Kolaborasi Pertama eXplorasa Dengan AirAsia dan Legoland

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini aku seawal pukul 4.30 sudah bangun tidur mandi dan bersiap. Perjalanan pagi ini ke KL Sentral. Daripada KL Sentral pula aku ke LCCT dan lapangan terbang ini aku akan menaiki pesawat untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Johor Baharu pada jam 8.30 pagi.

bas ke LCCT
Aerobus KL Sentral yang membawa aku ke LCCT awal pagi tadi

Oh ya. eXplorasa telah mendapat tawaran untuk menghadiri pelancaran permainan dan tema terbaru Legoland iaitu CHIMA. Di sana nanti kami para bloggers dan media akan diperkenalkan kepada Pengurus Besar Legoland yang baru, Mark Germyn. Seterusnya kami akan diberi penerangan tentang tema baru Chima dan juga tarikan-tarikan yang lain di sana.

Legoland Malaysia adalah salah satu lokasi pelancongan yang bakal menarik ramai pengunjung daripada dalam dan luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini.

gambar kapal terbang airasia
Menaiki pesawat AK 6046 menuju ke Lapangan Terbang Senai

Terima kasih kepada tuan punya blog eyriqazz.com kerana telah memberi kepercayaan kepada eXplorasa walaupun masih bertatih. Tidak mustahil eXplorasa boleh mencapai impian sebagai top travel blog melayu jika peluang sebegini selalu diperolehi.

gambar taman tema legoland
Event perasmian tema CHIMA akan bermula pada pukul 3 petang nanti

Moga kolaborasi bersama AirAsia dan Legoland ini akan membuka jalan untuk eXplorasa meluncur laju sebagai sebuah blog travel dan food. Moga dapat menjadi seperti sifu aku top food blogger melayu Bro Hazman Fadzil.

 7,928 total views,  2 views today

Related Stories

Discover

Kenapa Kita Yang Suka Travel Amat Perlu Jaga Kesihatan...

Jika kalian seorang yang suka travel, kalian jagalah kesihatan kalian. Jagalah makan...

Bisnes Yang Kalian Boleh Buat Untuk Penuhkan Tabung Travel...

Macam boring jer kan..? Dah tak boleh nak ke mana-mana..! Nak rentas...

Gulai Ikan Aya Terbaik, Kenapa Kalian Mesti Cuba

Gulai Ikan Aya (Tongkol). Ini bukan gulai yang biasa tu. Ini gulai...

DAENG CAR RENTAL & TOURS, 5 Sebab Kenapa Korang...

Sabah memang indah Bagi Abam Hoq, antara negeri di Malaysia...

Tips Untuk Travel Secara Percuma

Ramai yang suka travel, terutama travel ke luar negara. Yang berkesempatan travel...

24 Negara Sudah Dijejaki Sejak Tahun 2011

Kronologi travel Abam Hoq Alhamdulillah, sejak Abam Hoq mula-mula buat...

Popular Categories

Comments

Leave a Reply to Siti Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

%d bloggers like this: