Restoren Nasi Berlauk Wau Bulan Bandar Baru Selayang

restoren wau bulan bandar baru selayang
Restoren Nasi Berlauk Wau Bulan Bandar Baru Selayang (gambar: http://sharinginfoz.blogspot.com)

Bagi aku, nasi berlauk paling best dan sedap jika berlaukkan dengan gulai ikan tongkol. Jarang aku pilih lauk selain itu. Mungkin sebab aku terbiasa dengan selera pantai timur kot. Di Pantai Timur nasi berlauk biasanya dipadankan dengan lauk gulai ikan Tongkol.

Di KL ni jarang aku jumpa nasi berlauk yang betul-betul memuaskan selera pantai timur aku. Setakat ini hanya ada satu Restoren yang aku rasa paling best kalau nak makan Nasi Berlauk. Restoren yang aku maksudkan ialah Restoren Nasi Berlauk Wau Bulan yang terletak di Bandar Baru Selayang, berhampiran dengan Stadium Bolasepak Selayang dan Majlis Perbandaran Selayang.

Gulai ikan Tongkol di sini amat mirip dengan rasa gulai ikan Tongkol masakan pantai timur. Ikannya dikukus terlebih dahulu sehingga tulangnya menjadi rapuh. Kuah gulainya pula pekat membuatkan air liur kecur setiap kali teringat.

gambar nasi berlauk best
Nasi berlauk kesukaan aku di Restoren Wau Bulan
Set Nasi Berlauk yang ditambah dengan telur goreng
Set Nasi Berlauk yang ditambah dengan telur goreng

Hidangan nasi berlauk ini tidak lengkap jika tidak disertakan sayur yang dicelur. Sayur seperti terung, timun, petola ataupun labu air dicelur dengan baik. Tidak terlalu lembik dan tidak keras. Sambal belacan yang ditambah akan menyedapkan lagi nasi berlauk ini. Pendek kata memang terbaik dan best lah nasi berlauk di Restoren Wau Bulan di Bandar Baru Selayang ni.

Kepada yang tidak menggemari lauk gulai ikan Tongkol, anda tidak perlu risau kerana restoren ini yang pernah dilawati oleh krew TV3 untuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan ada juga menyediakan pelbagai lauk lain seperti gulai daging, limpa masak hitam, gulai ayam kampung, gulai ayam biasa dan beberapa lauk yang lain. Pilihlah lauk yang anda suka.

restoren nasi cmpur
pelbagai lauk di restoren nasi berlauk wau bulan bandar baru selayang
gabar ayam goreng
Ayam Goreng Berempah

Selain daripada nasi berlauk kesukaan aku ini, ada juga menu sarapan yang lain seperti nasi kerabu yang juga menjadi pilihan kebanyakan pengunjung restoren ini, nasi dagang, nasi goreng, nasi lemak, laksa kuah merah, laksam dan sebagainya. Roti canai juga ada disediakan di restoren ini. Pelbagai kuih muih juga boleh dipilih sebagai pencuci mulut.

restoren sarapan pagi
pelbagai sarapan pagi di restoren nasi berlauk wau bulan bandar baru selayang
gambar cili sumbat
Cili Sumbat (sarok lada) sedap jika dimakan bersama Nasi Kerabu
gambar lauk nasi kerabu
Ikan Goreng bertepung lauk Nasi Kerabu
roti canai restoren nasi berlauk restoren wau bulan bandar baru selayang
roti canai restoren nasi berlauk restoren wau bulan bandar baru selayang
ganbar kuih tradisional
pelbagai kuih muih juga ada di sini
gambar pencuci mulut
pencuci mulut

Aku akan ke sini seminggu sekali iaitu pada hari sabtu dan akan lepak di restoren ini sementara menunggu anak aku Iqbal selesai kelas Taekwondonya di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.

gabar orang makan roti telur
Iffah memilih roti telur kali ini

Jadi kepada yang ingin merasa nasi berlauk paling best, aku cadangkan ke restoren ini untuk menikmati nasi berlauk ala pantai timur. Harga? Jangan bimbang. Harganya sangat berbaloi. Anda boleh menggunakan GPS, Waze ataupun Google Navigation sebagai penunjuk arah jika anda tidak biasa dengan kawasan ini. Anda juga boleh membaca tips yang ditinggalkan pengunjung tentang retoren ini di dalam applokasi Foursquare.

Selamat menjamu selera…

Loading

Related Stories

Discover

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Masjid Kristal Kuala Terengganu: Keindahan Seni Bina Islam

Masjid Kristal, juga dikenali sebagai "Masjid Tengku Tengah Zaharah," merupakan salah satu mercu tanda...

Banjaran Titiwangsa | Harta Karun Alam Semulajadi Tulang Belakang...

Banjaran Titiwangsa, sebuah rangkaian bukit dan gunung yang mengukir lanskap Semenanjung Malaysia, adalah antara...

Gunung Kinabalu – Bukan Sekadar Puncak Hendak Ditawan

Gunung Kinabalu, yang terletak di Negeri Sabah, Malaysia bukan sekadar sebuah gunung tetapi ia...

Comments

Leave a Reply to suri Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ