Theme eXplorasa Ditaja Oleh Firdausazizi.my

18
1490

metro pro wordpress theme

Salam Jumaat kepada semua…

Sebelum aku terbitkan lebih banyak entri dalam blog eXplorasa ni, aku rasa amat tidak adil kalau aku tak sebut pasal benda ni. Ya. Pasal theme eXplorasa. Ia ditaja oleh blog FirdausAzizi.my

Sambil terfikir theme apa yang harus aku pakai untuk blog ini, tetiba rakan #TeamWork Akademi Denaihati tampil dengan tawaran sukar aku tolak. Mungkin juga ianya sebagai hadiah sempena ulangtahun kelahiran aku pada 8hb Januari. Tak kesah lah. Janji tawaran tersebut sangat relevan dan datang tepat pada masanya. Aku lantas dengan malu-malu harimau menerima tawaran tersebut.

Apabila aku menerima saranan supaya segera memilih theme mana yang aku suka dalam senarai theme Studiopress tersebut aku lantas meneliti satu persatu theme yang ada. Ada 2 theme yang aku berkenan kat Studiopress tu, Metro Pro dan News Pro. 2 theme ini aku maklumkan kembali kepada Bro Firdaus. Selang beberapa ketika satu link dropbox diberi melalui mesej FB untuk aku muat turun. Yang paling bestnya bukan satu theme yang aku dapat malah 2 theme sekaligus. Kedua-duanya adalah theme yang berkenan kat Studiopress tu. Alhamdulillah. Baik sungguh Bro Azizi ni kan?

Tu yang terus terkeluar status kat FB aku tu.

status fb tentang firdaus azizi

Aku percaya banyak lagi pertolongan dan sokongan daripada rakan #TeamWork sperti Bro Sifu Eizil, Bro Anarm, Bro Kid, dan lain-lain selepas ini. Ini yang membuatkan aku cukup bersemangat untuk membela blog eXplorasa ini. Semoga harapan yang terpahat untuk menjadikan blog eXplorasa ini dikenali akan tertunai.

Alhamdulillah.

Loading

18 COMMENTS

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge