHTT dan Majalah Santai. Sebelum ini eXplorasa pernah dijemput untuk ke Legoland Malaysia  untuk menghadiri perasmian taman mini the Legend of Chima. Untuk event tersebut eXplorasa ditaja oleh AirAsia dan Legoland Resort.

Kalau diikutkan aturcara event yang baru dapat tadi, kembara ini penuh dengan aktiviti yang menarik. Kebanyakannya program bersama Pak Nil yang terkenal dengan havoc dan “kezutan”nya.

tentative program
aturcara yang padat dan menyeronokkan

Aku sekarang di dalam bas menuju ke pelabuhan Star Cruise di Pulau Pinang. Berhenti sekejap tadi untuk sarapan di RnR Tapah.

gambar menu nasi lemak
Nasi Lemak Tuuu Dia Pak Tam

gambar minuman
Teh Tarik

Moga kembara ini menjadi titik tolak kepada kelangsungan eXplorasa untuk menjadi top travel blog melayu dan popular di kalangan blog-blog travel di Malaysia.

gambar orang tidur dalam bas
Blogger mengambil peluang untuk tidur sebelum sampai ke destinasi

gambar jambatan besar
dah sampai di Pulau Pinang

Sekian. Sebagai entri pemanis mulut eXplorasa untuk program kembara ” Berlayar Bersama Pak Nil dan Star Cruise Libra ke Langkawi dan Phuket “.

 14,087 total views,  2 views today

Related Stories

Discover

Kenapa Kita Yang Suka Travel Amat Perlu Jaga Kesihatan...

Jika kalian seorang yang suka travel, kalian jagalah kesihatan kalian. Jagalah makan...

Bisnes Yang Kalian Boleh Buat Untuk Penuhkan Tabung Travel...

Macam boring jer kan..? Dah tak boleh nak ke mana-mana..! Nak rentas...

Gulai Ikan Aya Terbaik, Kenapa Kalian Mesti Cuba

Gulai Ikan Aya (Tongkol). Ini bukan gulai yang biasa tu. Ini gulai...

DAENG CAR RENTAL & TOURS, 5 Sebab Kenapa Korang...

Sabah memang indah Bagi Abam Hoq, antara negeri di Malaysia...

Tips Untuk Travel Secara Percuma

Ramai yang suka travel, terutama travel ke luar negara. Yang berkesempatan travel...

24 Negara Sudah Dijejaki Sejak Tahun 2011

Kronologi travel Abam Hoq Alhamdulillah, sejak Abam Hoq mula-mula buat...

Popular Categories

Comments

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

%d bloggers like this: