Nasi Lemak Bangsar Railway Cafe

Warung Nasi Lemak Bangsar Railway Cafe bukanlah restoren yang besar. Hanya sebuah warung kecil tetapi aku suka singgah di sini. Sebab utama mungkin kerana ia dekat dengan pejabat syarikat Unit Trust aku bernaung. Jadi selesai menghantar borang pelaburan pelanggan yang aku kebiasaannya aku buat di sebelah petang aku akan singgah di sini dahulu untuk pekena sepinggan Nasi Lemak Ayam Berempah.

papan tanda warung nasi lemak

Warung ini akan mula beroperasi pada pukul 7 malam dan berlarutan sehingga pukul 12 malam. Terletak betul-betul di sebelah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bangsar. Bertentangan dengannya adalah pejabat Malaysiakini, sebuah syarikat penerbitan suratkhabar politik. Mercu tanda yang lain ialah ia terletak juga berhampiran dengan Bangunan UOA Bangsar. Bangunan UOA ini pula bersebelahan dengan Menara Maybank Bangsar (lebih kurang 200 meter daripada warung ini).

gambar bangunan Malaysiakini
Bangunan Syarikat Penerbitan Suratkhabar Malaysiakini
gambar sekolah tamil
warung nasi lemak railway cafe ini betul-betul di sebelah pagar sekolah Jenis Kebangsaan Tamil bangsar

Bermula pukul 7 petang bangku-bangku dan meja-meja di sini sudah pun mla dipenuhi dengan pelanggan. Kadang-kadang terpaksa menunggu pelanggan lain habis makan, barulah boleh mengambil tempat di meja makan.

peta lokasi warung nasi lemak bangsar
Lokasi Warung Nasi Lemak Railway Cafe

Apa yang istimewanya tentang warung ini. Istimewanya ialah nasi lemak kukus dengan ayam berempahnya. Ditambah pula dengan sambal yang secukup rasa. Memang terangkat jugak la. Dan memang menu di sini hanya nasi lemak sahaja. Di samping minuman yang turut dibuat di situ.

gambar ayam berempah
Ayam Berempahnya yang bersaiz besar dan enak
keriuk rangup
sambal lebihan gorengan ayam berempah
gambar nasi lemak sedap
Nasi Lemak Railway Cafe yang sedap

sambal nasi lemak

Harganya? Harga ni sebenarnya bergantung kepada individu yang pergi aku rasa. Sebab kalau aku cakap murah, ada orang yang akan cakap mahal. Contohnya Nasi Lemak Pak Hassan di Kampung Baru. Dengan harga RM5 sekali dengan air minuman tu bagi aku dah cukup murah. Sebabnya kedudukannya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Mana nak cari sepinggan nasi dengan harga RM5. Tapi sifu Food Blogger kata harga tu masih mahal. Mungkin Top Food Blogger Melayu ni membandingkan dengan harga di Sepang tempat tinggal beliau kot.

Harga Nasi Lemak di sini juga RM5 ya sekali dengan minuman. Pada pandangan aku harga ini memang sudah berpatutan apabila mengenangkan faktor rasa yang sedap dan lokasinya yang terletak di Bangsar, sebuah kawasan yang elit.

Kepada yang kebetulan lalu di kawasan ini dan tekaknya terasa ingin mencuba Nasi Lemak, bolehlah cuba warung ini. Warung yang santai dan terbuka. Namun sila jangan datang sewaktu hujan kerana warung ini sukar untuk beroperasi semasa hujan kerana ketiadaan bumbung untuk pelanggan berteduh.

foto meja makan gerai
Meja makan diatur bersebelahan pagar sekolah

Jom singgah di Warung Nasi Lemak Bangsar Railway Cafe.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ